Cuba Banding

Tuesday, June 14, 2011

Tony Blair: Saya Membaca Al Quran Setiap Hari

Tony Blair: Saya Membaca Al Quran Setiap Hari
Posted on Monday, June 13 @ 08:29:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

BeritaOleh: laniismaa

"Semasa masih menjadi Perdana MenteriBritain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenali sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama.

Namun, sejak bersara pada 2007, Blair menjadi lebih terbuka soal keyakinan. Dia yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi perdana menteri, kini mengaku membaca Al Quran setiap hari.

Menurutnya, dengan membaca kitab suci Islam - -memastikan bahawa ia 'milik keyakinan'. Dalam sebuah wawancara dengan media, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi 'milik keyakinan' adalah hal yang penting dalam dunia yang makin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti dimuat Daily Mail, Isnin 13 Jun 2011. "Saya membaca Al Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, tapi terutama kerana ia (Quran) sangat instruktif." Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya atas keyakinan yang ada di dunia akan menguatkan peranan barunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia. Blair sebelumnya memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan mengatakan Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Tahun 2006, dia juga memuji Al Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab itu juga mengandungi petunjuk praktis bagaimana menjalankan pernikahan, juga pemerintahan. Tak hanya Blair yang tertarik dengan Islam. Iparnya, Lauren Booth, membuat pengumuman mengejutkan dengan memeluk Islam setelah mengalami apa yanga ia deskripsikan sebagai 'pengalaman spiritual' ketika mengunjungi sebuah tempat suci di Iran.- "
 





postedby http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6529

No comments: