Cuba Banding

Sunday, April 28, 2013

Lahad Datu : Inilah 3 nama yang dimaksudkan Zahid Hamidi


Lahad Datu : Inilah 3 nama yang dimaksudkan Zahid Hamidi

Darell
Darell Leiking
Zahid Hamidi berkata 3 orang pemimpin pembangkang menjadi dalang pencerobohan Lahad Datu. Zahid hanya buat serkap jarang untuk kepentingan politik dia dan BN semata-mata. Dia ingin meraih sokongan dengan isu Lahad Datu.
Bayangkan kalau letupan di Nibong Tebal, tak sampai 24, 3 orang berjaya ditahan polis tetapi isu Lahad Datu yang melibatkan pencerobohan negara, kematian ramai pasukan keselamatan, Zahid Hamidi boleh bertangguh-tangguh dan main-main. Maksudnya Zahid hanya ingin buat gempak sempena kempen pilihanraya.
Kita baca apa yang diluahkan terhadap apa yang dimain-mainkan Zahid Hamidi.
“Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada BN. Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi untuk mempolitikkan isu tersebut. Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tamat pilihan raya,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua – KeadilanDaily
“Saya lihat cara pemberitaan yang dikeluarkan ini sangat tidak beradab… kenapa Ahmad Zahid tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut? Kenapa hendak dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Ia menjadi tanda tanya. Saya fikir ia hanya sandiwara politik semata-mata. Kita tidak terlibat, setahu saya pemimpin Sulu lebih rapat dengan ahli politik Umno. Kami (PR) mengecam segala tindakan pencerobohan yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara kita. Kami juga berharap isu-isu seperti ini tidak dijadikan sebagai modal Umno dalam PRU13,” kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - SinarHarian
“Bagi saya mereka sangat terdesak untuk memenangi PRU13 ini.Jadi, mereka terpaksa mencari isu baru seperti insiden di Lahad Datu sebagai satu platform mereka untuk meraih undi dan menaikkan sokongan rakyat terhadap BN semula.Soalnya, kenapa perlu pemimpin PR ingin mempelawa orang Sulu untuk menyerang Sabah, malah sanggup melakukan pembunuhan di sana? Apa yang PR dapat sekiranya melakukan tindakan sedemikian?” kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. – SinarHarian
Jadi kemungkinan ketiga-tiga nama yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi boleh diketahui melalui berita di bawah;
PENAMPANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil mendakwa beliau akan disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin pembangkang yang dikaitkan menjadi dalang dalam pencerobohan kumpulan militan Sulu ke Sabah.
Darell berkata, beliau membuat kesimpulan itu kerana dirinya bersama dengan dua pemimpin PKR iaitu R.Sivarasa dan Tian Chua mengadakan lawatan ke Manila sebelum pencerobohan pada Februari itu.
Beliau berkata lawatan itu tiada kena mengena dengan kumpulan militan Sulu tetapi mereka ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan bernilai RM1 bilion dan kini dipenjara dua tahun di Sabah kerana memiliki pasport Filipina palsu.
“Kami mengutuk pencerobohan Sulu dan berharap tiada siapa memutarbelitkan fakta untuk memburukkan kami,” kat Darell.
Darell menggesa pihak berkuasa untuk mengumumkan nama ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang insiden tersebut supaya mereka boleh membela diri di mahkamah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu dua pemimpin pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan militan Sulu berasal dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.
Darell berkata pihak berkuasa sentiasa memutarbelitkan berita mengenai serangan Sulu. – mStarOnline


Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/lahad-datu-inilah-3-nama-yang-dimaksudkan-zahid-hamidi/#ixzz2RkUVdH2a 
Follow us: ekeleh.comm on Facebook

No comments: