Cuba Banding

Thursday, December 1, 2011

Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?


    • 'Gerakan terancang atau tempuhi tragedi'
    • "Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan," kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    • Ucapan dasar presiden Umno
    • LAPORAN LANGSUNG Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
    • Najib beri bayangan PRU-13 tak lama lagi
    • NONE"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang Umno, kita turun ke medan bakti," katanya sambil melaungkan Hidup Umno.
    • Najib rasmi Perhimpunan Agung Umno 2011
    • NONEMajlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, di hadapan 5,477 perwakilan di Dewan Merdeka.
    • Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih
    • NONESemakan mendapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan beliau mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.




    Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?
    Posted on Wednesday, November 30 @ 14:00:00 PST
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    BeritaOleh : JAYANTHI GEETA SUKUMARAN

    KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai ‘Sepupu Perdana Menteri’ mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN) Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama

    Mengikut Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu, semakan beliau bersama Tim Pemantauan Sabahkini.net di Sabah, sehingga kini 179 buah sekolah sudah dipasang dengan Sistem Solar Hibrid, 78 buah sekolah untuk Fasa Pertama dan 101 buah sekolah untuk Fasa Kedua dan bakinya 24 buah sekolah masih dalam penantian.

    Daripada laporan media dan maklumat Sabahkini.net, kata Patrick, beliau mendapati kos membina Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah terlalu mahal, hampir setara dengan Projek Elektrik Solar Hibrid KKLW.
    “Sebagai contoh, kos memasang Sistem Elektrik Solar Hibrid di SK Tudan di Tamparuli berharga RM5.4 juta sedangkan harga pembinaan sekolah lebih kurang RM1 juta,” kata Patrick yang merujuk artikel ‘SPRM Wajib Siasat Projek Elektrik Solar’; sedangkan kos termahal di pasaran untuk menyiapkan projek berkenaan lebih kurang RM2 juta.
    Begitu juga dengan Kos pemasangan sistem yang sama di SK Sumambu, Tenom yang bernilai RM6 juta sedangkan bagi kapasiti tenaga dua kali ganda, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimi Unggi hanya membelanjakan RM1 juta untuk dua buah Kampung iaitu Katubu dan Sumambu.
    HADIAH.....Inilah hadiah yang ditinggal Hishamuddin di sekolah-sekolah di luar bandar Sabah dan kini diwarisi oleh Muhyiddin. Semoga Muhyiddin mempunyai kekuatan untuk menghapuskan nista ini yang akan tercatat di dalam sejarah sebagai Kementerian yang kejam kerana menzalimi kanak-kanak yang tidak berdosa.
    Kesemua kontrak pemasangan sistem solar hibrid di seluruh Sabah, kata Patrick telah diagehkan kepada tiga syarikat ‘Kelas Kambing’ (tidak berdaftar dengan PKK dan CIDB atau PUKONSA) tetapi mampu menjalankan projek ratusan juta ringgit melalui kaedah sub-kontrak; yang kebanyakannya tidak lagi berfungsi setelah digunakan enam bulan atau setahun.
    “Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran telah membayar lebih RM1.8 Bilion kepada semua kontraktor, sedangkan 99 % daripada sistem yang dipasang tidak lagi berfungi kerana rosak dan tidak diselenggara,” kata Patrick yang menyifatkan projek berkenaan lebih teruk daripada Makmal Komputer.
    Perdana Menteri, kata Patrick patut mendesak Kementerian Pelajaran menjelaskan kepada rakyat kenapa projek yang begitu mahal boleh dilaksanakan tanpa melalui panggilan tender dan dilakukan oleh kontraktor yang tidak bertauliah.
    “Kalau mengikut Akta Acara Kewangan, Hishamuddin boleh dikenakan surcaj dan patut meletakkan jawatan seiiring dengan kegagalan Makmal Komputer,” kata Patrick yang menyimpulan Kementerian Pelajaran tidak prihatin terhadap masa hadapan kanak-kanak di luar bandar kerana terdedah kepada bateri asid plumbum yang digunakan dalam sistem berkenaan dan pelupusan sambil lewa bateri berkenaan.
    Tegas Patrick, beliau tidak tahu kenapa Hishamuddin memilih untuk menggunakan bateri asid plumbum yang mahal sedangkan sejak 2005 sudah ada bateri mesra alam di pasaran, yang bukan sahaja murah, berkualiti dan lebih tahan lama daripada bateri asid plumbum.
    Menurut Patrick, tiga kontraktor dari ‘Langit Ketujuh @ Kayangan’ tetapi bertaraf ‘Kelas Kambing’ tersebut terdiri daripada Konsortium Eagle (66 buah sekolah), Ayuda (4 buah sekolah), Misi Maju (4 buah sekolah), Zestnet (4 buah sekolah); manakala bagi Fasa Dua sebanyak 101 buah sekolah dijalankan oleh beberapa syarikat bermodal RM2.
    Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Ketua Audit Negara dan SPRM tidak menutup kes ini semata-mata kerana melibatkan Naib Presiden UMNO, Menteri Kabinet atau sepupu Perdana Menteri disebabkan kepentingan umum dan mencegah bencana alam sekitar.
    “Jika Kementerian Pelajaran tidak mempunyai akauntabiliti, bagaimana mereka mahu menjawab kepada pembayar cukai segala kegagalan mereka yang menggunakan dana awam; apatah lagi rakyat boleh mempersoalkan integriti Menteri Pelajaran sekarang, di atas kesilapan Hishamuddin semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran,” kata Patrick yang mendesak siasatan menyeluruh termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
    Patrick menambah, beliau turut menggesa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, memansuhkan 24 kontrak baru yang bakal dilaksanakan dan menghentikan sertamerta penggunaan bateri asid plumbum di 178 sekolah yang telah menggunakan bateri berkenaan.
    Kerajaan tidak akan kerugian apa-apa, kata Patrick, sebaliknya rakyat Sabah di luar bandar akan menambahkan sokongan terhadap Muhyiddin dan BN kerana menyelamatkan anak cucu mereka daripada kesan plumbum yang berpanjangan.
    "Masih adakah Muhyiddin pada sejuta tahun akan datang? Jika Muhyiddin dan Hishamuddin masih hidup sejuta tahun akan datang, rakyat Sabah mungkin boleh memaafkan mereka, tetapi jika tidak, mohonlah hentikan segera penggunaan apa juga plumbum kerana jangka hayat plumbum selama satu juta tahun," kata Patrick yang tidak jemu-jemu masuk kampung untuk melihat sendiri penggunaan sistem solar hibrid.
    Mengikut siasatan bersama Sabahkini.net dan Patrick Sindu, Konsortium Eagle mendapat kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;
    01.SK Bergosong, Tawau
    02.SK Umas-Umas, Tawau
    03.SK Kalabakan, Tawau
    04.SK Mentadak Baru,Tawau
    05.SK Panglima Habibullah,Tawau
    06.SK Sg Tongkang, Tawau
    07.SK Ulu Kalabakan, Tawau
    08.SK Bratian, Tawau
    09.SK Wallace Bay, Tawau
    10.SMK Umas-Umas, Tawau
    11.SMK Kalabakan, Tawau
    12.SMK Wallace Bay, Tawau
    13.SK Semawang, Beluran
    14.SK Perancangan, Beluran
    15.SK Basai Baru, Beluran
    16.SK Bukit Besi, Beluran
    17.SK Nangoh, Beluran
    18.SK Moynod, Beluran
    19.SK Monopod, Beluran
    20.SK Kiandongo, Beluran
    21.SK Tambisan, Kinabatangan (kini Silam)
    22.SK Sri Ganda, Kinabatangan
    23.SK Sangau, Kinabatangan
    24.SK Tanjung Manawali, Kudat
    25.SK Pulau Tigabu, Kudat
    26.SK Penontomon, Nabawan
    27.SK Salarom, Nabawan
    28.SK Kuala Salong, Nabawan
    29.SK Lotong, Nabawan
    30.SK Labang, Nabawan
    31.SK Layon, Nabawan
    32.SK Salinatan, Nabawan
    33.SK Sasandukon, Nabawan
    34.SK Kaingaran, Ranau
    35.SK Kawiyan Sugut, Ranau
    36.SK Mengkapoh, Ranau
    37.SK Miruru, Ranau
    38.SK Toboh, Ranau
    39.SK Pababag, Semporna
    40.SK Pulau Mabul, Semporna
    41.SK Nukakatan, Tambunan
    42.SK Tiong Wido, Tambunan
    43.SK Tinompok Liwan, Tambunan
    44.SK Sintuong-tuong, Tambunan
    45.SK Kironggu, Telupid
    46.SK Rundum, Tenom
    47.SK Kapulu, Tenom
    48.SK Bonor, Keningau.
    49.SK Dalit, Keningau
    50.SK Kalampun, Keningau
    51.SK Inandung, Keningau
    52.SK Lanas, Keningau
    53.SK Mansiat, Keningau
    54.SK Kuala Kahaba, Keningau
    55.SK Sinaron Tengah, Keningau
    56.SK Sinua, Keningau
    57.SK Malaing, Keningau
    58.SK Nandagan, Keningau
    59.SK Binanon, Keningau
    60.SK Pangas, Keningau
    61.SK Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu
    62.SK Tanjung Labian, Lahad Datu (kini Tungku)
    63.SK Lok Buani, Lahad Datu (kini Tungku)
    64.SK Bambangan, Sandakan
    65.SK Nunuyan Laut, Sandakan.
    66.SK Pulau Timbang, Sandakan.
    Manakala Ayuda mendapat kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;
    01.SK Minusuh, Telupid
    2.SK Menanam, Telupid
    3.SK Imbak, Telupid
    4.SK Ulu Ansuan, Telupid
    Misi Maju menjalankan kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;
    01.SK Melinsau, Ranau
    02.SK Pinawantai, Ranau
    03.SK Togop Darat, Ranau
    04.SK Tarawas, Ranau
    ZESNET pula menjalankan kerja pemasangan bagi sekolah berikut;
    01.SK Poring, Tuaran
    02.SK Paginatan, Ranau
    03.SK Paus, Ranau
    04.SK Tudan, Tuaran
    Manakala Fasa 2 Solar Hibrid yang dijalankan oleh pelbagai kontraktor di 101 buah sekolah seperti berikut;
    01.SK Pulau Lubukan, Sandakan.
    02.SK Pulau Libaran, Sandakan
    03.SK Pulau Sanghai, Sandakan
    04.SK Pulau Larapan, Semporna
    05.SK Lihak-Lihak, Semporna
    06.SK Pulau Menimpilik, Semporna
    07.SK Pulau Bait, Semporna
    08.SK Pulau Omadal, Semporna
    09.SK Pulau Selakan, Semporna
    10.SK Pulau Denawan, Semporna
    11.SK Kalumpang, Semporna
    12.SK Pulau Sumandi, Semporna
    13.SK Tampasak Togudon, Penampang
    14.SK Balambangan, Kudat
    15.SK Dogoton, Kudat
    16.SK Semayan, Kudat
    17.SK Kapitangan, Kudat
    18.SK Sabur, Kudat
    19.SK Ulu Bole, Sipitang
    20.SK Ladang Segaria, Semporna
    21.SMK Terusan Sugut, Beluran
    22.SK Rancangan Belia Tiulon, Keningau
    23.SK Rungus Nahaba, Tamparuli
    24.SMK Ulu Sugut, Ranau
    25.SMK Timbua, Ranau
    26.SMK Matupang, Ranau
    27.SK Rancangan Lubuk, Sandakan
    28.SK Labuk Subur, Sandakan
    29.SK Tanjung Aru, Sandakan
    30.SK Ulu Dusun, Sandakan
    31.SK Lung Manis, Sandakan
    32.SK Sungai Madang, Sandakan
    33.SK Inarad, Telupid
    34.SK Keramuak, Telupid
    35.SK Masaum, Telupid
    36.SK Mengkawago, Telupid
    37.SK Tampasak, Telupid
    38.SK Maliau, Telupid
    39.SK Saguon, Telupid
    40.SK Pitas, Sandakan
    41.SK Abaka, Tawau
    42.SK Brumas, Tawau
    43.SK Melati, Tawau
    44.SK Luasong, Tawau
    45.SK Ladang Tiger, Tawau
    46.SK Tanjong Paras, Lahad Datu
    47.SK Sahabat 16, Lahad Datu (kini Tungku)
    48.SK Sahabat 2, Lahad Datu (kini Tungku)
    49.SK Mostyn, Kunak
    50.SK Ladang Giram, Kunak
    51.SK Ladang Binuang, Kunak
    52.SK Karagasan, Ranau
    53.SK Ruminding, Kota Kinabalu
    54.SK Longut, Ranau
    55.SK Matupang, Ranau
    56.SK Sagindai, Ranau
    57.SK Timbua, Ranau
    58.SK Tinanom, Ranau
    59.SK Tiang, Ranau
    60.SK Tetabuan, Beluran
    61.SK Mapan-Mapan, Pitas
    62. SK Ladang Tomanggong, Kinabatangan
    63.SK Golong, Beluran
    64.SK Ladang Bode Kretam, Kinabatangan
    65.SMK Pamol, Beluran
    66.SMK Simpangan, Beluran
    67.SK Sakilan Desa, Sandakan
    68.SK Mumiang, Sandakan
    69.SK Tanjung Pisau, Sandakan
    70.SK Sipinong, Sandakan
    71.SK Sg Tiram, Sandakan
    72. SK Tanjung Batu, Sandakan
    73.SK Terusan Baru, Sandakan
    74.SK Tundus Bohangin, Kinabatangan
    75.SK Sungai Lokan, Kinabatangan
    76.SK Desa Permai, Kinabatangan
    77.SK Ladang Sungai Bendera, Kinabatangan
    78.SK Sapagaya, Kinabatangan
    79.SK Litang, Kinabatangan
    80.SK Tidung/Tabin, Kinabatangan
    81.SK Tangkong, Kinabatangan
    82.SK Mamagun, Keningau
    83.SK Pohon Batu, Keningau
    84.SK Binuwou Tengah, Keningau
    85.SK Nangkawangan, Keningau
    86.SK Kg Baru, Sandakan
    87.SK Pamaguan, Sandakan
    88.SK Kawakaan, Keningau
    89.SK Binakan, Keningau
    90.SK Bogon Besar, Sandakan
    91.SK Kuala Suan Lamba, Kinabatangan
    91.SK Kenang Kenangan, Telupid
    93.SK Desa Subur, Tawau
    94.SK Tagibang, Kota Marudu
    95.SK Magandai, Kota Marudu
    96.SK Sibanggali, Nabawan
    97.SK Logongon, Nabawan
    98.SK Pengaraan, Nabawan
    99.SK Saliku, Nabawan
    100.SK Tinanduk, Nabawan
    101.SK Sumambu, Tenom
    Read more.. 





    http://www.tranungkite



    Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru

    December 01, 2011
    KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
    Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
    Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.
    Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.
    Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”
    “Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
    “Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.
    Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.
    Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.
    Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.
    “Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.
    “Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.
    Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.
    Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.
    Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.
    Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
    “Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.
    Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.
    “Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.
    “Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.
    Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
    “Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.
    “Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri  menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.
    Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.
    “Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.
    “Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.
    Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”
    “Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.


    http://www.themalaysianinsider. 

    No comments: