Cuba Banding

Saturday, April 27, 2013

Pulok Doh - PECAH BERITA! Hanya 501 Orang Hadir Dalam Ceramah Tuan Guru Nik Aziz?


SATURDAY, APRIL 27, 2013

PECAH BERITA! Hanya 501 Orang Hadir Dalam Ceramah Tuan Guru Nik Aziz?


Belum pernah dalam sejarah Putrajaya sejak ia dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kehadiran sebegini hebat dilihat walaupun beberapa acara besar seperti konsert akhir Akademi Fantasia dan perayaan Hari Kebangsaan pernah diadakan.


Bertempat di Presint 3 berhampiran Istana Kehakiman, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan disambut oleh puluhan ribu rakyat yang setia menunggu sejak jam 8 malam lagi.

Rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang hadir merupakan kakitangan kerajaan yang menetap di sini dan ada di antaranya datang dari Bangi, Kajang dan Sepang.


Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz benar-benar membuktikan bahawa pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu seakan berjaya 'ditawan' walaupun calon Barisan Nasional (BN), Adnan Mansor mendakwa calon PAS bagi parlimen ini, Husam Musa hampir pasti akan kehilangan wang deposit pilihanraya 5 Mei ini.

Cetusan semangat yang ditunjukkan rakyat pantas diterjemahkan dengan siri solat fardhu Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang sudah menjadi lautan manusia yang belum pernah tergambar dalam kepala pemimpin BN seperti Muhyiddin Yassin yang hanya mampu menarik kehadiran seramai 300 orang dalam satu majlis ceramah Khamis lalu.


Turut menyampaikan ucapan adalah Husam sendiri dan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan Yang di-Pertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria.

Hadirin tidak berganjak menunggu ketibaan Tuan Guru Nik Aziz dan kehadirannya disambut laungan TAKBIR dan ALLAHUAKBAR bersilih ganti yang menggegarkan kota pentadbiran terbesar di Asia itu.

Wartawan akhbar The Straits Times Singapura yang ditemui turut terkejut dengan sambutan luar jangkaan kerana dia hanya menganggarkan kira-kira 4,000 orang saja yang hadir sedangkan jumlahnya mencecah 30,000 orang.


Keadaan hampir serupa juga disaksikan nun jauh di Miri, Sarawak di mana Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan lebih 8,000 orang yang kebanyakkannya berketurunan Cina dan Iban dalam satu ceramah mega di bandar minyak itu malam tadi.

Anwar yang dalam rangka kerja kempen di negeri ini turut tidak melepaskan peluang menembak 'peluru' kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak yang gagal menyahut cabaran calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa untuk berdebat.

Kehadiran Anwar diserikan lagi dengan sambutan besar-besaran oleh penduduk setempat yang seakan tidak mampu melepaskan peluang untuk bersalaman dengannya walaupun sebelum itu berada di Sibu kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.


Turut hadir, bekas ahli parlimen, Wong Ho Leng yang merupakan pengerusi DAP negeri yang tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya kerana masalah kesihatan.

Sebelum ke Sibu, ribuan rakyat membanjiri pekan Saratok melihat kehadiran Anwar yang terus disambut meriah oleh penduduk tempatan yang teruja dengan ucapan bersemangat Anwar walaupun kepenatan sejak tiba jam 1 tengah hari dari Kuala Lumpur.


Bertempat di pekan Batang Lupar pula, Anwar terus bersemangat melihatkan ribuan penduduk kaum Iban dan Bidayuh berpusu-pusu hadir walaupun cuaca agak panas di pekan ini.

Namun semangat perubahan yang ditiupkan Anwar dalam ucapannya yang menyentuh pemberian pendidikan percuma dan harga minyak dikurangkan sebanyak 40 sen pada 7 Mei nanti membuatkan rakyat bersatu dengan sorakan 'Ini Kali Lah' yang popular di Sabah.


Lihat sahaja ke mana Anwar pergi, pasti rakyat tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dan bertanya khabar malah ada yang menasihatkannya supaya berehat kerana jadual kempen yang sangat padat.

Anwar yang terharu mendengar nasihat dari seorang warga emas turut mengucapkan terima kasih atas kehadirannya kerana anak muda sudah berani membuat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan mereka.


Difahamkan, Najib yang mengetahui jadual Anwar ke Sarawak bertemu pengundi di parlimen batang Lupar akan tiba hari ini kira-kira jam 11 pagi nanti seakan 'membalas' serangan yang Anwar lancarkan petang tadi.

Tetapi nampaknya, Najib sudah ketinggalan bas kerana pagi nanti Anwar akan menyerang Sabah di beberapa kawasan panas seperti di Inanam, Beaufort, Papar dan memulakan langkah di Wilayah Persekutuan Labuan di mana calon KEADILAN, Ibrahim Menudin akan diberi suntikan semangat untuk terus bekerja kuat menentang calon BN. 


Nota: Gambar di atas adalah suasana di bandar Miri kira-kira jam 11 malam dan kebiasaannya bandar ini sudah lengang sekitar jam 10.30 malam.

Lihatlah angin perubahan rakyat yang dijana oleh Anwar bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat negeri tanpa sedikit pun merasa lelah kerana melihatkan sokongan padu rakyat yang mahukan Putrajaya dikembalikan kepada rakyat.

INI KALI LAH TUKARR!

JALAN PULANG



SUMBER :

jalan pulang

No comments: