Cuba Banding

Saturday, May 4, 2013

LAPAN Kerusi Parlimen BN Johor Tumbang?


PECAH BERITA! LAPAN Kerusi Parlimen BN Johor Tumbang?



Maklumat terbaru sampai sebentar tadi.

Menurut kedudukan terbaru yang dikeluarkan setakat jam 8 malam tadi, Johor dijangka akan menyumbang sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen daripada 26 keseluruhan bagi mencerahkan peluang ke Putrajaya.

Analisis dari sumber maklumat dalaman Umno memberitahu lapan kerusi berkenaan ialah Kulai, Kluang, Tanjong Piai, Labis selain mempertahankan parlimen Bakri.

Paling mengejutkan, parlimen Gelang Patah turut tersenarai antara kerusi yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat melalui Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Kit Siang dijangka menewaskan BEKAS menteri besar, Abdul Ghani Othman dengan majoriti sekitar 2100 hingga 2400 undi.

Dua lagi kerusi yang dijangka boleh ditumbangkan ialah parlimen Pulai dan Segamat.

Ini berdasarkan kepada peralihan sokongan orang Melayu yang agak perlahan sekitar 20 ke 25 peratus setakat semalam.

Jika undi swing orang Melayu malam ini meningkat sehingga 35 peratus dengan syarat undi Cina kekal 80 peratus dan India 50 peratus, lima lagi kerusi parlimen BN dalam bahaya.

Kerusi tersebut adalah Muar, Ledang, Tebrau dan Batu Pahat.

Malangnya, Pakatan Rakyat hampir pasti gagal menawan parlimen Johor Bharu dan Ayer Hitam kerana sentimen pengundi terhadap calon BN masih menebal.

Johor Bharu ditandingi Shahir Samad manakala BN Ayer Hitam meletakkan Wee Ka Siong.

Peluang cerah dilihat di parlimen Pulai apabila graf Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kini meningkat hingga 49.6 peratus dan menjelang esok, ia pasti akan meningkat mengatasi calon BN, Nur Jazlan Mohamed.

Sementara di Segamat pula, kedudukan timbalan presiden MIC, S Subramaniam untuk mempertahankan kerusinya makin sukar selepas demonstrasi besar-besaran pekerja bank NUBE semalam sudah cukup mencalar reputasinya selama ini.

Chua Jui Meng kini cuma ketinggalan sekitar 0.8 peratus atau 49.2 peratus untuk menyamakan kedudukan 50:50 dengan Subramaniam.

Kerusi-kerusi lain BN sedang mendahului Pakatan Rakyat kurang dari lima peratus antaranya parlimen Sembrong (BN 52.7 peratus), Parit Sulong (BN 53.1 peratus) dan Kota Tinggi (BN 54.3 peratus).

Sekiranya kedudukan ini kekal, Pakatan Rakyat cuma mengharapkan sekitar 20 kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk melepasi angka 112 bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Angka tersebut jelas tidak mustahil kerana sumber dari negeri Borneo juga memaklumkan sekitar enam hingga 10 kerusi bakal dirampas di Sabah manakala lima hingga 10 kerusi juga disumbang dari Sarawak.


http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/05/blog-post_6692.html

No comments: