GAMBAR BUKTI CINA DAP AJAR ANAK MELAYU MASUK KRISTIAN
Ini anak aku…kawan kawan anak aku semuanya cina dan india… … anak aku tak dak masalah nak pakai tudung bersama sama cina dan india. Anak aku tak dak masalah nak menumpang solat di rumah kawan kawan cinanya.. ...
Cina tak pernah ajar anak aku makan babi. Cina tak pernah ajar anak aku minum arak. Cina tak pernah ajar anak aku main judi, Cina tak pernah ajar anak aku hisap dadah, cina tak pernah ajar anak aku hasad dengki sesama sendiri. Cina tak pernah ajak anak aku masuk kristian, budha atau agama mereka. Cina tak pernah suruh anak aku jadi cina.
Ada masalah apa dengan cina? Kenapa aku perlu benci cina? Adakah kerana cina lebih kaya dari aku maka aku maka aku perlu benci cina? Atau cina lebih putih dari aku maka aku perlu iri hati dengan anugerah Tuhan itu.
Bersama kawan kawas cina dan India merentas utara ke Parlimen |
Ohh Tidak..aku masih yakin bahawasanya Tuhan itu maha adil. tuhan mencipta cina melayu, arab, india, bangla, siam, inggeris dan berbagai bangsa di dunia ini dengan seadil adilnya. Tidak ada bangsa yang di cipta untuk di benci kerana warna kulit dan bahasa mereka.
Habis tu apa yang tak kena dengan cina sehingga umno mengajak kita membenci cina.
AH BU NAWAS
Cina Islam Kulit Hitam
No comments:
Post a Comment