Guan Eng gesa PM bayar RM500, RM100 tiap tahun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menjadikan bayaran RM500 tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah, sebagai satu program tahunan.
Ketika membuat gesaan tersebut hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkata, ia bagi membuktikan bahawa Najib ikhlas membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata bayaran tersebut, yang masing-masing berjumlah RM1.8 bilion bagi 3.4 juta isirumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar, adalah tidak besar berbanding dengan pembaziran kerajaan.
Katanya, anggaran RM1, 077 bilion wang haram dibawa keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.
Ini, dakwanya, adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhah Klang (PKFZ), skandal RM52 bilion saham bumiputera dan yang terbaru kontroversi RM250 juta membabitkan National Feedlot Corporation.
Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata adalah lebih baik bagi kerajaan memulangkan kembali wang kepada rakyat "yang yang amat memerlukan bantuan sepanjang masa inflasi yang tinggi dan hutang isirumah yang melambung tinggi", dan bukan membazirkannya dalam projek yang dilanda skandal.
Menurutnya lagi, harga beberapa komoditi asas telah melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan kesusahan kepada jutaan rakyat Malaysia:
- Gula: RM1.45/kg (Januari 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) - 58% dalam tempoh 18 bulan.
- Telur: Gred B RM9 bagi 30 butir telur (September 2010) kepada RM10 untuk 30 telur (sekarang).
- Bawang: Harga naik 17% sejak Disember 2010.
- Cukai perkhidmatan: Meningkat 1%, tambahan RM720 juta dalam bentuk cukai kepada kerajaan persekutuan.
- Teh tarik dan kopi susu: Meningkat RM0.10 kepada RM0.20 (9.1% kepada 18.2%).
- Tarif elektrik: Peningkatan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.
- Roti Gardenia: kenaikan 5% kepada 14% (2011).
Lim berkata peningkatan kadar inflasi menyebabkan tahap hutang isirumah yang tinggi, seperti Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isirumah Malaysia pada akhir tahun 2010 ialah RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK.
http://www.malaysiakini.

Teras gesa keluar fatwa Najib hadiri Thaipusam
Harakahdaily, | 11 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Feb:Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.
“Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
“Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?” tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.
Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.
“Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
“Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.
Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.
“Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,” katanya lagi.
http://bm.harakahdaily.
Bongkar!! Sebab Inikah Najib Hadiri Perayaan Thaipusam? |
|
No comments:
Post a Comment