PKR: Tembak gas pemedih mata di KL Sentral 'perbuatan jenayah'
PKR menuduh polis bertindak 'tanpa sebarang provokasi' ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.
Naib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan
tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.
Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.
Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.

PM gesa 'majoriti senyap' bangun nyata pendirian
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.
Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.
Perdana menteri menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas berucap kepada 6,000 ahli Umno dan NGO di PWTC pagi ini.
Sambil membayangkan pentadbiran beliau lebih suka rakyat menyuarakan pandangan mereka di internet, Najib menegaskan bahawa bila kerajaan menolak perhimpunan jalanan, ia tidak bermakna ia menjauhi demokrasi.
"Ia tidak bermakna kita tidak komited kepada demokrasi di negara ini, dan kedaulatan undang-undang ... sudah ada demokrasi di negara ini," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/169483
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya di ibu negara semalam.
Bersih 2.0 mahu Suhakam siasat tindakan polis
July 10, 2011
Beliau berkata, kejadian semalam tidak wajar berlaku dan ini merupakan masa untuk Suhakam bertindak.
“Apa yang berlaku semalam tidak patut terjadi. Saya telah pun berbincang dengan Suhakam dan mereka akan buat tindakan lanjut,” katanya selepas menziarahi mangsa yang mati akibat sesak nafas semasa himpunan Allahyarham Baharuddin Ahmad.
Ambiga turut menyifatkan Baharuddin, ahli PAS kawasan Setiawangsa sebagai seorang hero kerana mati ketika berjuang.
Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang cedera di lutut kanannya memberitahu, himpunan semalam disifatkan berjaya dengan kehadiran dalam jumlah yang besar walaupun pihak polis menutup hampir semua jalan ke ibu negara.
“Polis bertindak kasar dengan memukul, menendang sehingga ada yang terbunuh akibat sesak nafas dengan gas pemedih mata, ia menunjukkan tahap polis kita seperti di dunia ketiga,” katanya yang datang dengan berkerusi roda.
Tambah beliau, suasana huru-hara yang disaksikan semalam sudah pasti dapat dielakkan jika pihak polis memberi peluang kepada mereka untuk berjalan dan berhimpun secara aman.
“Kalau mereka bagi peluang berjalan, dua atau tiga jam dah boleh selesai. Ini juga menunjukkan pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) sangat primitif dan tidak bertamadun. Ia disaksikan oleh dunia yang mana orang ramai yang tidak bersenjata, berhimpun,” katanya.
Mengenai kecederaan pada lututnya, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata, kecederaan yang dialami tidak serius tetapi menyukarkannya untuk berjalan.
Katanya,”kalau saya duduk begini (di atas kerusi roda) tak sakitlah. Tapi kalau saya berjalan rasa sakit kerana legimen rosak. Untuk sembuh ambil masa sehingga dua, tiga minggu juga.”
Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil.
Laporan semalam menyebut beliau ditahan setelah berlaku pelanggaran membabitkan kereta polis semasa dalam perjalanan ke Masjid Negara.
Beliau juga menambah, pihaknya akan terus berjuang untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan menyerahkan kepada Bersih untuk langkah seterusnya. Selain beliau turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua naib presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa juga ditahan.
http://www.themalaysianinsider
Akhbar bahasa Cina dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH
"Di manakah keamanan yang dijanjikan?" Demikianlah tajuk utama pada muka surat depan China Press, semalam, yang dibubuh pada gambar perhimpunan BERSIH 2.0. Tajuk yang ditafsir sebagai "memberi imej negatif terhadap peserta perhimpunan" ini telah mengundang kemarahan warga internet, sehingga dibadai gelombang kecaman yang mengombak. Tanpa diduga, beberapa page diwujudkan serta-merta dalam Facebook, menyeru pembaca untuk memboikotChina Press yang menyimpan prejudis terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, semalam. Page ini mencatat ribuan "like" dalam masa yang singkat, sebagai protes terhadap China Press yang didakwa mengelirukan pembaca, malah menjadi lidah kerajaan! Malah, seorang bekas wartawan China Press, menulis surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya, mengecam sekeras-kerasnya cara China Press membuat liputan perhimpunan BERSIH 2.0. Sebelum ini, China Pressmenyiarkan laporan dengan menemuramah beberapa orang budak sekolah rendah, memetik pandangan mereka terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Laporan ini telah mencungkil kecurigaan pembaca terhadap kebenarannya. Beberapa pembaca mempersoalkan tajuk tersebut, "Siapakah sebenarnya yang melepaskan gas pemedih mata? Siapakah sebenarnya yang menyembur meriam air berkimia? Siapa yang tidak berhenti-henti menangkap 'askar kuning'?" Antara komen pembacanya, "Ketua Editor China Press, jangan anggap rakyat bodoh!!! Wartawan dan editor perlu melaporkan kebenaran, bukannya memutarbelitkan kebenaran!!! Kamu tidak layak jadi wartawan, kalau berperangai sebegini!!!" "Laporan yang tidak benar, Ketua Pengarang China Press perlu letak jawatan dan memohon maaf kepada rakyat!!" Malah, beberapa nombor ditinggalkan di lamanpage tersebut, untuk memudahkan pembaca menelefon kepada pihak China Press dan memberi tekanan. Bagaimanapun, terdapat segelintir pembaca yang membela China Press, bahawa akhbar itu tidak berniat untuk "mengipas" kerajaan, cuma berlaku silap ketika membubuh tajuk. Tajuk ini dipercayai diubahsuai dari lagu pop Cina "Di manakah kebahagiaan yang dijanjikan", oleh penyanyi Taiwan terkenal, Jay Chow. China Press tukar tajuk Mungkin disebabkan tekanan yang terlalu besar, China Press menukar tajuknya pada muka surat depan hari ini, dengan "BERSIH ke jalan raya, 1667 orang ditangkap". Kebetulan juga New Straits Times pada hari ini memaparkan satu gambar di mana seorang peserta perhimpunan dengan gerak-geri cuba membaling sesuatu, dan membubuh tajuk "Aman?" (Peaceful?) di situ. Selama ini, masyarakat Cina dikatakan menyimpan fobia terhadap perhimpunan secara besar-besaran. Antara retorik yang digunakan untuk menakut-nakutkan komuniti ini adalah demonstrasi bakal menjejaskan ekonomi negara. Selain tragedi 13 Mei 1969, demonstrasi di Indonesia pada tahun 1998 sedikit sebanyak menghantui minda Cina, bahawa demonstrasi bakal berakhir dengan malapetaka, dan orang Cina akan dimangsakan. Bagaimanapun, pemerhatian terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 semalam memperlihatkan semakin ramai peserta dari kaum Cina, khususnya generasi muda turun ke jalan raya. Golongan ini dipercayai dipengaruhi internet, khususnya laman sosial facebook, yang mendedahkan mereka kepada maklumat yang pelbagai. |
No comments:
Post a Comment