Cuba Banding

Tuesday, December 6, 2011

Bila Kerajaan Trengganu akan menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah syariah, hudud kisas yang diwartakan pada 2002


Bila pula Terengganu mahu laksana hudud, soal Hadi

December 06, 2011
KUALA TERENGGANU, 6 Dis ― Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).
Hadi (gambar) ingin tahu bila kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah syariah, hudud kisas yang diwartakan pada 2002, oleh kerajaan Terengganu.
Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun kata Khazan, kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna, dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai syariah daripada perlaksanaannya.
Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan ketegangan bermula.
Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.
Menurut laporan Bernama Online, sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali setelah hampir pilihan raya.
Katanya, semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 Presiden PAS sendiri Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.
Sementara itu Khazan, berkata kerajaan Terengganu sedang berusaha ke arah itu di mana 32 orang hakim Mahkamah Syariah akan dihantar berkursus di Institut Kehakiman Mahkamah Syariah di Riyadh tahun lepas.
Katanya tahun ini kerajaan negeri akan menghantar lagi hakim-hakim itu untuk berkursus, dan ini adalah antara usaha-usaha ke arah pelaksanaan hudud di Terengganu.

http://www.themalaysianinsider.



Rumah rakyat Pahang nak diroboh, jambatan pula daif
Posted on Tuesday, December 06 @ 04:15:22 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

BeritaOleh: amkns

"Beginilah nasib penduduk di Pahang, negeri pemimpin pejuang bangsa Melayu yang tersohor seantero dunia dengan sokongan kuat Pekida. Sampaikan ada rakyat yang rumah mereka akan dirobohkan, minta rumah PPRT tak lulus-lulus. Sampai ada rakyat bergadai nyawa menggunakan jambatan yang hampir roboh. Hidup Pengundi Tegar di Pahang !



Koleksi artikel-artikel serta laporan-laporan akhbar betapa terbelanya rakyat Pahang dihttp://amkns.blogspot.com/2011/11/jeti-di-pahang-semakin-uzur-malu-kat.html  
Rumah empat keluarga miskin bakal diroboh 
KUALA LIPIS 5 Dis. 2011 - Kerajaan negeri diminta campur tangan dalam menempatkan empat keluarga yang tinggal di pesisiran Sungai Lipis, berikutan kediaman mereka akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek perumahan baharu. 
Empat keluarga terdiri daripada Melayu dan India yang tinggal di situ, telah menduduki tanah milik seorang pengusaha tempatan sejak 13 tahun lalu. Selain itu, mereka juga kesal kerana sudah beberapa kali memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib. 
Seorang penduduk, Ahmad Khalizam Mohamad, 53, berkata, fikirannya buntu apabila pemilik tanah berkenaan memberi tempoh singkat supaya mereka berpindah segera. 
"Ke mana lagi saya dan empat ahli keluarga lain hendak menetap, lantaran kami tidak mempunyai tapak rumah serta wang untuk membina penghidupan di tempat lain. "Saya kerap kali mengajukan masalah ini dan memohon rumah di bawah PPRT menerusi wakil rakyat di sini dan pihak tertentu, malangnya tidak ada jawapan sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini. 
Menurutnya, pemilik tanah tersebut yang cuma memiliki kelulusan berstatus Tanah Pemilikan Sementara (TOL) mengarahkannya bersama tiga keluarga yang tinggal di situ keluar segera dari kawasan berkenaan. 
"Alasan yang diberikan oleh pemilik tanah ini, iaitu merobohkan segera rumah kayu yang sedia ada bagi dimajukan projek perumahan baharu," ujarnya. Isterinya, Sharipah Ismail, 48, berkata, mereka tidak mampu menyewa rumah di bandar itu kerana kadarnya mahal. 
"Pendapatan saya yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah agensi kerajaan, mana mampu menyewa rumah di bandar ini, malahan belanja dapur dan persekolahan juga kian terhimpit," katanya. 
Jambatan perangkap maut
2011/12/06 
KUANTAN: Sebuah jambatan kayu di Kampung Kurnia di sini, tidak ubah seperti perangkap maut apabila hanya menunggu mangsa untuk roboh, sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna terutama kanak-kanak.
Difahamkan, jambatan sepanjang kira-kira tiga meter melintasi tali air itu dahulunya menjadi laluan utama penduduk kampung termasuk pelajar Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad, namun terbiar usang sejak beberapa jambatan baru dibina.
Bagaimanapun, dikatakan masih ada penduduk yang menggunakan jambatan berkenaan sebagai jalan pintas termasuk pelajar sekolah yang berbasikal dan berjalan kaki walaupun menyedari keadaan jambatan berkenaan berisiko untuk digunakan.  
Seorang penduduk, Saidi Ismail, 45, berkata ada tiga jambatan utama yang dibina di kampung berkenaan untuk melintasi tali air, namun dua daripadanya kurang selamat untuk digunakan berikutan kerosakan teruk serta tiada penghadang.  
Katanya, satu daripadanya adalah jambatan lama yang dibina daripada kayu, namun ia sudah lama dibiarkan rosak dan hampir roboh serta tidak lagi selamat untuk digunakan. Beliau berkata, meskipun hanya segelintir penduduk yang masih menggunakan jambatan kayu itu, ia tetap dikhuatiri akan membahayakan pengguna dan langkah membaiki atau merobohkannya perlu dilakukan segera sebelum ada yang menjadi mangsa.  
“Jambatan itu tidak sepatutnya dibiarkan dalam keadaan begitu kerana ia boleh mengancam keselamatan orang ramai dan selagi ia wujud di situ, selagi itulah masih ada orang yang akan menggunakannya.  “Lebih baik ia dirobohkan terus jika tidak mahu membaikinya kerana langkah itu boleh mengelak penduduk terutama kanak-kanak daripada terus menggunakan jambatan uzur berkenaan,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, baru-baru ini.  
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Khairul, 29, berkata sebuah lagi jambatan konkrit di kampung terbabit yang dibina tanpa besi penghadang di kiri dan kanannya turut menimbulkan keresahan penduduk.  
Katanya, langkah menggantikan jambatan lama dengan jambatan konkrit beberapa tahun lalu menggembirakan penduduk di sini, namun mereka kecewa apabila ia tidak dibina dengan sempurna iaitu tanpa besi penghadang.  
“Keadaan ini membahayakan pengguna, malah pernah ada kereta tergelincir sehingga tayarnya tersangkut sebelum dibantu penduduk berhampiran mengangkatnya beramai-ramai,” katanya.



http://www.tranungkite.


Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas
Posted on Tuesday, December 06 @ 04:00:00 PST by paktam

Penulis Tamu
Oleh Mohd Sayuti Omar
KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke tanah air.


Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet miliknya sendiri.


Semasa perhimpunan agung Umno beberapa hari lalu tidak ada perwakilan bertanya mengenai hal itu kepada Zahid. Jadi terlepaslah Zahid untuk menjawabnya. Namun kelesuan dan kealpaan perwakilan Umno yang sudah dikunci mulut dari menyoal itu tidak bermakna Zahid boleh releks dan tidak menjawab.


Beliau kena menjelaskan jet yang ditumpangi ke Makkah itu jet siapa. Pemergian itu bukan sekali, kalau tidak salah saya sudah lebih dari dua kali Zahid menggunakan jet berkenaan. Kalau Zahid tidak jelas menyebabkan orang boleh beranggapan jet itu adalah jetnya yang dibeli atas nama orang lain, nominis.


Apa yang Zahid kena jelas ialah siapakah kawannya yang memiliki jet itu. Apakah pekerjaaan kawannya itu sampai boleh membeli jet. Apakah dia seorang kontrektor yang menguruskan pembelian peralatan tentera di Malaysia? Atau dia sebenarnya hanya seorang teukah jual pisang goreng dan tahu bakar di Chow Kit saja?


Kalau sesiapa telah mendengar penjelasan mengenai jet berkenaan oleh menteri pertahanan itu bolehlah laporkan kepada saya. Saya percaya ramai orang hendak tahu kedudukan jet itu dan apa hubungan Zahid dengan tuan jet berkenaan. Saya juga hendak jelaskan bagi menghuraikan kekeliruan orang ramai terhadap isu berkenaan.


Penjelasan ini dituntut kerana kalau tidak akan banyak lagi kemisterian yang berlegar di keliling diri Zahid seperti macam mana dia pernah dikatakan membantu keluarga isterinya untuk memajukan sebidang tanah di Melaka untuk membina sebuah institusi pendidikan

No comments: