Cuba Banding

Sunday, July 10, 2011

Tindakan polis di perhimpunan buruk imej M'sia Updated 10Jul 3:51pm


Guan Eng: Tindakan polis di perhimpunan buruk imej M'sia
Susan Loone
Jul 10, 11
3:51pm
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kekecewannya terhadap tindakan polis ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, yang didakwanya bertukar menjadi huru-hara selepas campurtangan pasukan itu.

guan eng on bersih 090711 press conferenceLim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata nampaknya rakyat tidak boleh berhimpun secara aman tanpa terdedah kepada tindakan keras pihak polis.

Bagaimanapun, dakwa beliau, keadaannya berbeza, jika ada penunjuk perasaan berarak membantah kerajaan Pakatan Rakyat atau pemimpinnya.

Beliau memberi contoh demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini oleh kumpulan pro-Umno dan kumpulan hak Melayu seperti PERKASA dan Suara Anak Anak Malaysia, di mana wartawan didakwa turut diserang.

"Tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam kejadian ini. Tidak ada tindakan, walaupun penunjuk perasaan cuba merampas jambatan Pulau Pinang dan menghalang lalulintas," katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.


Nik Aziz: Umno hanya tambah kebencian rakyat
Jul 10, 11 9:54am
Kongsi 569
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

NONE“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah.

Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

NONE“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada 9 Julai itu hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
Hati remuk
Beliua juga merupakan seorang daripada 91 individu yang dikenakan larangan perintah mahkamah daripda memasuki Kuala Lumpur.
“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

NONE“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai BERSIH 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

NONE“Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Antara ribuan yang ditangkap itu termasuk empat pemimpin tertinggi PAS.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Semuanya dilaporkan dibebaskan sebelum tengah malam semalam.


http://www.malaysiakini



Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin
Harakahdaily   
(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)
KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.
Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.
Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.
Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.
Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.
Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.
Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.
(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)
(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)
(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)
(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)
(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)
LAGI GAMBAR MENYUSUL
http://bm.harakahdaily

No comments: