Cuba Banding

Sunday, February 5, 2012

Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah

Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

shahrizat general hospital 050212Bercakap kepada wartawan di Hospital Besar Kuala Lumpur,  Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMenurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa.Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawap pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.

"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.

azlanPengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.

No comments: