Cuba Banding

Tuesday, May 8, 2012

Nik Aziz is father of kafir? ..... bacalah..

Nik Aziz is father of kafir? Apa komen TG Nik Aziz?.. bacalah..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com,08 Mei 2012

Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir  adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.

Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..

Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..

Baca pula apa kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dulu..

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau - Harakahdaily

Dan apa komen TG Nik Aziz sendiri dalam hal ini..

Dipetik dari FB TG Nik Aziz.. "Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen."

Pendek dan tidak melenting sama sekali meskipun tuduhan yang dilontarkan buatnya adalah sesuatu yang berat..

Hingga sekarang sudah terdapat lebih dari 3,000 komen yang ditinggalkan dalam FB TG Nik Aziz.. tengok kat ( SINI ) 

harakahdaily.



 Najib umum Durian Runtuh.. tapi kenapa RM1.689 Billion saja? lagi RM3.942 Billion hilang kemana?
ArtikelBlog darisungaiderhaka.blogspot.com

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, tetapi Najib hanya mengumumkan sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka…

Tentang bagaimana jumlah RM5.6 bilion  dalam Kenyataan Media oleh Rafizi diakhir entry ini.

Selain itu.. Peneroka yang dikatakan layak mendapat ‘Durian Runtuh’ itu hanyalah mereka yang menandatangani perjanjian dengan Bank.. lihat perjanjian di bawah..


Ihsan Pahang Daily Online


Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.

Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan.

Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran?

Baca sebahagian petikan berita ini..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka - Malaysiakini

Kenyataan Media yang dimaksudkan..

PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
Posted on Tuesday, May 08 @ 18:46:23 MYT by aya
selatanonline.





DURIAN RUNTUH FELDA!!!! RM 25 000 atau RM 15 000, itupun nak tipu juga ka?

Broommm... Senjata terakhir Najib untuk PRU13 bernilai RM1.6b

Tah macamana tadi aku boleh tertengok Najib Rosmah berucap live dalam TV. TV1 ada live TV3 pun ada live. Bukan setakat tengok tapi mengikuti ucapan Najib Rosmah tu, benda yang memang dah lama aku tak buat.

Kena pulak ngam-ngam Najib Rosmah umumkan 'durian runtuh' untuk warga peneroka. Najib kata yang ni bukan BR1M tapi BROMMM...

Untuk ketua keluarga peneroka, FELDA akan bagi RM5,000 sorang. Tak cukup dengan tu isteri peneroka pun akan dapat jugak RM5,000 sorang dan yang lagi tak disangka-sangka, generasi kedua peneroka pun akan dapat RM5,000.

Katanya untuk bagi durian runtuh bersempena dengan penyenaraian  FELDA Venture Holding (FGVH) tu, FELDA akan belanjakan lebih 1.6billion. 

Memang nampak sangat gila babinya Najib Rosmah punya usaha untuk pastikan kawasan penempatan Felda tetap jadi fix deposit untuk umno BN.

Nampak sangat Najib Rosmah cukup tertekan dengan apa yang ANAK dan Mazlan Aliman punya team dah buat. Nampak sangat yang Najib Rosmah cukup risau undi peneroka Felda beralih ke pada Pakatan Rakyat.

Yang lebih hebat lagi Najib Rosmah siap kata takkan halalkan durian runtuh ni kepada "puak-puak yang tak setia kepada kita."

Lepas ni, jangan harap la kut, ANAK boleh masuk ke kawasan FELDA lagi. Aku yakin dengan umpan RM5,000 ni akan ada ramai yang sanggup sekat Mazlan Aliman di tengah jalan, tak bagi masuk ke kawasan Felda.

Tentu ada punya 'samseng kampung dusun' yang sanggup tunggu Mazlan Aliman dengan kayu 3 tengah 2.Cenangau 

No comments: