Cuba Banding

Tuesday, May 22, 2012

BERSIH 3.0: Anwar didakwa di mahkamah

BERSIH 3.0: Anwar didakwa di mahkamah
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.

Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.

Peguam Karpal dan Yusof, meminta Anwar dibenarkan bon peribadi tetapi ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.



http://www.malaysiakini.com/



Pendakwaraya kes Liwat II mewakili Anwar dalam tuduhan perhimpunan haram

May 22, 2012

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden hari ini menyertai kumpulan peguam Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.

Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.
Yusof (gambar) telah bersara dari Jabatan Peguam Negara.
“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam. Saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu para pemberita di mahkamah hari ini.
“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam dan saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu wartawan apabila didekati di mahkamah hari ini.
“Beliau mempunyai hak untuk memilih peguamnya,” Yusof berkata.
Yusof menekankan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan politik dan merupakan seorang “profesional” yang “rela dan berupaya” untuk membantu Anwar apabila diminta menyertai kumpulan peguamnya.
“Saya seorang agen bebas,” katanya.
Yusof juga berkata bahawa beliau “tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan” dan tidak mempunyai percanggahan kepentingan.
“Saya bukan menyertai sebarang parti politik. Saya cuma seorang peguam,” beliau berkata.
The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.
Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Abdul Ghani sekarang, Yusof cuma berkata “tiada komen”.
Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.
Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.
Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.
Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam “selari dengan norma antarabangsa” dilaksanakan.
Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.
Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini.

No comments: