SPRM digesa siasat cincin RM73 juta Rosmah

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.
"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau."Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.
Henti tangkap rakyat pakai baju-T Bersih
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 14 Julai: Meskipun Himpunan Bersih 2.0 sudah berlalu Sabtu lalu, namun pasukan keselamatan masih menangkap orang awam yang memakai baju T Bersih berwarna kuning.
Seorang aktivis PAS Suhaimi Abdullah ditangkap ketika berniaga di pasar malam di sini, kelmarin kerana memakai baju kuning Bersih.
“Kira-kira pukul 6.40 petang ketika saya sedang berniaga, empat orang anggota polis menghampiri lalu menahan saya kerana kesalahan Seksyen 47 Akta Pertubuhan.
“Saya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh menaiki kereta peronda dan disoal siasat. Alhamdulillah kira-kira pukul 10 malam saya dibebaskan dengan jaminan sahabat,” katanya ketika ditemui di hadapan balai polis.
Menurut Suhaimi beliau tidak gentar cuma sedih dengan sistem demokrasi negara sehinggakan memakai baju kuning pun ditangkap sedangkan perhimpunan sudah selesai.
Sementara itu, peguam Ahmad Nizam Hamid yang turut berada di balai polis, meminta supaya pihak berkuasa menghentikan penangkapan orang awam yang memakai baju kuning kerana masih ada kes di mahkamah.
“Bersih 2.0 telah memfailkan penghakiman untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Bersih haram. Jadi pihak keselamatan perlu hormati mahkamah dengan berhenti menangkap sehingga keputusan semakan (judicial review) itu keluar.
“Apa kata jika mahkamah putuskan Bersih bukan pertubuhan haram? Tidakkah tindakan menangkap itu sia-sia?” soalnya.
Serentak itu beliau meminta mana-mana pihak berhenti daripada mengganggu rakyat yang memakai baju-T Bersih
http://bm.harakahdaily
Guan Eng: IGP benar MP lawat wakil rakyat Sg Siput
July 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Polis membenarkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melawat wakil rakyat Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar di Bukit Aman esok susulan permintaan dibuat kelmarin, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah memberi kebenaran kepada tiga ahli Parlimen untuk melawat Jeyakumar di ibu pejabat polis di Bukit Aman.
Lim membuat permohonan selepas sembilan ahli Parlimen tidak dibenarkan bertemu dengan wakil rakyat penggal pertama itu, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, di Institut Jantung Negara.
“Saya telah mengemukakan permohonan kepada Tan Sri Ismail untuk melawat YB Dr Micheal Jeyakumar pada 12 Julai, beliau membalas surat pada 13 Julai (semalam) dan memberitahu bahawa YB Dr Micheal Jeyakumar telah pun keluar dari Institut Jantung Negara.
“Dalam suratnya, Tan Sri Ismail juga mengatakan bahawa pihak polis membenarkan lawatan ke atas YB Dr Micheal Jeyakumar di Bukit Aman,” katanya.
Jeyakumar telah dibenarkan keluar IJN petang semalam dan masih ditahan polis bersama lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang lain.
Lawatan ke atas beliau akan diadakan esok, kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini.
Bagaimanapun lawatan terhad kepada tiga ahli Parlimen sahaja, kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dari DAP, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dan R Sivarasa (PKR-Sivarasa) akan melawat Jeyakumar.

No comments:
Post a Comment