Cuba Banding

Sunday, September 4, 2011

'Imigresen dikaitkan dengan penyeludupan manusia'


'Imigresen dikaitkan dengan penyeludupan manusia'
Joseph Sipalan
Sep 4, 11
4:55pm
Kongsi 83
Kabel diplomatik sulit Amerika Syarikat bermula tahun 2008 menimbulkan dakwaan yang serius berhubung aktiviti penyeludupan manusia oleh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang bekerja di sempadan Malaysia-Thai.

azlanKabel, bertarikh 10 Sept, 2008 itu, menggariskan laporan oleh Keith Luse, seorang kakitangan profesional Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, berhubung siasatannya mengenai dakwaan pelarian Burma diseludup masuk di sempadan dengan bantuan pegawai imigresen Malaysia.

Menurut kabel itu, Luse, yang berada di negara ini pada 25 hingga 31 Ogos, telah bertemu dengan pelbagai NGO, aktivis, pelarian dan perwakilan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Mereka secara umum mengakui kakitangan imigresen peringkat bawahan terbabit dalam penyeludupan pelarian Burma.

immigrants 01Aktivis dan badan-badan bukan kerajaan itu juga memberitahu Luse bahawa penyeludup manusia yang berurusan dengan pihak berkuasa imigresen Malaysia, terdiri daripada rakyat Thailand, Malaysia dan Burma, kata kabel itu.

Berdasarkan sumber, aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan Thai-Malaysia seperti yang digariskan oleh Luse, berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 3 pagi. Pegawai imigresen dilaporkan mengangkut pelarian Burma dari Pusat Tahanan Imigresen (IDC) menggunakan kenderaan rasmi.

Pelarian berkenaan kemudiannya didakwa diserahkan kepada penyeludup yang beroperasi dari kawasan Thailand di sempadan berkenaan.

immigration department and refugees"Pegawai Imigresen menerima antara RM400 hingga RM700 bagi setiap pelarian. Saiz kumpulan pelarian yang dijual kepada pedagang manusia itu pula, puratanya antara 45 hingga 100 orang, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak," kata kabel yang dimuat-naikan di portal Wikileaks.

Menurut laporan Luse, penyeludup berkenaan akan memberi pelarian itu peluang untuk menghubungi seseorang di Malaysia bagi membayar wang tebusan sebanyak RM1,500 hingga RM1 900 bagi setiap orang.
"Mereka yang mampu menjelaskan wang tebusan kemudiannya diseludup masuk semula ke Malaysia dan dibebaskan.

NONE"Mereka yang tidak mampu membayar dijual kepada industri perikanan Thai, kilang-kilang atau ladang-ladang jika pelarian itu seorang lelaki.

“Pedagang manusia ini didakwa menjual wanita ke rumah pelacuran, hotel dan tempat perhambaan. Sesetengah sumber menyatakan bahawa para pedagang manusia memaksa sesetengah kanak-kanak bekerja sebagai pengemis kanak-kanak di Bangkok dan di tempat-tempat lain," kata kabel, yang bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan terakhir itu dibuat tanpa bukti


Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri

September 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik.
Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.
“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI).
“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.
Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad.
Mohamad, yang lebih dikenali “Mat Sabu” (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.
Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.
Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.
Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, “sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri.”
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.
“Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu,” katanya.
“Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat),” katanya.


Siapa Hero Bukit Kepong Bukan Persoalan, Sejarah Sebenar Jadi Sandaran !
Politik & Isu Semasa
Berikut adalah kenyataan media SAMM Wilayah Persekutuan mengenai isu Komunis dan Bukit Kepong yang berkait rapat dengan gerakan kemerdekaan menentang penjajah;
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KENYATAAN MEDIA
2 SEPTEMBER 2011

RAKYAT PERLU BERJIWA BESAR MENGHADAM SEJARAH SEBENAR

Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong. Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.

Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu.

Pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang. Adakah Pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queendidendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar.

Ia berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno. Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu. Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan. Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah ?

Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat. Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia. Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.

Inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah.

"Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata"



Shariful Azmir Bin Haji Mustafa
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan
www.anakmudamalaysia.com

Kredit untuk sdyesdotcom
Posted on Sunday, September 04 @ 10:53:46 MYT by ahmadihttp://www.selatanonline.


 Siapa Mat Indera & Tok Janggut Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara? Wajib baca
Politik & Isu SemasaSejarah tercatat bakal menyaksikan dua manusia,pengkhianat atau pejuang. Apabila memandang skop penjajah, hampir semua pejuang tanah air dianggapnya pengkhianat...antaranya Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Dato Bahaman...sejak aku belajar sejarah, UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan negara. Aku percaya, sebab waktu aku ambil exam SPM...ikut saja fakta dalam buku teks....


Kebangkitan masyarakat Melayu ketika itu dibawa oleh revolusi Islam melalui ulama-ulama seperti Syed Al Hadi, Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar Baqir..mereka yang belajar di timur tengah lebih terdedah dengan revolusi menentang penjajah. Yang aku pelik kenapa UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan sebenar? Sedangkan sekolah-sekolah pondok ketika itu telah lama menerapkan tentang penentangan penjajah sebelum wujudnya UMNO...tetapi mereka yang berhaluan "agama" pasti mendapat label buruk seperti "haluan kiri" dan sebagainya.

Waktu aku sekolah agama dulu aku selalu fikir benda ni...Mengapa orang belajar agama seperti para ulama yang menuntut kemerdekaan ketika itu dilabel "berhaluan kiri" dan "gerakan bawah tanah"...? Kenapa orang yang menentang Komunis dilabel hero sedangkan yang menentang British dianggap pengkhianat...? Tok Janggut dulu menentang British, Tok Janggut dilabel sebagai pengkhinat...Mat Indera juga menentang British (melalui PKM) juga dilabel pengkhinat...siapa pejuang pula?Memang aku serabut fikir benda tu dulu...tapi dah nak exam SPM, aku hafal dan hadam saja sejarah buku teks tu...

Dah besar sikit, aku mula baca banyak buku-buku sejarah...yang paling terkesan apabila aku baca buku-buku karangan Ust Ridhuan Mad Noor yang menceritakan peranan Ulama Ketika Zaman Kemerdekaan, dan beberapa lagi buku sejarah terutama kebangkitan Islam di Malaysia. Baru aku faham...buku teks sejarah yang baca dulu masih samar-samar tentang erti sejarah yang sebenar, golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu "berbaik" dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan.

Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan. Justeru, jadilah diri untuk perjuangan yang asli demi agama bangsa dan negara. Aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pejuang  dan "pengkhianat" negara kerana perjuangan mereka kita menghirup keamanaan sekarang. AL Fatihah.

TOK JANGGUT

Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang... [LINK]
MAT INDERA

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. 
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang...[LINKLINK,LINK]
Posted on Sunday, September 04 @ 16:00:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline




Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera
Posted on Saturday, September 03 @ 18:59:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur

ArtikelOleh Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.

Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis.

Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

- petikan Harakahdaily

http://penorehgetah.blogspot.com 


http://www.tranungkite

No comments: