Cuba Banding

Friday, December 2, 2011

PAS heret bil Perhimpunan Awam ke mahkamah


PAS heret bil Perhimpunan Awam ke mahkamah
PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.NONEDalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.

NONETiada perintah kos dipohon kerana ia melibatkan kepentingan awam, kata peguam Hanipa Maidin yang mewakili ketiga-tiga pemohon.

"Anak guam saya membuat permohonan ini kerana walaupun responden memiliki hak eksekutif, ia bertindak tidak selaras dengan ketinggian perlembagaan," katanya yang juga peguam PAS.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai).

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Hanipa berkata, fasal 4 rang undang-undang itu yang melarang protes jalanan, bertentangan dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan.

Perkara lain yang dibangkitkan berhubung larangan terhadap kanak-kanak bawah 15 tahun menyertai atau menganjurkan perhimpunan.

Permohohan itu dianggap percubaan pertama di Malaysia dan bakal menjadi kes rujukan di masa depan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kehakiman negara ini.
NONEBagaimanapun, jelas Hanipa, kes yang hampir sama pernah difailkan di England.

Mahkamah belum menentukan tarikh permohonan itu akan disebut.

Sementara itu, Mohamad berkata, jaminan daripada ucapan menteri tidak boleh dijadikan asas untuk menerima rang undang-undang itu.

"Jaminan menteri tidak tercatat dalam rang undang-undang ini," katanya.



http://www.malaysiakini.


Anak gesa semua MB halang proses pajakan tanah, tahan senaraikan Felda

December 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menggesa kesemua menteri besar yang negeri masing-masing ada kawasan Felda menghalang perjanjian pajakan - salah satu langkah yang membolehkan penyenaraian Felda Global Ventures, dengan tidak menandatangani dokumen status hak milik tanah.
Perjanjian pajakan tanah Felda dijangka berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, oleh kerana wujud banyak kecelaruan dan kekeliruan berhubung perjanjian pajakan tanah dan maklumat mengenai proses penyenaraian, maka pihaknya mahu kerajaan-kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian berkaitan status hak milik tanah di bawah Felda Plantations.
“Ini kerana ada kawasan Felda masih belum memperoleh status hak milik, jadi menteri besar kena menandatangani dokumen berkaitan bagi membolehkan tanah terbabit dipajakkan.
“Jadi bagi menjaga kepentingan para peneroka Felda, kami meminta agar menteri besar tidak berbuat demikian,” kata beliau hari ini.
Sebagai peringkat permulaan, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang pada 9 Disember ini.
Proses penyenaraian Felda Global Ventures diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012.
Banyak pihak termasuk peneroka sendiri mendakwa masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai proses penyenaraian.
MENYUSUL LAGI

No comments: