Cuba Banding

Friday, October 21, 2011

Tempoh Tamat Lesen Memandu Akan Sama Dengan Tarikh Lahir Anda


(PEMBAHARUAN) Tempoh Tamat Lesen Memandu Akan Sama Dengan Tarikh Lahir Anda

by STAFF BERITA SEMASA on OCTOBER 20, 2011
[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook159
lesen memandu1 (PEMBAHARUAN) Tempoh Tamat Lesen Memandu Akan Sama Dengan Tarikh Lahir Anda
Kalau sebelum ini kami ada membuka ruang undian, lebih ramai yang bersetuju daripada yang tidak bersetuju. Sekitar 88% bersetuju tempoh lesen memandu tamat mengikut tarikh lahir. Dan kementerian telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi mengenai pembaharuan berkenaan lesen memandu ini :
KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen memandu tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun. Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.
Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat.
Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac. Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.
Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013. Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.
Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya. (Sumber :Berita harian)
Berdasarkan pemahaman kami, jikalau lesen memandu antara kami tamat tempohnya pada bulan Jun 2012 contohnya, manakala tarikh lahir pula jatuh pada bulan Disember 2012, JPJ akan terus renew sehingga Disember 2013. Kira bonuslah kan? Jadi ini bermakna lesen memandu tersebut akan “hidup” selama tempoh 1 tahun 6 bulan.
Tetapi kalau lebih daripada 6 bulan kena bayar maksimum untuk 6 bulan. Tentang bayarannya, kalau setahun RM30, setengah tahun mungkin akan dikenakan caj RM15 sahaja?
http://beritasemasa

No comments: