Cuba Banding

Saturday, December 17, 2011

Terkini!! Keadaan 2 Orang Pembunuh Altantuya Nieh Terjawab!!

Pembetulan Artikel. Terkini!! Keadaan 2 Orang Pembunuh Altantuya Nieh Terjawab!!
Posted on Saturday, December 17 @ 01:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaOleh: siasahkini

"Terkini!! Keadaan 2 Orang Pembunuh Altantuya Nieh Terjawab..

Hari tu Sk ada menulis mempersoalkan macamana keadaan 2 orang anggota polis yang telah disabitkan membunuh kejam Altantuya dalam blog Sk Disini.

Maka selepas menerbitkan artikel tersebut, sk mendapat pelbagai email daripada pembaca-pembaca blog Sk yang turut mempersoalkan keadaan 2 anggota polis yang dituduh menbunuh nieh. Hari nih kisah 2 orang bapak polisi yang dituduh membunuh dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah berlegar semula di ruang suratkhabar dan blog dan sekurang-kurangnya menjawab pesoalan Sk baru nieh... Sila baca


Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan. Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.


Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah “penafian dan menyalahkan satu sama lain.”

Sumber: http://siasahkini.blogspot.com"



postedby:http://www.tranungkite.

1 comment:

Anonymous said...

Yang menjadi persoalan disini ialah: APA KAH YANG MENDORONGKAN MEREKA INI MELAKUKAN PEMBUNUHAN TANPA APA APA SEBAB? APA KENA MENGENA MEREKA BERDUA INI DENGAN ALTANTUYA? NAK MEROMPAK WANG KOMISYEN PEMBELIAN SCORPENE KE?