Cuba Banding

Wednesday, September 28, 2011

Ahli PAS dibelasah oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA


















Pergaduhan di Seremban akibat dihasut, kata ahli PAS
Darwish Zainal
Sep 28, 11
9:04am
Ahli PAS Abdul Hadi Abdul Aziz, 21, yang didakwa dibelasah oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di ceramah timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu Sabtu lalu, percaya tindakan itu bertujuan menghasut mereka supaya bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at SerembanAbdul Hadi, yang hidungnya berdarah selepas ditumbuk oleh penyerang yang belum dikenali, percaya matlamat PERKASA adalah untuk menghuru-harakan majlis ceramah pada malam itu supaya ia akhirnya dibatalkan.

Tindakan itu bukan sahaja untuk membantutkan Mohamad - atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu - daripada menyampaikan ucapannya pada majlis perhimpunan Aidilfitri, tetapi juga untuk menakut-nakutkan ahli dan penyokong PAS.

"Saya percaya PERKASA cuba menghasut ahli PAS dengan harapan kami bertindakbalas dan akhirnya menjadikan keadaan lebih teruk.

"Kemudian mereka akan labelkan PAS sebagai parti yang ganas. Ini mungkin taktik mereka untuk memerangkap PAS," kata Abdul Hadi kepada Malaysiakini.

NONEAbdul Hadi, seorang graduan kolej, merujuk kepada pergaduhan yang tercetus pada 24 September lalu di mana botol plastik air minuman dan batu dilemparkan ke arah pentas ceramah PAS di Ampangan, Seremban.
Kekecohan

Sejak awal majlis, penyokong PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah, sambil membawa sepanduk dan kain rentang bertulis "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kekecohan tercetus apabila hampir 100 ahli PERKASA dan bekas tentera cuba mengiringi beberapa wakil mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.
Tindakan itu kerana mereka mendakwa tidak berpuas hati dengan ucapan pemimpin PAS itu mengenai Mat Indera, aktivis anti-kolonialis dan kejadian Bukit Kepong tahun 1950, sebelum ini.

perkasa protest in mat sabu seremban ceramah 250911 3Mengimbas kembali peristiwa petang itu, Abdul Hadi berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berhampiran apabila terdengar kekecohan di pintu masuk ke tempat ceramah.

"Saya bergegas ke tempat kejadian, di mana saya dapati tiga ahli PERKASA telah menyeberangi jalan dan menuju ke pentas ceramah. Saya nampak seorang lagi ahli PAS - Abdus Star Nor Mohd - dan beberapa ahli PAS yang lain cuba menghalang mereka.

"Kemudian, lebih ramai ahli PERKASA menyeberangi jalan dan mula menolak para hadirin dalam usaha cuba menuju ke pentas. Saya nampak Abdus Star ditolak, jadi saya ambil keputusan untuk menolongnya.

NONE"Pada ketika itu, seseorang menumbuk hidung saya, dan hidung saya mula berdarah dan saya rasa pening. Seorang ahli PAS kemudian datang membantu saya dan membawa saya ke tadika Al Wildan, tempat ceramah diadakan," kata Abdul Hadi.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rahang pada malam yang sama.
Bertambah semangat

Abdul Hadi yang menjadi ahli PAS sejak empat tahun lalu, berkata episod itu tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dengan perjuangan PAS.

Selain Abdul Hadi, seorang lagi ahli PAS juga didakwa cedera akibat lontaran batu yang terkena kepalanya. Bagaimanapun, ahli PAS yang hanya dikenali sebagai 'Shahib' itu enggan ditemuramah atau membenarkan gambarnya dirakam.

Sabtu lalu, polis berjaya meleraikan ketegangan selepas memujuk kedua-dua pihak supaya bertenang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanPesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad menafikan bahawa ahlinya cuba menghasut atau menyerang Abdul Hadi atau mana-mana ahli-ahli PAS yang lain.
Menentang Mat Sabu

"Saya tidak bersetuju penggunaan keganasan. Adalah tidak benar kami sengaja menimbulkan kemarahan mereka. Kami tidak ada sebab untuk menimbulkan apa-apa provokasi kerana kami tidak menentang PAS, tetapi hanya Mohamad Sabu," katanya kepada Malaysiakini.

"Namun apabila hadirin terlalu ramai dan mereka pula beremosi, pelbagai insiden boleh menjadi di luar kawalan," kata Alias.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanBeliau sebelum ini mendakwa bahawa seorang ahli PERKASA juga antara mereka yang cedera dalam kejadian itu apabila terkena simbahan 'air panas'.

Menurut Alias lagi, seorang daripada penganjur ceramah berkenaan telah membenarkan tiga perwakilan PERKASA untuk bertemu dengan Mat Sabu. Tetapi apabila tiga lagi ahli PERKASA yang lain ingin turut serta, mereka dihalang.

Akibatnya, kata Alias, tercetus ketegangan sehingga menimbulkan suasana huru-hara

http://www.malaysiakini.


Nik Aziz: ‘Saya jamin hudud tidak libatkan bukan Islam’

September 28, 2011

Nik Aziz menolak pandangan bahawa keadaan negara tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.
“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam,” kata Nik Aziz  dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud.
Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing.
Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.
Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.
“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan?
“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir.
Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.
Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Parlimen tak boleh bubar sebelum bajet lulus

Nazli Ibrahim

PETALING JAYA, 28 Sept: Bajet 2012 yang dibentangkan sebelum pembubaran parlimen dianggap tidak sah dan perlu dibentangkan semula sekiranya parlimen dibubarkan sebelum bajet tahunan tersebut tidak diluluskan terlebih dahulu.

Demikian menurut Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari (gambar) hari ini.

Menurutnya proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan.

"Bila bajet dah dibentangkan, ia harus diselesaikanlah sehingga diluluskan dalam persidangan parlimen itu.

"Kalau bajet belum lagi diluluskan tetapi PM dah bubarkan parlimen, bajet tersebut boleh dianggap tidak sah dan bajet baru perlu dibentangkan semula dalam persidangan parlimen selepas pilihan raya dijalankan," kata Dr Aziz yang juga dianggap sebagai pakar perlembagaan.

Beliau juga memberitahu pembentangan bajet tidak boleh dibuat ketika parlimen sudah dibubarkan.

"Kalau parlimen sudah bubar, lagilah tak boleh bentangkan bajet, macamana nak bentangkan bajet sedangkan pada masa itu parlimen dah bubar, dianggap tak wujud," kata beliau lagi.

Pembentangan bajet yang dijadualkan pada 7 Oktober ini perlu dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum undian untuk meluluskan bajet dibuat dalam mesyuarat ketiga, penggal keempat bagi Parlimen ke-12 yang hanya berakhir pada 1 Disember ini.

Sebelum ini, beberapa pemerhati politik menjangkakan PRU 13 bakal diadakan pada bulan Oktober ini atau beberapa hari selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Rata-rata pemerhati politik turut menganggap bajet kali ini merupakan bajet pilihan raya bagi memancing undi pengundi dalam PRU 13 yang pertama kali diterajui oleh Najib.

http://bm.harakahdaily.

No comments: