Cuba Banding

Thursday, August 18, 2011

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar


Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar
Susan Loone
Ogos 18, 11
9:20am
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

NONEKetika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.
Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama ada suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.
Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

NONEPintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.
Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.

NONE"Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi di Georgetown hari ini.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.

Sementara itu Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

http://www.malaysiakini


Najib: BN tidak takut reformasi pilihan raya
Ogos 18, 11 8:01am
Kongsi 135
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Perdana Menteri berkata untuk itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini, dan ini mencerminkan keikhlasan kerajaan yang mahu memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

azlanKerajaan BN juga tidak takut kepada pembaharuan yang akan diadakan nanti kerana ingin memastikan sesiapa yang dipilih untuk memerintah negara ini mestilah berasaskan kehendak rakyat yang sebenar, katanya pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Sri Perantau di Pelabuhan klang, semalam.

Najib turut berkata jika pilihan raya yang diadakan di negara ini songsang, tentu BN tidak akan menyerahkan Selangor kepada parti pembangkang pada pilihan raya lalu.

Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat supaya tidak memandang ringan terhadap kehidupan aman dan harmoni di negara ini walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, dan juga tidak memperkecilkan apa yang dikecapi.

Malah rakyat Malaysia perlu terus memelihara dan menghargai keharmonian dan ketenteraman yang dikecapi ini, katanya.

NONENajib berkata beliau dapat merasakan perasaan rakan sejawatnya Perdana Menteri Britain David Cameron yang berhadapan dengan rusuhan baru-baru ini.

Cameron telah berkata masyarakat Britain yang mengamalkan demokrasi berparlimen kini telah dinodai akhlaknya.

Menyentuh mengenai Umno, Najib yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pihaknya sedia menimbangkan permintaan rakyat setempat, seperti yang disuarakan oleh Umno Bahagian Kapar supaya kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia di kawasan itu.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasihnya atas kehadiran ribuan rakyat kawasan itu pada majlis berbuka puasa tersebut, walaupun terdapat surat layang yang disebarkan kononnya beliau tidak akan hadir di majlis ini.

Najib berkata tindakannnya turun padang adalah merupakan kewajipan beliau sebagai pemimpin, dan ini juga merupakan cara yang terbaik untuknya mendekati rakyat dan meninjau masalah mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

- Bernama

No comments: