Cuba Banding

Monday, September 26, 2011

Taktik Najib pertahan kuasa



Posted on Sunday, September 25 @ 20:00:00 PDT by paktam
ArtikelSetiap hari, rakyat pasti terbaca, terlihat, atau terdengar khabar mengenai cubaan-cubaanhttp://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/03/020409-Najib4001.jpg “Bapa Transformasi” membawa perubahan.
Setiap masa juga, rakyat terus dipujuk supaya jangan bimbang, sebab keselamatan negara dan ketenteraman awam masih terjamin di bawah jagaan kerajaan Umno-BN. Maka, pasca perutusan “perubahan” Perdana Menteri, ke mana hala tuju BN? Lebih-lebih lagi, ke mana hala tuju demokrasi Malaysia?


Apakah dengan kuasa ajaib yang terkandung dalam janji-janji Najib, rakyat akan melihat suatu peralihan ideologi dalam kalangan mereka yang sudah biasa dengan pemerintahan yang berteraskan penindasan, kerahsiaan, dan keangkuhan?
Apakah dengan tiba-tiba, BN akan menemui suatu kesedaran demokratik yang baru? Apakah kita akan melihat inersia melawan pertukaran arus yang datang secara mengejut?
Daripada respons Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, pasti ramai yang akan kecewa sekiranya me reka menabur harapan terhadap janji-janji perubahan Najib.
Bagi mereka yang sudah berpuluh tahun melawan ketidakadilan dan memperjuangkan kebebasan, tiada sebarang isyarat yang menunjukkan pihak lawan sudah bersedia berubah.
Di atas jalan menuntut demokrasi, sifat semulajadi Umno-BN yang tamakkan kuasa perlu dianggap sebagai suatu pemalar.
Yang pasti, satu ucapan sepanjang 2,433 patah perkataan oleh Perdana Menteri itu tidak mungkin bertindak sebagai pembolehubah ataupun pemangkin yang cukup kuat untuk menghapuskan kekangan-kekangan sedia ada. PAS menganggap pemansuhan ISA tidak boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.
Ini kerana, ISA adalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat Malaysia selama ini. ISA adalah akta drakonian yang ketinggalan zaman. Hanya sekarang Najib menyedarinya, itupun kerana desakan rakyat, maka beliau terpaksa mansuhkannya.
Jika benar Najib berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik, banyak perkara yang perlu diubah dalam negara ini.
Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya.
Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka.
Sebarang campur tangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di depan rakyat.
Najib juga perlu membebaskan kongkongan parti pemerintah terhadap media utama di negara ini. Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata.
Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.
Najib juga perlu memberi komitmen untuk membersihkan sistem pilihan raya dari sebarang penipuan.
Dengan daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.
Ideologi “kita demokratik, jangan berani kau persoalkan!” terus menjadi jurang antara Barisan dengan demokrasi. Rakyat ada yang mungkin sudah biasa dengan sifat “cakap tak serupa bikin” pemerintah dan menerima perkara ini sebagai hakikat demokrasi Malaysia.



Kenapa Najib tak mansuh Fasal 149 Perlembagaan?
Posted on Monday, September 26 @ 00:00:00 PDT by paktam
Berita
KUALA LUMPUR: Rakyat digesa agar tidak terus tertipu dengan segala pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najibhttp://sarawakmansang.nst.com.my/nst/articles/4resv/pixgal1Razak khususnya mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).
Penasihat badan bukan kerajaan, Lawyers For Liberty, N.Surendran berkata hakikat sebenar tindakan yang sedang dibuat kerajaan Umno-BN adalah menggantikan label kepada undang-undang lama kepada suatu akta baru.


“Hal ini terbukti apabila kerajaan masih lagi mengekalkan Fasal 149, Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan undang-undang tahanan tanpa bicara digubal - ia sekali gus menunjukkan tiada sebarang perubahan yang ingin dilakukan oleh Najib untuk rakyat, semuanya penipuan sematamata,” tegasnya
Justeru, beliau yang juga Naib Presiden KeADILan berkata tiada sebarang implikasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat dengan pengumuman ‘pembaharuan’ tersebut.
“Jika benar kerajaan ingin memberikan kebebasan kepada rakyat, mereka perlu memansuhkan Perlembagaan negara yang memberikan ruang terhadap penggubalan undangundang tahanan tanpa bicara iaitu Fasal 149,” tegasnya.
Terdahulu, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga proklamasi darurat lain sempena sambutan Hari Malaysia dan berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan dua akta baru yang lebih sesuai.


Keluarga Sarbaini kaji fail keputusan inkues disemak, kata peguam

September 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mempertimbangkan kemungkinan memfailkan permohonan semakan keputusan inkues yang diumumkan hari ini.
Peguam keluarga Sarbaini (gambar), Awtar Singh berkata, pihaknya sedang menerokai opsyen-opsyen yang ada sebelum membuat keputusan muktamad.
“SPRM harus cukup berani untuk tampil dan memikul tanggungjawab, bukannya berselindung di sebalik sistem,” kata beliau ketika ditemui pemberita hari ini.
“Tidak mungkin, tidak mungkin dia (Sarbaini) memanjat tingkap,” kata Awtar yang tidak bersetuju dengan keputusan koroner Aizatul Akmal Maharani bahawa penolong pengarah Kastam itu mati selepas terjatuh dari paras setinggi sembilan meter.
Balu Sarbaini, Maziah Manap menyerahkan kepada iparnya Mohd Shah Jaafar untuk mengulas keputusan inkues hari ini.
“Kami minta maaf, kami tidak bersedia untuk bercakap kepada media sekarang,” kata beliau.
Katanya, “kami akan memanggil sidang media apabila kami bersedia. Bukan hari ini.”
Terdahulu, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Sarbaini tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.
Aizatul dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Sarbaini.
Kecederaan itu lebih membuktikan Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner. Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lalu.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.
Mengenai teori bahawa Sarbaini mengambil nyawanya sendiri atau membunuh diri, Aizatul Akmal berkata beliau tidak percaya dengan teori bahawa arwah akan berbuat demikian kerana ketiadaan bukti berlakunya perkara itu.
“Keterangan pakar patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor menunjukkan arwah tidak membunuh diri berdasarkan ketiadaan tanda-tanda yang biasanya wujud dalam kes sedemikian iaitu kelar di mana-mana bahagian anggota badan atau kandungan dadah atau racun di dalam badannya,” katanya.
Aizatul Akmal yang membaca keputusan setebal 25 halaman berkata pakar perunding kanan patologi di Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Shahrom Abdul Wahid juga menolak kemungkinan bahawa arwah akan membunuh diri kerana tiada kesan luka akibat cubaan membunuh diri yang dijumpai pada tubuh Sarbaini.
“Tiada nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian dan tiada kesan dadah atau alkohol pada sampel darah si mati mahupun pada air kencing atau kandungan perut si mati, dan kedua-dua pakar itu menolak kemungkinan arwah mati disebabkan apa-apa penyakit (natural disease),” katanya dipetik Bernama Online.
Aizatul Akmal mendapati teori bahawa arwah telah dibunuh (homisid) disangkal Dr Faridah dan Dr Shahrom dalam keterangan mereka.
“Dr Faridah berpandangan arwah tidak dibunuh berdasarkan ketiadaan sebarang kesan luka tangkis pada anggota badan si mati dan tiada kesan pergelutan berlaku di tempat kejadian.
“Dr Faridah berpendapat arwah berada dalam keadaan sedar diri kerana kecederaan yang dialami menunjukkan arwah cuba melawan kejatuhannya sebelum terhempas ke lantai di tingkat satu bangunan itu,” katanya.
Aizatul Akmal berkata Dr Shahrom juga menolak kemungkinan kematian arwah disebabkan homisid kerana hasil pemeriksaannya di tempat kejadian dan tubuh badan si mati menunjukkan tiada kesan pergelutan atau pergaduhan yang tidak berkaitan dengan kecederaan akibat jatuh.
“Dr Shahrom berpendapat sekiranya arwah dipaksa keluar dari tingkap pantri yang berada di tingkat tiga, bangunan SPRM, sudah pasti akan terdapat kecederaan akibat pergelutan atau pergaduhan dan ujian toksikologi juga adalah negatif untuk mencadangkan si mati telah diracun atau mengambil dadah,” katanya.
Aizatul Akmal berpendapat sekiranya arwah dipukul, pengsan dan kemudiannya dibuang ke luar tingkap, pastinya tiada kesan beliau cuba melawan kejatuhannya.

No comments: