Cuba Banding

Thursday, November 3, 2011

BOLEHKAH ROH SUAMI KEMBALI MENIDURI ISTERINYA YANG MASIH HIDUP?

March 8th, 2011 | 7:41 am | Soal Jawab Agama 
Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.
 

Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.



I got this video in my email. Read the story first before playing the video. Turn on the volume if you need to. The story as well as the video is in Malay language. Just to summarise for those who doesn't understand Malay, this email contains story about 'Spirit of the Coin' game that seems to be a famous game amongst the youths in Brunei. One day while a group of girls were playing it, I think 2 of them were having their menses. So when the spirit said he wants blood eventually everyone got scared and dispersed, leaving the spirit still in this world yearning for blood. The video attached shows a girl have been possessed by the spirit. Seriously this video is not advisable for those weak hearted people out there. Coz my neck hair stands when I saw the video and listened to the audio.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yoooo,yaaaaaaa aaa auuu , lama tak jumpa korang dalam ruangan spykedai ni,kali ini uncle nak cerita satu kisah misteri yang sedang melanda negara jiran terdekat kita di malaysia timur iaitu Brunei,Uncle pun baru balik dari sana beberapa hari lepas dan sempat juga berjumpa dengan seorang kenalan di sana.

Cerita ini pun di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei,Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau dikenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri,Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling, uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?

'Game' ini menjadi sebagai satu trend di sekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehinggalah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini.Mengikut ceritanya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki, ada dua versi kat sini tetapi apapun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang digunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu di buang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.

Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku, 'spirit' yang dipanggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak di beri makan dan kemudian tidak di hantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-guru juga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei.Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.

Mengikut ceritanya lagi, bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18 bulan berapa samaada masihi atau hijrah). Dari peristiwa ini juga banyak SMS dihantar di kalangan warga brunei dengan pelbagai cerita dan pada 18 Ogos lepas satu SMS berbunyi :

" 4ward dis msg to everyone u noe k. Kami dpt informasi, krg jgn keluar umah lps pkl 12 tgh mlm coz guris d skulah men. STPRI kana buka." ,

Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 Ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak di ingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi ke STPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku, pihak polis di kerahkan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang dimaksudkan. Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk. Khabarnya juga 2 pelajar yang bertanggungjawab bermain 'game spirit' menggunakan darah itu telah dihantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.

Mengikut cerita terbaru, pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada di dalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini.Uncle juga sempat ditunjukkan satu rakaman video seorang pelajar yang kerasukan yang mana rakaman tersebut telah uncle serah kepada pihak TKO untuk diletakkan di portal ini,tidak salah uncle video itu korang boleh download di ruangan download. Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolah tu tiba-tiba ada pelajar kerasukan dan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

Ok lah, cukup setakat ini dulu uncle bebel dalam ruangan yang tak seberapa ini yang mana kali ini kita menyusuri dunia mistik, dunia makluk yang bukan sebangsa dengan kita,ada orang yang tidak percaya dengan hal-hal sedemikian dan ada yang percaya, malah di dalam rukun iman sendiri ada di sebut salah satu rukun ialah 'percaya kepada benda2 ghaib' , malaikat , jin , iblis , syurga, neraka dan sebagainya itu termasud dalam kategori ini dan kewujudan jin serta iblis adalah utk menyesatkan anak adam, yang penting jangan percaya meraka ada kuasa untuk memusnahkan atau merosakkan kita,yang berkuasa hanya Allah dan mereka itu adalah sebagai alat propaganda bagi tuhan menguji keimanan kita masing-masing serta jangan main permainan yang boleh merosakkan akidah kita.

1 comment:

TokGuruAhad said...

kalau nak menipu dan mencari peluang nak dapat duit free pun, janganlah pula jadikan agama sebagai modal.
Aku naik hairan dengan ahli agama di Malaysia, kenapalah terkunci hati nak bangkang fatwa karut marut seperti ini.