Cuba Banding

Saturday, November 12, 2011

Bolehkah ?.......Pangkalan data automatik dapat menyelesaikan ‘kes pengundi hantu’

PSC: Pangkalan data automatik mulai 1 Dis, daftar pemilih ‘bebas pengundi hantu’

TERKINI @ 05:07:39 PM 12-11-2011
November 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Nov ― Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungkan rekod kematian dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara automatik mulai 1 Disember ini - sebahagian daripada proses membersihkan daftar pemilih daripada kewujudan pengundi hantu.
Perkara itu dimaklumkan kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) hari ini, yang sedang mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said berkata, agensinya tidak akan ada maklumat kematian jika waris si mati tidak memaklumkan mereka.
“Kementerian Dalam Negeri ada memaklumkan bahawa mulai 1 Disember ini, apabila seseorang memohon mendapatkan permit pengebumian, permit itu akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan polis akan menghubungkan dengan JPN dan JPN pula akan menghubungkan dengan SPR,” katanya.
Hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu jawatankuasa itu bahawa daftar pemilih masih mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengundi yang sudah mati.
“Jika mereka boleh mendaftar kelahiran, mereka juga boleh mendaftar kematian,” katanya.
Jariah menjelaskan bahawa di bawah sistem semasa, waris si mati perlu memohon mendapatkan permit pengebumian daripada polis.
“Apabila mereka mendapat permit, baru mereka boleh menjalankan pengebumian.
“Selepas itu, pemaklum tersebut perlu memaklumkan kematian di JPN. Jika mereka tidak melakukan, tidak mengapa,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik Bernama Online memaklumkan bahawa sehingga kini, hanya 1,784 rakyat Malaysia di luar negara yang mendaftar sebagai pengundi.
Namun, PSC akan mengkaji perkara itu yang menurutnya mungkin akibat kekurangan promosi mendaftar sebagai pengundi.

No comments: