Cuba Banding

Sunday, November 6, 2011

Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.NONEJika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.
NONEAdalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi  masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.  

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.

Politik melampau

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.  

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.     
NONE"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap  politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.
NONE"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.
Sudah muak
Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.
NONE"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata,  tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.



http://www.malaysiakini.





Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan  
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 6 Nov: Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.


Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.


Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.


Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.


Katanya, pihak Umno BN sewajarnya malu kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi membolehkan mereka kekal berkuasa.


"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini.


"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.


Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih.


Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN.


"Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil.


"Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya.


Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat.


Menurutnya, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini.


"Pengakuan dan perjanjian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, setelah didesak, untuk membuang nama-nama 220 orang bukan warganegara yang dilakukan di Paya Jaras setelah nama mereka muncul dalam daftar pemilih bagi suku kedua 2011," katanya.


Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.


"Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya.


Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.


Katanya, Kerajaan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos.


Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR.


Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.




http://bm.harakahdaily.

1 comment:

Encik Putat said...

Parlimen malaysia hanya setaraf warung kopi tepi jalan, dengan cara pasir salak, Kinabatangan dan yang seumpanya berhujah...hujah taraf longkang...macam samseng yang hanya rasa dia handal bila ramai..bila sorang2...tersentot telur...