Cuba Banding

Friday, July 13, 2012

Terhot !!! Panas !!!! Mahadir mahu BN kekal kuasa..? kenapa jom baca

Terhot !!! Panas !!!! Mahadir mahu BN kekal kuasa..? kenapa jom baca
Posted on Thursday, July 12 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelOleh: abuluqman

"Mahadir ada agendanya tersendiri... makin lama makin sakan ia bercakap.. anwar (Gambar Kiri)

KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

"Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC," kata Anwar.

Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.

"Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh," tempelak Anwar.

Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.

Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.

"Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut...balik rumah pun takut...Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni," kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.

Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.

"Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu...Min huna naklam...permulaan tindakan kita dengan ilmu," kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.

Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat," kata beliau.

suntingan Abu luqman"
 

http://www.tranungkite.net





Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari
ArtikelBlog alhusseyn51.blogspot.com

Dalam ceramah yang disampaikannya malam tadi di Kampung Seri Ampang ’B’, Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, secara peribadi telah menimbulkan rasa keraguannya bagaimana kawan baik PM Najib, Razak Baginda yang pada mulanya telah dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Antantuya telah dilepaskan begitu sahaja.

“Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak baginda dalam kes tersebut,” katanya.

Keraguan yang diucapkan oleh seorang personaliti yang berlatar belakangkan sebagai 'Pakar Penyiasat Jenayah’ sepertinya itu sudah tentu amat bermakna. Beliau tidak perlu menghuraikannya dengan panjang lebar.

Datuk Fauzi amat berhati-hati dalam ucapannya kerana sebagai bekas pegawai kanan polis , tentunya dia lebih maklum mengenai OSA yang membelungguinya.

Anggota SB sedang membuat rakaman sewaktu Datuk Fauzi berucap
“Saya tidak mahu PDRM menangkap bekas anggotanya sendiri pula...” katanya sinis disebalik pesanan kepada petugas PDRM yang ada di situ supaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas – di dunia dapat ganjaran dan diakhirat nanti mendapat ganjaran juga daripada Allah SWT.

Bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini.

Beberapa persoalan masih belum terjawab.Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum?

Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? :

1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya?

2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka?

3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi:

“Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang”.

Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak.

5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya?

6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai?

7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali.

Persoalan-persoalan tersebut akan terus menjadi tanda tanya kepada kita semua.Selagi semua persoalan itu tidak terungkai, maka selama itulah bayangan Altantuya akan mengekori kemana PM Najib pergi dan akan terus menghantuinya.

Dulu, saya sendiri tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu:

“Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"

Sekarang kita semua pun sudah sedia maklum siapa Perdana Menteri kita kini.... tentu ada kaitan kan kan kan?
Posted on Thursday, July 12 @ 15:00:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net

No comments: