AHAD, 17 JULAI 2011
[GAMBAR] KAKI MAT SABU KENA MASUK SKREW

Abang Mat dan Kak Normah

nampak tak skrew kat tulang lutut Abang mat. semua ini berpunca kezaliman polis dibawah arahan UMNO/BN
DICATAT OLEH http://g-82
http://merdekareview
Jika itu ajalku..
Suhaila Lukman | Jul 18, 2011 01:26:30 am
![]() Perhimpunan yang pada awalnya aman terus bertukar menjadi huru hara selepas FRU datang dan tiba-tiba menyemburkan water canon serta gas pemedih mata. Alhamdulillah penulis sempat lari ke kawasan yang agak selamat. Ketika itu penulis berada di tempat yang tinggi dan boleh nampak semua apa yang berlaku. Memang, tembakan FRU rambang tanpa mengira kanak-kanak, orang tua yang uzur dan wanita. Seorang pemuda Cina menghampiri penulis dan ibu saya lalu menghulurkan penutup muka. Lima helai diberikan pada kami bagi elakkan hidu gas berlebihan. Ketika itu ada bersama dengan penulis empat orang peguam dan seorang doktor pakar perubatan yang sedang memantau keadaan sambil mencatat sesuatu sebagai pemerhatian mereka. Sempat juga berbual dengan mereka sekejap walau dalam keadaan begitu. Mereka sanggup harungi segala halangan walau dalam keadaan baju berkot, mereka juga menyokong BERSIH. Kemudian diangkatnya tangan penulis yang memakai armband BERSIH sambil laungkan BERSIH. Tersenyum bahagia penulis lihat auntie tu... Rupanya dialah AUNTIE ANNIE yang jadi Heroin Bersih dan cukup terkenal dengan keberaniannya sekarang. Ketika itu, perundingan dibuat dengan polis supaya memberi jalan tapi sedikitpun tidak diendahkan. Ketika itu, permintaan rakyat secara lembut untuk berjalan dalam keadaan aman juga tidak diendahkan. Hilang semburan pertama yang berdas-das tembakan, rakyat kembali semula menuntut dibuka laluan. Tapi kami disembur lagi dengan gas. Ketika itulah hujan mulai turun. Alhamdulillah Allah datangkan pertolongan buat hambaNya. Bantuan hujan daripada Allah membantu mengurangkan dan menghilangkan semburan gas dalam masa yang singkat. Juga dapat mengurangkan kepedihan di kulit apabila terkena gas / water cannon. Di mana, jika terkena gas tersebut, ruang pernafasan disekat seolah terhenti, kulit pedih dirasa macam terbakar kena api dan mata tidak mampu dibuka. Water Cannon pula kalau kena, boleh menghilangkan tenaga dan akan menyebabkan kegatalan di kulit. Sebab itulah dalam garis panduan peserta BERSIH digalakkan membawa garam supaya boleh memulihkan tenaga. Butiran gas pemedih jatuh di belakang penulis Keadaan jadi lebih genting apabila kami sekeluarga terpaksa berpecah dalam keadaan getir. Ayah penulis di tempat lain, emak penulis penulis di tempat dan penulis di tempat lain. Adik-adik penulis ada bersama penulis. Seorang berumur 11 tahun dan seorang lagi berumur 6 tahun. Penulis suruh adik penulis yang 11 tahun lari dahulu selamatkan diri. "Amir, lari dulu selamatkan diri cepat! Tinggalkan akak, akak nak selamatkan Wafi! Lari cepat!" itulah yang keluar dari mulut penulis ketika itu. Penulis tahu adik penulis teragak-agak. Tapi dia juga tiada pilihan, lalu dia lari dahulu. Allah saja yang tahu waktu tu betapa penulis mengharap sangat padaNya. Sehinggakan penulis sudah niatkan dalam hati sambil berlari, "Ya, Allah jika di sini ajalku, ambillah nyawaku ketika aku mempertahankan agamaMu dan terimalah nyawa pinjaman ini sebagai mati syahid." Memang penulis redha waktu tu sebab memang dah tak boleh nak bernafas, hampir pitam. Dada rasa terlalu pedih seperti ditucuk pisau. Pemuda Cina mendukung adik penulis Di satu selekoh, penulis dengar seorang pemuda Cina menjerit ke arah pemuda-pemuda berkopiah putih. "Ada budak! Ada budak dengan seorang wanita. Tolong cepat!" Penulis masih sedar lagi dan terus penulis cakap, "Selamatkan adik saya dulu, tolong dukung dia cepat!" Sebab ketika itu adik penulis dalam rangkulan penulis, lalu pemuda tersebut terus mendukung adik penulis dan bawa lari ke tempat selamat. Dia cukup lemah. Berderai air mata penulis melihat dia dalam keadaan tidak berdaya. Penulis terus selamatkan diri dalam keadaan berlari. Sambil lari, seorang peguam India menghulurkan garam pada penulis. "Dik, ambil garam ni letak bawah lidah cepat, pulihkan tenaga." Katanya pada penulis dalam keadaan sambil berlari. Terus penulis ambil dan kemam garam tersebut. Penulis menatap wajah adik penulis sambil memegang kedua pipinya. Merah mukanya, air matanya mencurah tanpa henti akibat gas tersebut. Nafasnya sesak. Menangis penulis waktu itu menatap wajah adik penulis sambil menciumnya dalam kehujanan untuk beri semangat padanya. Air hujan yang membasahi kami terus hanyut bersama air mata. Sayu. Ketika itu bertalu kamera mengambil gambar kami, tapi semua itu sudah tidak penulis pedulikan, Yang penting adik penulis selamat. Bersihnya hati orang BERSIH 15 minit kemudian, dia kelihatan bertenaga sedikit. Penulis tenung wajahnya lalu dia mampu tersenyum pada penulis. Terus penulis peluk dia. Alhamdulillah syukurnya. Yang lain semua bertepuk tangan bila lihat adik penulis tersenyum. Lalu bergilir-gilir mereka memeluk adik penulis tanpa kira kaum. Subhanallah. Sungguh harmoni. Penulis terkelu lidah, terkesima lihat pelbagai kaum datang beri bantuan dan beri semangat ketika kejadian. Sungguh, penulis rasa bagai satu keluarga yang kukuh ikatan. Tidak rasa langsung seperti orang asing walau berbeza kaum. Masing-masing sibuk membantu. Ada seorang makcik menangis melihat keadaan penulis yang berusaha selamatkan adik penulis dan katanya dia juga terharu lihat pelbagai kaum datang beri bantuan. Ya, kami memang umpama mempunyai ikatan keluarga ketika itu. Setelah agak bertenaga, penulis menggalas beg kerana mereka yang berada di situ mengajak untuk menuju ke tempat yang teduh dari hujan dan lebih selamat lagi kerana ketika itu tempat tersebut hampir dengan sekumpulan polis. Ketika kejadian, kami semua dibasahi hujan tanpa teduhan. Dan hujan itu adalah hujan rahmat buat kami. Itulah bantuan Allah. Penulis berusaha mendukung adik penulis, tapi ditegah oleh seorang pemuda. Katanya "Enti baru pulih, macam mana nak dukung adik". Tanpa penulis balas percakapnnya, dia terus mengambil adik penulis untuk didukung. Dan yang lain semua berjalan mengelilingi penulis. "Subhanallah bersihnya hati orang-orang yang mengikuti BERSIH ini". Detik hati penulis ketika itu. Terima kasih buat semua yang membantu. Walaupun kita berlainan agama dan berlainan kefahaman tapi matlamat kita ketika itu sama. Dan sehingga sekarang matlamat kita selari. Kita semua dalam satu barisan dan matlamat kita di hadapan. p/s: Sampai sekarang bila tanya "Wafi nak pegi lagi tak BERSIH tu? Bersungguh-sungguh dia anggukkan kepala nak pegi. Semangat! *Nota penulis: Sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman serta memberikan semangat kepada pemuda di luar sana. Jika anak sekecil itu kuat semangatnya, apatah lagi pemuda di luar sana**Tulisan ini dihantar daripada Suhaila Lukman kepada MerdekaReview. Untuk catatan yang lebih terperinci, sila rujuk http://suhaila-annur.blogspot.com/ . **MerdekaReview sedang memilih tulisan dari edisi bahasa Cinanya untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca edisi bahasa Malaysia. Tulisan yang baik dan bermakna juga akan diterjemahkan kepada bahasa Cina, untuk dikongsikan bersama. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih. |

No comments:
Post a Comment