Blog milosuam.blogspot.com
SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.
Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.
Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagalmendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.
Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.
Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap.
Tambah melucukan Najib Razak
terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya.
Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat
panas bontot dan
ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu.
Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas yang mengirimkannya kepada MiLo SuaM.
No comments:
Post a Comment