Cuba Banding

Wednesday, June 22, 2011

Tahukah anda? Puad Zarkashi manusia jenis berpaling tadah

Tahukah anda? Puad Zarkashi manusia jenis berpaling tadah
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatPAS pada muktamarnya yang ke-57 baru-baru melalui ucapan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang telah mengemukakan intipati dasar perjuangan mereka yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah


Ucapan dasar Datuk Seri Presiden bertema ‘Membangun Negara Berkebajikan’ jelas sekali menunjukan PAS sejak dari dulu hingga kini begitu konsisten dengan dasar perjuangannya.


Ucapan dasar Datuk Seri Presiden cuba menjelaskan intipati perjuangan PAS seperti tercatat dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS, Manakala Fasal 5, tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah di samping mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Maka tidak timbul tuduhan beberapa pihak termasuk pemimpin Umno kononnya PAS sudah mengubah dasar perjuangan. Mereka sangka PAS tidak lagi perjuangkan Islam kerana mengubah kepada ‘Membangun Negara Berkebajikan’.


Memang betul apa yang dikatakan oleh Presiden PAS, orang yang membuat tohmahan dan tuduhan itu sebagai orang yang tidak membaca berkaitan politik Islam (jahil politik Islam).


“Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam,” kata Presiden PAS.


Padahal sebelum ini, para pemimpin Umno memandang sinis sambil menghina PAS yang mahu menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam. Tapi kini sebaliknya pula berlaku konon mereka prihatin terhadap dasar yang diperjuangkan PAS.


Kenapa sekarang sibuk pulak dengan dasar Islam, padahal Umno dari dulu lagi memperjuangkan dasar sekular dan kebangsaan yang meminggirkan Islam dan hukum Islam.


Puad Zarkashi dah lupa perlembagaan PAS yang pernah didokongnya


Sekarang baru penulis tahu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi merupakan bekas pendokong perjuangan PAS sebelum berpaling tadah. Rujuk di sini.


Namun, apa yang menjadi tanda tanya, apakah Puad sudah lupa perihal perlembagaan PAS atau ketika dia sebahagian pendokong PAS dahulu, apakah dia jenis tak membaca dan memahami tentang perlembagaan PAS.


Ini kerana, Puad seolah-olah sudah terlupa dasar perjuangan yang pernah didokongnya sebelum ini, ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Dipetik dari Harakahdaily, Ustaz Idris berkata, tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada PAS kononnya PAS sudah mengubah dasar dan menjadi terompah DAP dan paling kelakar yang menjadi dalangnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.


“Untuk pengetahuan Dr Puad dasar PAS tidak berubah sejak daripada 1951 hingga sekarang,” kata Idris.


Katanya, cadangan Puad supaya PAS membuat referendum di kalangan ahli mengenai tajuk Membangun Negara Berkebajikan tidak berbangkit kerana tajuk manifesto PAS 2008 ialah Negara Berkebajikan dan semua perwakilan muktamar PAS seramai hampir 1,200 orang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.


“Dr Mohd Puad bolehlah membaca Perlembagaan PAS yang beliau pernah buka dahulu. Beliau janganlah jadi seperti orang yang asing dengan PAS membuat tuduhan liar begitu sahaja,” tambah Idris lagi.

Posted on Wednesday, June 22 @ 13:00:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline.net

No comments: