Cuba Banding

Friday, August 19, 2011

Kalau Macam Ni Bukti Apa PDRM Nak Jawab ?

Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Dari Pemandu Singapura

Sebuah laman web,The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta ‘duit kopi’ dari pemandu warga republik itu. Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.


Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.

Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.

Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut. Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.

Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.

Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis ‘Intergriti Amalan Kita’.



Malaysian cop stops S'pore cars, only to brazenly ask for 'kopi' money
Enraged
74%
Shiok!
3%
LOL!
8%
So sad
8%
Sure or not?
2%
Bochup
5%

This video, captured by a Singaporean driver across the Causeway, shows a police officer collecting 'kopi' money from a whole line of Singaporean drivers.


Caught for 'speeding', the driver had no choice but to pay up to avoid the fine. At one point, the policeman even said the amount the driver paid up was not enough, and asked for RM 50 (about $24).


YJ commented:


"Malaysia Traffic Police only collect money from Singapore cars.


"Would you pay for less trouble?


"Do not 'pay' them if they have your particulars written down because many still receive summons after that.


"Is this the real meaning of Truly Asia?"
 Click on thumbnails for larger image

TERKINI @ 07:25:13 PM 19-08-2011
August 19, 2011

Najib: PRU-13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel Parlimen


KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.
Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.
Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.
“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.
Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.
“Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami,” kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.
Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.
Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
Terdahulu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.
Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.
“Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini.
“Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya.


No comments: