Cuba Banding

Thursday, November 24, 2011

PERINGKAT ATAU KATEGORI RAMALAN CUACA DI MALAYSIA



Dikeluarkan pada: 01:49am pada 24 November 2011
SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada : 5:35 petang 23 November 2011
Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikemaskini pada 10:56 pagi, 23 November 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
SEKSYEN B : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 5:35 petang 23 November 2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada 5:35 petang 23 November 2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di negeri Perlis (Daerah Padang Besar, Kangar dan Arau) dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 29 November 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 24 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor Timur, Tioman, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), Sabah (Kudat dan Sandakan), Samui, Condore, Reef North, Reef South, Layang-layang dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga awal pagi, Khamis, 24 November 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 24 November 2011, jam 04:00AM 

1 comment:

Anonymous said...

adakah kawasan bera akan banjir sampai 29/11/2011