Cuba Banding

Friday, December 9, 2011

Nak bukti kapal selam Malaysia boleh menyelam

Nak bukti kapal selam boleh menyelam ambil masa 21 bulan?
Posted on Thursday, December 08 @ 05:03:41 PST by paktam

Berita
Setelah hampir dua tahun lamanya menanti Scorpene KD Tun Razak “dibaiki”, akhirnyhttp://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2011/12/scorpene.jpga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerima jemputan rasmi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencuba kapal selam yang penuh dengan kontroversi itu.


Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau menanti begitu lama setelah Zahid membuat cabaran awal kepadanya pada sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menaiki kapal selam tersebut.
Jelasnya, ini membuktikan Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.
Namun, Guan Eng tetap akan menerima cabaran Zahid menaiki kapal selam itu di Langkawi esok, walau sudah terlampau lewat seolah-olah ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh menteri berkenaan sejak 21 bulan yang lalu.
“Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.
“Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau “komisyen” sebanyak RM534 juta.
“Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, jemputan terbaru Zahid itu sebenarnya akan membangkitkan lagi lebih banyak persoalan oleh rakyat Malaysia, iaitu kos pembelian yang terlampau mahal dan keraguan mengenai kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat ‘misteri.’
“Kerajaan Barisan Nasional sedar bahawa isu ini melibatkan bukan sahaja wang awam sebanyak RM4.214 bilion, tetapi juga keselamatan para pelayar TLDM.
“Kerajaan hendaklah memastikan bahawa semua sudut keselamatan dan penyenggaraan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti,” katanya.
Guan Eng yang juga Adun Air Puteh akan menaiki kapal selam tersebut yang berlabuh di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011. – Roketkini.com


Apa yang perlu anda tahu tentang NFC
Posted on Wednesday, December 07 @ 20:51:12 PST by paktam

Fokus Isu
OLEH Hakim Joe
Kepada yang tidak mengikuti skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (9MP) pada 2006, NFC disasarkan sebagai ‘Projek berimpahttp://social.my/wp-content/uploads/2011/11/social-7b97e9c6591f0b908b6007a8be442230.gifk tinggi’ dengan objektif mencapai 40% keperluan daging lembu negara pada 2010. Kerajaan Tun Abdullah Badawi telah menyediakan dana sebanyak RM4.4 bilion untuk memodenkan sektor pertanian dan penternakan di bawah 9MP.


Pada bulan Mac 2007, Kementerian Pertanian di bawah timbalan perdana menteri kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memilih dua syarikat untuk menguruskan NFC. Mereka adalah Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Malaysia Sdn Bhd dengan Agro diberi tanah seluas 2,000 hektar dan Lambert diberi 200 hektar tanah untuk memulakan projek. NFC juga mendapat dana sebanyak RM73.64 juga daripada kerajaan Malaysia (GOM) untuk membangunkan projek tersebut.

Pada Disember 2007, kerajaan telah meluluskan satu pinjaman mudah (soft loan) dengan hanya 2% faedah untuk tempoh 10 tahun berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corp Sdn Bhd, satu syarikat usahasama (JV) antara Agro Science Industries Sdn Bhd and GOM untuk memulakan projek tersebut di Gemas, Negeri Sembilan, sebagai langkah pertama dalam pelan membawa Malaysia untuk mengurangkan penggantungan terhadap import daging lembu dengan sasaran permulaan 60,000 anak lembu setiap tahun. Pada masa tersebut, Malaysia sedang mengimport sebanyak 80% keperluan daging lembu negara.

Pada Februari 2008, NFC menerima 1,000 anak lembu pertama dari Australia.

Pada Julai 2008, setelah lima bulan beroperasi, NFC telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan sasar 28% tampungan keperluan daging lembu negara pada 2010, kurang daripada 40% yang ditetapkan oleh GOM di bawah 9MP.

Pada Mac 2010, NFC pula menyatakan bahawa mereka boleh mencapai 40% tampungan keperluan negara pada 2015, lima tahun lebih lewat daripada yang jangkaan.

Pada October 2011, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan laporan Ketua Audit Negara 2010 (yang terlewat) yang membongkar pembaziran belanja jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan yang menyebabkan jumlah hutang dan defisit kerajaan persekutuan meningkat.

Salah satu perkara yang ditegur ialah projek NFC di mana audit antara Januari dan Mac 2011 telah mendedahkan bahawa objektif NFC gagal dipenuhi kerana pembangunan untuk 130 usahawan perintis di bawah Program Pembangunan Usahawan tidak dilaksanakan dan kontrator utama telah menarik diri daripada projek tersebut pada tahun 2008.
Selain itu, NFC turut didedahkan hanya mampu menghasilkan 3,289 anak lembu pada 2010 daripada jangkaan 8,000 dan audit menegur keseluruhan operasi NFC dalam keadaan ‘kelam-kabut’.

Pada November 2011, barisan pembangkang mula mendedahkan penyelewengan kewangan di dalam NFC, di mana NFC didakwa telah memberikan pinjaman sebanyak RM84 juta kepada syarikat kepunyaan suami Ketua Wanita Umno dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dan pengerusi NFC Dr Mohamad Salleh Ismail. Pembangkang turut mendakwa NFC telah menggunakan dana untuk:

1.     membeli kondo mewah di Bangsar yang berharga RM9,758,140 (selepas itu, ia didedahkan bahawa NFC telah membeli dua kondo mewah di One Menerung Bangsar pada harga RM6.9 juta setiap satu)

2.     dua tanah di Presint 10 Putrajaya berharga RM3,363,507

3.     Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622 (melalui National Meat and Livestock Corporation)

4.     Memindahkan dana sebanyak RM588,585 kepada Meatworks (Singapore) Pty Ltd.

(National Meat and Livestock Corporation dan Meatworks adalah kepunyaan keluarga Shahrizat Jalil).

5.     NFC turut telah mengeluarkan 15 cek daripada akaunnya di CIMB Islamic Bank Berhad di Taman Tun Dr Ismail kepada agensi pelancongan Impian Global Network Services untuk tempoh tujuh bulan (tiap-tiap bulan) sebanyak RM455,423.

Ketika ditanya, Shahrizat memberitahu bahawa beliau tiada apa-apa kaitan dengan skandal NFC.

“Saya tidak akan menjelaskan (isu NFC), tapi saya mempunyai dua mesej utama yang ingin disampaikan ketika perhimpunan Agong Wanita Umno. Sila tunggu. Sebagai pemimpin, kita mesti bersabar dan tenang dan jangan menjadi histeria dengan senang. Jika ada sesiapa yang ingin bertanya pasal NFC, mereka harus bertanya pada orang NFC. Saya hanya akan fokus pada Wanita Umno.”

Pengerusi NFC ialah Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (suami beliau), Pengarah Eksekutif NFC pula ialah Wan Shahinur Izmir (anak beliau, umur 31), Ketua Eksekutif NFC ialah Wan Shahinur Izran (anak beliau juga, 27) dan Pengarah NFC ialah Wan Izzana Fatimah (anak beliau, 25).

Semasa NFC membeli kondo mewah pada 2 Disember 2009 untuk RM9.8 million, dilaporkan NFC dalam kerugian RM11 juta dalam akaun tahunannya. Turut dilaporkan pengerusinya menerima gaji sebanyak RM100,00 sebulan, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, ketua eksekutif RM35,000 sebulan dan pengarah satu lagi pun RM35,000 sebulan.

Semasa orang yang dilahirkan di Kuwait dan belajar di Oxford, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin datang cuba menyelamatkan Shahrizat, beliau menyatakan bahawa ia adalah satu ‘keputusan perniagaan yang bijak’ untuk National Livestock and Meat Corporation untuk ‘melabur’ dalam banglo mewah daripada membiarkan duit rakyat dibiarkan duduk diam dalam akaun bank dan tiada masalah dalam pembelian tersebut.

Semasa Menteri Pertanian kini, Datuk Seri Noh Omar (kalau sesiapa  yang ingat kenyataan “jika orang asing rasa polis Malaysia kejam, tolong balik ke negara mereka dan jangan tinggal di sini”) ditanya mengenai ketidakupayaan NFC untuk mencapai sasaran 8,000 lembu, beliau menjawab NFC sememangnya sudah mencapai lebih daripada 8,000 lembu di antara 2008 hingga 2010, sambil berkata projek tersebut adalah berjaya.

Beberapa hari selepas itu, Menteri Pertanian itu menukar kenyataan beliau dan berkata NFC hanya perlu menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu sebelum hari terakhir tahun ini (sebenarnya 8,000 tolak 3,289 ialah 4,711) dan projek tersebut akan dikategorikan sebagai amat berjaya kerana mencapai sasaran.

Apabila laporan dibuat oleh Pemuda PKR Penang ke SPRM, agensi tersebut menolak kes tersebut kepada PDRM sambil menyatakan bahawa, “Kes ini telah dirujuk kepada polis kerana kesalahan tersebut tidak terletak di bawah bidang kuasa SPRM di bawah Akta SPRM 2009.”

Semasa Datuk Mohamad Salleh disoal PDRM berkenaan dengan dua kondo mewah, beliau menyatakan dua kondo tersebut sedang disewa kepada dua syarikat minyak dan gas yang berlainan sebagai tempat penginapan kepada pakar asing dan NFC menerima RM75,000 sebulan sebagai sewa – di mana satu mendapat RM18,000 sebulan dan satu lagi mendapat RM57,000 sebulan (walalupun satu banglo seluas 27,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan kolam air dan spa di Kenny Hills tidak mampu mendapat sewa RM57,000 sebulan). Angka tersebut kemudian diubah kepada RM18,000 sebulan untuk dua unit, akan tetapi PDRM tetap tidak nampak apa-apa kesalahan terhadap dua jawapan berbeza tersebut.

Pada 2 Disember yang lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Bakar telah mengeluarkan satu kenyataan polis bahawa siasatan polis setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur pecah amanah dalam pentadbiran Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC). Tindakan ini agak mengelirukan kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap apa-apa siasatan sebelum ia diselesaikan. PDRM juga mengakui bahawa mereka belum memanggil Shahrizat untuk soalsiasat walaupun beliau merupakan watak utama dalam kontroversi ini.

Kepada yang tidak mengikuti kes NFC, projek ini pertama kali dicadangkan pada 2003 oleh Dr Rosli Mai Lam daripada Lazuli Sdn Bhd, yang kini masih menjadi rakan dalam projek ini. Dr Rosli daripada Lazuli, seorang yang terkenal dalam industri ini, ialah pembekal anak lembu dan ternakan hidup yang lain kepada sesiapa yang memasuki industri ini di Malaysia.
------------------------------
Tulisan asal Hakim Joe dalam Malaysia-Today.net dan diterjemahkan untuk pembaca Harakahdaily oleh Lim Fook Gao.






No comments: