Cuba Banding

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 2.0: Najib Cuba Menipu 1Dunia Dalam Temubual CNN

BERSIH 2.0: Najib Cuba Menipu 1Dunia Dalam Temubual CNN
Politik & Isu SemasaKUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya.

Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk “mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik.”

Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari. -TMI




Samad Said: Najib 'memang kejamlah'



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.


"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.


Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".


"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.


"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.


Kepimpinan 'bangsawan'


Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.


"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.


"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".


Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.


Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".


"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).


"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.


Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.


"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.


A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw. -mk


Lemparkan gambar-gambar ini ke muka Najib!



Posted on Thursday, July 14 @ 23:07:14 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline


Perdana Menteri Britain, David Cameron batalkan jamuan tengahari bersama Najib

Posted on Thursday, July 14 @ 01:37:54 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: setisab



KerajaanRakyat : Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Najib Altantuya, lapor seorang wartawan dari Filipina di London!!

Adalah dipercayai Cameron sendiri yang membatalkan jamuan tersebut susulan daripada tindakan ganas polis yang menyuraikan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut...

Dalam kejadian berasingan, Najib dan Rosmah dimalukan oleh Kerajaan Britain dengan tidak menyediakan Karpet Merah (RED CARPET) semasa turun dari Airport sebagai tanda Kerajaan Britain tidak menerima tindakan Najib terhadap BERSIH 2.0

Semalam Amnesty International meminta kerajaan Britain untuk tidak memberi carpet merah kepada Najib kerana membuat kezaliman pada rakyat sendiri semasa Bersih 2.0. - Lapuran terkini menyusul di sini
Mesti tonton - Salute, she really brave

"
 


Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar
Wong Teck Chi
Jul 14, 11
7:10pm
Kongsi 529
Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.

Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

NONE"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," 
kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.

"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.

Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".

Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.

"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."

Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

NONEPerbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital 
sebagai tempat perlindungan.

Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.

Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

No comments: