Cuba Banding

Thursday, October 20, 2011

Hentikan penindasan terhadap Aziz Bari

PETALING JAYA, 20 Okt: Tindakan keras kerajaan Umno Barisan Nasional dan pihak berkuasa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terhadap pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari membuktikan bahawa ruang kebebasan akademik di Malaysia semakin sempit dan kian tertutup.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua (gambar) berkata kerajaan dan UIA perlu menghentikan tekanan dan intimidasi terhadap para ilmuan Malaysia yang berbeza pendapat dengan pihak pemerintah, lapor Roketkini.

Katanya, walau pun DAP tidak semestinya bersetuju dengan pendapat Dr Aziz pada setiap masa, ia adalah hak setiap rakyat di Malaysia untuk mengemukakan pandangan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi dari sudut pemikiran pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

“Amat membimbangkan apabila Prof Dr Aziz Bari dikenakan tekanan yang teruk daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia dan UIA.

“Semua tindakan keras itu hanya berpunca daripada Dr Aziz memberikan pendapat dalam bidang yang menjadi kepakarannya iaitu Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang berkaitan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laman web berita Malaysiakini pada tengah hari tadi melaporkan bahawa Dr Aziz bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab oleh UIA tetapi juga telah digantung tugasnya sebagai pensyarah undang-undang di universiti itu.

Dr Aziz adalah pakar Perlembagaan Persekutuan yang telah menulis banyak buku termasuk Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Politik Perlembagaan, Constitution of Malaysia: Text and Commentary, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, dan Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkta, tindakan kerajaan UMNO-BN dan pihak UIA juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sememangnya zalim telah sekali lagi digunakan untuk menutup mulut dan kebebasan ahli akademik serta pelajar untuk menyuarakan pandangan.

Beliau menjelaskan bahawa laporan terbaru Times Higher Education (THE) 400 Top World University Ranking 2011/12 yang mencatatkan tidak ada satu pun universiti dari Malaysia yang berjaya menduduki tangga 400 universiti terbaik dunia, sebagai bukti keruncingan masalah institut pengajian tinggi di negara ini.

Katanya, ia adalah sesuatu yang memalukan kerana 60 universiti dari negara-negara Asia telah berjaya menduduki ranking THE, iaitu 16 dari Jepun, 10 dari China, lapan dari Taiwan, tujuh dari Korea Selatan, enam dari Hong Kong, dua dari Singapura, dan masing-masing satu dari India dan Thailand.

“Mutu rendah universitu kita adalah hasil yang jelas bahawa pakar-pakar akademik Malaysia sudah meluat dengan cara universiti kita ditadbirkan, dan biasanya mereka lebih suka berhijrah ke luar negara dan diterima oleh university-universiti berwibawa di sana.

“Kesannya, pelajar-pelajar universiti Malaysia mengalami masalah berganda, iaitu bukan sahaja terpaksa menerima tenaga pengajar yang lemah sebagai pensyarah dan tutor tetapi mereka juga dilarang daripada mengamalkan pemikiran kritis dan beranalisis kerana dikekang oleh AUKU,” ujarnya. – Roketkini.com

http://bm.harakahdaily.

UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

NONESelain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Protes di masjid esok
Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

NONEAziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

WartawanMalaysiakini turut disiasat oleh pihak berkuasa kerana portal itu menyiarkan pandangan kontroversi itu.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.
Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama. 

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat esok bagi menyatakan sokongan kepada Aziz.

Shamsul antara lulusan universiti itu dalam bidang undang-undang.

No comments: