Cuba Banding

Wednesday, September 28, 2011

Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?


Anwar: Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?
Hafiz Yatim
Sep 28, 11
6:14pm
Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

http://www.malaysiakini.


Kes liwat: Jelaskan pertemuan dengan Saiful, Anwar kata PM dan Rosmah

September 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu.
Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat.
Anwar (gambar) juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang.
Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini.
"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.
Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya.
"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah.
"Kami kata ia penting," kata Sankara.
Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar.

http://www.themalaysianinsider.


Perkara 149 di sebalik pemansuhan ISA

Lim Hong Siang | Sep 28, 2011 03:46:00 pm

 
Mungkin tepukan diberikan terlalu cepat, apabila Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu kenyataan "berani" yang disifatkan sebagai "the most revolutionary statement daripada seorang Perdana Menteri".  Pakar perlembagaan, mahupun peguam lebih berwaspada terhadap pengumuman ini, mengingatkan dua undang-undang baru "di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan" akan digubal sebagai pengganti kepada ISA.

Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang bertentangan dengan artikel-artikel di mana hak asasi seseorang warganegara dijamin, pada Bahagian Kedua dalam perlembagaan.  "Artikel 5, Artikel 9, Artikel 10 memberi anda hak asasi, tetapi Perkara 149 boleh menghapuskannya sekaligus," kata Sivarasa Rasiah, ahli parlimen Subang.

Malah, Perkara 149 yang menghalalkan kewujudan ISA, dakwa Sivarasa Rasiah yang juga seorang peguam.  Perkara 149 bersama Perkara 150 adalah antara dua perkara yang paling dipertikaikan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk sekian lama, malah disifatkan "lebih teruk" keadaannya selepas merdeka, berbanding dengan zaman penjajahan British.

Demikianlah "peringatan" daripada pakar perlembagaan dalam Forum Politik Malaysia Pasca ISA, anjuran Institut Kajian Dasar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.  Kira-kira 100 orang hadir dalam forum yang dipengerusikan Amin Ahmad, dengan ahli panelnya Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan), Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Sivarasa Rasiah (ahli parlimen Subang).  Timbalan Presiden PKR, juga ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali tampil sebagai penggulung forum.

Perkara 149 dan 150


Abdul Aziz Bari bermula dengan menegaskan bahawa ISA adalah bertentangan dengan rule of law, sebelum melanjutkan pembentangannya bagaimana Perkara 149 membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang mencabul hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan; dan Perkara 150 yang membenarkan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Darurat mungkin hanya bermakna sesuatu keadaan yang luar biasa, dari erti katanya; namun dari sisi undang-undang, ia bermaksud eksekutif boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke parlimen, jelas Abdul Aziz Bari. (gambar kiri)  Lebih-lebih lagi, pindaan selepas itu membolehkan darurat diisytiharkan sebelum "sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan...".

Lantaran daripada itu, kerajaan diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat, sebelum atau sedang darurat itu berlaku, tanpa keputusan ini boleh dibawa untuk dikaji mahkamah.  Malah, selagi darurat "hidup", maka undang-undang digubal di bawah Darurat akan hidup, suatu keadaan yang sungguh "bahaya", kata Abul Aziz Bari.

Pandangan ini dikongsi bersama Sivarasa Rasiah, yang juga tidak "positif" terhadap pengumuman Najib.  Sivarasa memetik ayat dalam teks ucapan Najib Razak pada malam sebelum Hari Malaysia, berbunyi "dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan... untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara."

Beliau menjelaskan, Artikel 5 dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk dihadap ke mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan tertentu, dinafikan begitu sahaja dengan Perkara 149.  "ISA tidak sah jikalau Perkara 149 tidak wujud," tekannya.

Tiada lagi tahanan politik?

Apa yang membimbangkan Sivarasa adalah, Najib menyebut bahawa dua undang-undang baru di bawah semangat Perkara 149 akan digubal, maka kemungkinan undang-undang baru itu turut mencabul hak asasi manusia.  Sivarasa tidak termakan dengan jaminan bahawa "mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik", mengambil contoh bagaimana beberapa orang reformis termasuk Tian Chua, Saari Sungip, Hishamuddin Rais dan lain-lain ditahan ISA pada April 2001, atas alasan "menyimpan bom petrol" - yang gagal dibuktikan sehingga hari ini.

"Pasca ISA, mengikut perkataan Najib sendiri, adalah undang-undang yang lebih kurang sama," simpul ringkas Sivarasa (gambar kanan).

Malah, Sivarasa Rasiah turut meragui azam politik Najib untuk melaksanakan kata-katanya, dengan mengambil kira reaksi anggota kabinet dan Ketua Polis selepas pengumuman Najib yang dianggap "bijak" dari segi politik itu.  Sivarasa memetik teks asal Najib, "...suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus."

Perkataan "terus" memberi gambaran bahawa cadangan ini akan diusulkan dalam sidang parlimen akan datang, iaitu Oktober 2011, namun dua hari selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mengumumkan bahawa ia akan dibentangkan tahun depan, bukan tahun ini, begitu juga dengan Ketua Polis Negara, kata Sivarasa.

"Perdana Menteri kata 'terus', tetapi Menteri di bawahnya, Ketua Polis di bawahnya, menangguhkan..." kata Sivarasa Rasiah.  Abdul Aziz Bari turut berkongsi pengamatan yang sama, melihat kepada reaksi "lambat" Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong pengumuman Najib, dan beberapa reaksi daripada pemimpin PERKASA.



No comments: