Cuba Banding

Tuesday, August 16, 2011

PM umum JK reformasi sistem pilihan raya dikemaskini 8.49pm


PM umum JK reformasi sistem pilihan raya
Jimadie Shah Othman
Ogos 15, 11
8:10pm
Kongsi 183
Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu.

Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.

Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untuk sabut timbul, kalau untuk batu tenggelam," katanya.

http://www.malaysiakini


Putrajaya umum bentuk panel Parlimen halusi sistem pilihan raya

August 15, 2011

Abdul Rahman Sulaiman menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Najib Razak pada majlis berbuka puasa di Wisma Bernama hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.
Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Jawatankuasa pemilih Parlimen akan dibentuk dalam waktu terdekat dan ia akan terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang,” kata Najib.
“Jawatankuasa ini akan membincangkan kesemua persoalan dan isu mengenai pembaharuan agar kata sepakat bersama dapat dicapai,” kata Najib.
Jawatankuasa itu, menurut Perdana Menteri, akan memastikan tiada dakwaan manipulasi sistem pilihan raya.
“Saya bersama Kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul,” kata Najib.



BERSIH 2.0 pertimbang heret SPR ke mahkamah
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 15, 11
7:02pm
Kongsi 129
Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.

NONEPengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.

"Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya.

"Tetapi ini bukan kesilapan pengkeranian ... jadi saya tidak pasti apa undang-undang yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang mereka kata mereka lakukan setiap hari."

Ambiga merujuk tindakan SPR yang mengeluarkan nama-nama 'pengundi klon' daripada daftar pemilih setelah didedahkan oleh Malaysiakini.

Pengundi klon merujuk kepada orang-orang yang mempunyai dua catatan dalam daftar pemilih, berdasarkan nama yang sama tetapi dengan nombor MyKad yang berbeza.

azlanSebelum ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan bahawa isu dua identiti berkenaan adalah kerana kesilapan manusia apabila nombor MyKad yang dimasukkan ke dalam sistemnya.

Bagi menangkis dakwaan bahawa terdapat 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan mengeluarkan 12,000 nama pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas.

http://www.malaysiakini


SPR: Jumlah pemilih berdaftar lebih 12 juta

August 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini ialah lebih 12 juta, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu termasuk Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 (DPT ST2/2011) yang akan diwartakan esok.
Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 mengandungi 257,557 nama pemilih yang terdiri daripada 201,339 nama pemilih baru dan 56,218 nama pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST2/2011 dari 27 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011, SPR menerima 524 tuntutan melibatkan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.27 Tanah Merah, Kelantan yang mana kesemua kes tuntutan itu belum diselesaikan.
SPR juga telah menerima bantahan melibatkan 45 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu juga belum diselesaikan, kata laporan Bernama Online.
“Bantahan tersebut melibatkan 110,242 permohonan yang terdiri daripada 89,193 permohonan pendaftaran baru dan 21,049 permohonan bertukar alamat pusat mengundi. Kesemua permohonan ini akan diperakukan setelah semua kes bantahan diselesaikan,” kata kenyataan itu.

No comments: