Cuba Banding

Monday, December 12, 2011

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud
PAS hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.


pas launch welfare state document 111211 hadi awangWalau bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.


Sebaliknya, bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di Shah Alam, hari ini, Abdul Hadi berkata dokumen 10 perkara itu adalah lanjutan agenda Negara Kebajikan yang telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan intipatinya telah dimasukkan ke dalam dokumen polisi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Buku Jingga.


“ita perjuangkan perkara yang sama dan tak ada perbezaan di kalangan (parti komponen) Pakatan Rakyat berhubung perkara asas kedudukan bersama dalam masyarakat majmuk.


“Jika ada perkara yang berbeza, kita meraikan dan menghormati perbezaan di antara satu sama lain.


“Ini bukan sahaja menjadi amalan demokrasi, bahkan menjadi amalan ajaran Islam itu sendiri,” kata Abdul Hadi.


Menurut pemimpin PAS itu lagi negara berkekebajikan berbeza dengan negara kebajikan.


Jelasnya, kerajaan negara kebajikan menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.


Sebaliknya, kata Abdul Hadi Negara Berkebajikan akan menangani keperluan-keperluan asas rakyat tanpa membebankan mereka.


“Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.


NONE“Sebab itu Buku Jingga nak hapuskan tol. Ini konsep Islam, bukan kita main-main. Kerajaan perlu menanggungkan asasi rakyat, seperti perubatan dan lain lain,” katanya.


PAS juga memperincikan 10 agenda yang ditawarkan - menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.


Selain itu, Abdul Hadi juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.


Beliau turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.


Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulisnya sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.


Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Sementara itu, agenda 10 mata dokumen Detail PAS untuk kerajaan yang adil, bersih dan amanah, penyayang, aman dan masyarakat yang bersatupadu dan ekonomi yang mapan, yang seimbang dan saksama.


NONESelepas pelancaran dokumen itu, Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa moral pemimpin negara adalah sangat penting untuk memastikan bahawa  mereka tidak mencuri kekayaan negara.


“Dalam mesej Negara Berkebajikan ini, bukan sahaja menyatakan agenda ekonomi, tapi persoalan moral pun sangat penting.


“Moral ini bukan sahaja moral muda-mudi, termasuklah moral pemimpin-pemimpin negara. Apabila moral baik, tidak boros, tidak ambil alih (harta negara dan rakyat),” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/183851


Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan  
Muhammad Faizal
SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.


Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.


"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.


"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.


Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.


Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.


Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.


"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.


"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.


http://bm.harakahdaily.


Ketua dan ahli Puteri Umno isytihar berhijrah menyertai PAS
Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat
KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.


“penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,”tegasnya

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa ‘selesa’ duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.

“kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,

“ jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.

Tinta Hijau Dari Kaki Bukit
Posted on Monday, December 12 @ 01:52:05 MYT by kelanajiwa
http://www.selatanonline.


No comments: