Cuba Banding

Tuesday, August 16, 2011

Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan


Pakatan mahu sidang khas PR, bukan JK Parlimen
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Katanya, surat itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu.

"Semalam, 15 Ogos, tempoh seminggu yang kami berikan itu dah berakhir. Perdana Menteri akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Fokusnya adalah mengenai perubahan pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu, menurut beliau, penuh dengan keraguan dan tanda tanya kerana ia tidak didahulukan dengan cadangan penubuhannya pada persidangan Parlimen oleh seorang menteri seperti yang lazim dilakukan, bagi membolehkan ia dibincangkan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

"Sepatutnya, untuk menubuhkan jawatankuasa itu, Perdana Menteri mestilah memanggil persidangan Parlimen untuk membincangkannya. Bukan ambil tindakan terus menubuhkannya seperti yang dilakukan sekarang.

"Saya tahu tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu pun setelah membaca lawam web Bernama. Esok Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa itu.

"Kita (Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tak pun dihubungi, tak dipanggil untuk membincangkannya. Jadi, kami sendiri pun tak tahu apa maknanya penubuhan jawatankuasa itu? Apa bentuk jawatankuasa yang hendak ditubuhkan dan siapakah yang akan menjadi ketuanya?" katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Perdana Menteri agar tidak lari dari perkara asas yang menjadi desakan Pakatan Rakyat yang jelas untuk membincangkan masalah penyelewengan dalam pentadbiran pendaftaran warganegara asing di negara ini.

"Akibat penyelewengan itu, ribuan warganegara asing yang menjadi penduduk tetap dengan pemilikan kad pengenalan merah telah menjadi warganegara ini dengan diberikan kad pengenalan biru dalam masa amat pendek sekitar beberapa jam sahaja.

"Ini merupakan satu pengkhianatan dan ancaman amat jelas terhadap negara. Perkara ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Sebab itulah kami mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas bagi membincangkannya," katanya.

Penyelewengan tersebut, katanya dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia amat perlu dijawab oleh Perdana Menteri demi kepentingan negara.

Selain terdapat warganegara asing yang berjaya menjadi warganegara ini hanya dalam masa beberapa jam sahaja, beliau turut kesal dengan tindakan SPR dan JPN apabila terdapat warganegara asing yang mempunyai kad pengenalan merah turut tersenarai nama-nama mereka dalam daftar pemilih.

Demi kepentingan negara, Pakatan Rakyat turut mendesak kerajaan agar membuat siasatan awam untuk membolehkan rakyat tampil memberi bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan pemalsuan dalam isu pemberian taraf kerakyatan kepada warganegara asing.

Jika desakan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Cheras (DAP), Tan Kok Wai.

http://bm.harakahdaily




Panas : Umno beri warganegara pada PATI Pula, Borang Sumpah didedah!
Politik & Isu Semasa
PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.
Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI  menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.
Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”
“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Posted on Tuesday, August 16 @ 13:30:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline



Timbalan Speaker: Terlalu suntuk panggil sidang khas, tak perlu gopoh

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah membentuk jawatankuasa pilihan khas bagi membincangkan soal sistem pilihan raya tidak ... Read More



Najib tak panggil sidang khas Parlimen, Pakatan tuntut inkuiri awam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Selepas seminggu tiada sebarang jawapan daripada pentadbiran Najib agar dipanggil sidang khas Parlimen, Pakatan Rakyat terus memberi tekanan dengan ... Read More





» Bersih : 'Ajak' Tuntut RM10j Dari Berita Minggu 
15/08/2011
tegang berita minggu.jpgTEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.Abd... [more]

» Dr Tan Kee Kwong Bebas Saman RM200 Juta Felda
15/08/2011
dr tan.jpgKUALA LUMPUR 16 OGOS : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri, Datuk Dr Tan Kee Kwong, yang sekarang menanggotai Parti Keadilan Rakyat.Hakim Dat... [more]

» SPR : Jumlah Pemilih Pendaftar Lebih 12 Juta
15/08/2011
spr1.jpgKUALA LUMPUR 16 OGOS : Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini ialah lebih 12 juta, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Bernama Online melaporkan, SPR dalam kenyataan medianya berkata, jumlah itu termasuk Daf... [more]

No comments: