Cuba Banding

Saturday, November 19, 2011

Taktik pemimpin "bodoh"mencuri duit rakyat Terengganu melalui projek Lebuhraya Pantai Timur - siri 2

19/11/2011


Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2

Kongsi76




BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.

Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].

Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.

Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.

Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.

Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.








Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".

ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"




SomebodyInLIZIZ's avatar
SomebodyInLIZIZ · 2 hours ago
utk pengetahuan, projek ini adalah JV antara Kumpulan Liziz Sdn BHD & MZ (iaitu syarikat yg dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu).. Dulu, nilai projek ini adalah dalam RM300 juta, tetapi setelah dilencungkan nilainya menjadi lebih RM600 juta ( 2 kali ganda).. mungkin nilai ini lebih lagi dgn beberapa projek VO yg terlalu mudah diluluskan oleh JKR.. utk pengetahuan juga.. semua pucuk pimpinan UMNO negeri Terengganu lebih2 MB Terengganu & juga pegawai kerajaan adalah terlibat dalam usaha meningkatkan KOS PROJEK ini kpd 2 kali ganda.. dan utk berbuat demikian projek ini perlu lari dpd pelan asal & diubah kpd pelan yg baru... iaitu dilencongkan sebagaimana yg ada sekarang


Bagi mengagalkan bantahan org kampung, pihak kontraktor telah diarahkan supaya terus melaksanakan kerja2 pembinaan jalan setakat yg boleh. Mana2 tanah yg boleh dimasuk mereka akan segera membuat kerja2 pembinaan di tanah terbabit walaupun pada pada hakikatnya belum mendpt kelulusan sebagaimana prosedur yg sepatutnya. Tanah2 pengikut UMNO dibayar dgn nilai yg tinggi & yg tidak menyebelahi UMNO dianaktirikan.
1 reply · active 2 hours ago
Di Terengganu memang dah lama berlaku jalan2 kampung yang terpaksa di"belokkan" untuk menghindari tanah2/rumah2 manusia yang tertentu,contohnya berlaku di kampung aku sendiri,dah lah dibelokkan lepas tu dipenghujung jalan tu tak kesampaian ke jalan utama(terputus)....yang pasti kerja2 pembinaan jalan yang sebegini bukan dilakukan oleh manusia yang waras otaknya...
yeah....hidup amno....
mesti pejuang melayu ckp "ni semua berpunca dari DAP..jgn jd anjing DAP"....hahaha
Korang semua pembaca Melayu blog ni dah kena hasut dgn blogger milosuam. Bila melayu buat salah cepat betul dia hentam. Tapi bila cina curi duit berbilion berjuta senyap takmau tulis. Nampak sangat nak jatuhkan melayu, nampak sangat blogger ni jadi anjing DAP!


source: http://milosuam. 


 

1 comment:

Anonymous said...

masalahnya cina yang dituduh mencuri duit itu atas kelulusan pm melayu. dan tengok sekolah terpilih di terengganu, semuanya ada trek sukan standard yg tinggi untuk melahirkan kambing kambing dan lembu lembu berlari.