KDN pertimbang tindakan terhadap ketua Wanita PKR
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana masih tidak membuat laporan polis bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaannya wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.
Susulan itu, ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Ampang itu.
"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.
Skrip itu dikatakan tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa Zuraida diperolehi daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, Zuraida mendakwa bahawa Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi dan melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Menurut Mahmood, ia adalah tuduhan berat kepada kepentingan negara, kerana Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik.
Sebaliknya, tambah beliau, ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.
Ditulis oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
22/08/2011
Susulan itu, ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Ampang itu.
"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.
Skrip itu dikatakan tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa Zuraida diperolehi daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, Zuraida mendakwa bahawa Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi dan melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Menurut Mahmood, ia adalah tuduhan berat kepada kepentingan negara, kerana Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik.
Sebaliknya, tambah beliau, ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.
Minggu lalu, Zuraida Kamaruddin (atas, tengah) menyahut cabaran Mahmood yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.
Sehubungan itu, Zuraida dilaporkan berkata akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua setiausaha KDN itu.
http://www.malaysiakini
PRU-13 Tidak Boleh Diadakan Sebelum PSC Laksana Tugas - Dr Abu Hassan
http://www.malaysiakini
Lapan tuntutan Bersih 2.0 jadi rangka panel khas Parlimen
August 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(gambar) berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan.
Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih, 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada “pertubuhan bukan kerajaan sah” yang membentuk gabungan tersebut.
“Tiada guna kita adakan jawatankuasa pilihan khas jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti-parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai,” kata beliau.
Nazri juga berkata jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.
Nazri juga berkata jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.
Usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet.
Nazri juga berkata SPR juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada mesyuarat 7 September ini.
22/08/2011
KUALA LUMPUR 22 OGOS : Pilihan raya umum ke- 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) belum selesai melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya negara ini, menurut Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dr. Abu Hassan berpandangan Perdana Menteri Najib Razak harus menyelesaikan segala tuntutan rakyat dan apa sahaja isu berbangkit termasuk mencapai matlamat penubuhan PSC terlebih dahulu, sebelum mengadakan pilihan raya.
“Proses pilihan raya tidak boleh berlaku setelah penyelesaian-penyelesaian dan kritikan pilihan raya di negara ini diselesaikan terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini kerana itu adalah matlamat yang sebenarnya.
“Kita harus melihat proses transformasi politik dan juga melihat pihak kerajaan mengatakan setiap perkara harus melakukan transformasi sama juga dengan suruhanjaya pilihan raya (SPR) setiap perkara harus mempunyai transformasinya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian Najib bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila- bila masa dan tidak akan bergantung pada kata sepakat yang akan dicapai dalam prosiding PSC, bersabit sistem pilihan raya negara.
Jawatankuasa seliaan Parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah- olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya.
Ketidakseriusan Najib terhadap penubuhan jawatankuasa itu dikuatkan lagi dengan kenyataanya bahawa PSC akan terbubar dengan sendirinya jika berlakunya pembubaran Parlimen.
Ini bermakna, jika Parlimen dibubarkan sebelum jawatankuasa PSC melakukan sebarang perubahan, segala cadangan penambahbaikan itu akan terkubur begitu sahaja.
“Jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini harus dihormati, dan proses penambahbaikan pada sistem pilihan raya di negara ini melalui perbincangan PSC hendaklah dilakukan secara akademik.
“Saya berpendapat sebaik-baiknya proses pilihan raya ini berlaku selepas PSC ini berjaya menyelesaikan beberapa krisis dan desakan yang sangat penting ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Abu Hassan turut menggesa ahli panel yang menyertai jawatankuasa ini agar meletakkan aspek kematangan berpolitik sebagai asas dan tidak berat sebelah dalam mencari penyelesaian kearah memperbaiki sistem pilihan raya.
“Kedua-dua pihak harus jujur, harus budiman untuk duduk membicangkan permasalahan ini dan kemungkinan diketuai oleh ketua akademiknya, tokoh-tokoh dan pihak-pihak tertentu kalau sekiranya mempunyai masalah untuk melantik ahli politik sebagai pengerusi kepada jawatankuasa ini.
“Maka secara akademiknya ialah kita mahu lihat kematangan demokrasi kedua-dua pihak, pihak memerintah (BN) dan pihak alternative (PR), kerana apa yang penting sekarang ialah untuk menghasilkan dan mewujudkan peradaban demokrasi yang jauhari lagi budiman iaitu yang mempunyai ruang kepada semua orang.”
PRU tidak bersih selagi hak pengundian 3.7 juta rakyat dinafikan
Wong Chin Huat | Aug 22, 2011 11:42:31 am
Perdana Menteri akhirnya tunduk kepada suara rakyat dengan melontarkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JPP) - setelah mengambil pendekatan menekan dan memburuk-burukkan BERSIH 2.0. Pada hakikatnya, banyak reformasi pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan akta, justeru itu cadangan ini lebih dilihat sebagai langkah diplomatik.
Bagaimanapun, penubuhan JPP yang terdiri daripada anggota bi-partisan mampu membina muafakat yang melangkaui parti politik. Ia mungkin satu langkah yang sesuai jika dilihat dari perspektif demokrasi. Dan ia merupakan kemenangan besar untuk rakyat apabila PM perlu menjilat ludah sendiri - kerana terpaksa menerima tuntutan reformasi, sungguhpun baru memfitnah perhimpunan aman BERSIH 2.0 dengan menyamakannya dengan rusuhan.
Sama ada JPP mahupun Suruhanjaya Diraja, persoalan yang sama berbunyi, apakah "deliberative democracy" hanya taktik untuk melengah-lengahkan masa? BERSIH 2.0 mengemukakan cadangan dua langkah, iaitu mahu JPP mengemukakan satu laporan yang mengandungi 10 perkara reformasi jangka pendek dalam tempoh tiga bulan, malah mesti dilaksanakan sebelum PRU ke-13; reformasi untuk jangka panjang pula perlu dihabiskan dalam masa setahun, dan dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan selepas tu.
Antara 10 perkara reformasi jangka pendek yang diutarakan BERSIH 2.0 mengandungi hak pengundian (6 perkara), dan persaingan yang saksama (4 perkara). Antara yang terpenting adalah pendaftaran pengundi secara automatik.
SPR menolak pendaftaran automatik
Insiden kegagalan 680 ribu pengundi baru untuk mengundi dalam PRU-10 pada tahun 1999 kerana tidak sempat tersenarai dalam daftar pemilih menjadi detik hitam dalam PRU itu. Masalah pendaftaran pengundi secara automatik jauh lebih penting daripada insiden pada tahun itu, kerana ia melibatkan hak pengundian 3.7 juta orang pengundi. Mungkin ada yang akan mempertikaikan, mengapa menyalahkan orang lain sedangkan diri mereka yang tidak mendaftarkan diri?
Pada hakikatnya, kepantasan pendaftaran pengundi baru oleh SPR adalah kira-kira sejuta orang setiap tahun, sedangkan pengundi yang layak bertambah dengan 450 ribu, maka SPR hanya dapat mengurangkan 550 ribu orang pengundi yang layak tapi tak daftar setiap tahun. Dengan angka-angka ini, maka seandainya pilihan raya diadakan setahun kemudian (Ogos 2012), maka kira-kira tiga juta orang yang masih belum layak mengundi pada PRU akan datang.
Jika kesemua mereka pergi mendaftarkan diri sekali pun, pendaftaran tidak mungkin disempurnakan dalam jangka pendek. Ini kerana senarai pengundi baru perlu diumumkan untuk disemak dan dibantah orang umum, maka ia memerlukan masa beberapa bulan. Bahkan kakitangan SPR pun tidak mencukupi untuk mempercepatkan pendaftaran pengundi baru.
Cara yang paling mudah adalah pendaftaran secara automatik. Pelbagai alasan diberikan SPR untuk menolak pendaftaran secara automatik. Ia boleh dikategorikan sebagai "tidak perlu", "tidak baik" dan "tidak boleh".
"Tidak perlu" yang dimaksudkan terjelma dalam kenyataan seperti "jangan paksa apabila mereka yang layak menjadi pengundi enggan mendaftarkan diri". Bukan sahaja tidak perlu "memaksa" pengundi untuk mendaftarkan diri, malah "tidak baik", kerana telah bercanggah dengan kebebasan pengundi, dan seterusnya akan menurunkan peratusan pengundian. Kenyataan sedemikian mencampur-adukkan pendaftaran automatik dengan mewajibkan pengundian - hujah yang amat tidak berpengetahuan.
Bilangan vs Peratusan pengundian
Apabila anda membuka akaun baru di bank, secara amnya bank akan menyediakan kad atm untuk anda. Apakah ia bermaksud bank memaksa anda untuk mengeluarkan wang? Semestinya tidak. Ia sekadar memberi kemudahan agar anda tidak perlu menunggu bank dibuka pada waktu pagi apabila anda mahu mengeluarkan wang pada lewat malam. Sama teorinya dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Anda boleh memilih untuk tidak mengundi, tapi anda tidak perlu bimbang bahawa anda tidak layak apabila anda ingin mengundi.
Sememangnya peratusan pengundian mungkin menurun seandainya mereka yang tidak tinggi hasratnya untuk mengundi (maka tidak proaktif untuk mendaftar sebagai pengundi) didaftarkan sebagai pengundi. Namun, bilangan pengundi yang keluar mengundi semestinya meningkat. Antara bilangan pengundi yang tinggi dengan peratusan pengundian yang tinggi, apakah pertimbangan yang harus didahulukan SPR?
Satu lagi alasan "tidak baik", adalah pengundi menukar alamat tetapi tidak menukar kawasan pengundian. Maka jika pendaftaran pengundi diautomatikkan, maka pengundi itu akan dipindahkan kawasan pengundiannya ke alamat terbaru, dan ia bakal menimbulkan kekeliruan.
Apa yang dimaksudkan "pendaftaran pengundi secara automatik" adalah, menyalurkan maklumat anda dari Jabatan Pendaftaran Negara ke gedung maklumat SPR ketika anda layak menjadi pengundi (pada hari jadi usia ke-21 tahun).
Tiga perkara yang boleh dilakukan apabila wujud jalinan terus antara JPN dengan SPR, iaitu pertama, pendaftaran secara automatik sebagai pengundi; kedua, pelucutan pengundi secara automatik (meninggal dunia atau dilucutkan kewarganegaraan) dan ketiga, memperbarui maklumat pengundi baru. Seandainya kediaman baru pengundi masih terletak dalam kawasan asal, maka tidak timbul soal pertukaran kawasan pengundian meskipun alamat ditukar. Kita hanya berdepan dengan soal untuk menukar kawasan pengundian atau tidak mengikut alamat barunya, apabila seseorang pengundi berpindah ke satu kawasan pengundian yang lain.
Bercanggah dengan perlembagaan
"Tidak boleh" yang dimaksudkan adalah soal bercanggah dengan perlembagaan. Perkara 119 (4)(b) dalam perlembagaan mendefinisikan "tarikh kelayakan" sebagai tarikh seseorang memohon supaya didaftarkan sebagai pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya, atau tarikh dia memohon untuk menukar pendaftarannya sebagai pemilih dalam suatu bahagian pilihan raya yang lain.
Mengikut penjelasan yang ketat, pelaksanaan pengundian secara automatik perlu menggugurkan frasa "memohon untuk menukar pendaftarannya". Namun, perlembagaan bukannya tidak boleh dipinda sejak dahulu.
Apa masalahnya seandainya kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyokong untuk meminda? Berkenaan dengan frasa "menukar bahagian pilihan raya", adalah untuk menjamin hak pengundi untuk memilih kawasan pengundian dirinya. Melainkan persempadanan semula kawasan pengundian atau permohonan untuk menukar kawasan pengundian, pengundi pada dasarnya akan kekal di satu kawasan pengundian. Seandainya kita mahu mengelakkan masalah "tukar alamat maka tukarlah kawasan pengundian", maka kita boleh memilih untuk mengekalkan frasa tersebut.
Pendek kata, sama ada 3.7 juta rakyat memperolehi hak mengundi secara automatik, ia bergantung sepenuhnya kepada tekad politik kerajaan. Ia seharusnya tugas utama masyarkat sivil dan gerakan sosial selepas 709.
Seandainya 3.7 juta pengundi diagihkan kepada 222 kawasan pengundian, maka secara puratanya setiap kawasan pengundian mengalami penambahan 17 ribu orang pengundi. Jikapun hanya 30% daripada golongan ini keluar mengundi, ia bakal menambah 6,000 undi - cukup untuk mengimbangi impak daripada undi dari pengundi hantu, undi pos dari polis dan tentera (seandainya belum dimansuhkan ketika itu).
Untuk saya, seandainya hak mengundi 3.7 juta rakyat (kira-kira 20% daripada pengundi yang layak) ini tidak diselesaikan sebelum PRU akan datang, maka PRU adalah kotor meskipun masalah yang lain diredakan atau diselesaikan. Maka kita perlu turun lagi untuk membersihkan jalan raya!
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 18 Ogos 2011.
http://merdekareview
Najib Razak memecah kesunyian Posted on Sunday, August 21 @ 20:10:41 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Oleh: setisab
"
Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta, besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja.
Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.
Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.
"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan.” Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua.
Malah, semakan ke atas laman web Kompas menunjukkan hanya laporan yang bertajuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia yang wujud. Eekmal Ahmad juga mengesahkan bahawa tidak ada penarikan balik artikel yang bertarikh Ogos 4 itu.
Walau bagaimanapun, itu tidak mematahkan para penasihat Najib daripada mendakwa bahawa laporan pihak Kompas itu adalah palsu. Bernama, sebuah agensi berita nasional Malaysia juga melaporkan bahawa Kompas telah memohon maaf untuk "laporan yang berunsur fitnah itu".
"Laporan ini mendakwa dua masalah penting dalam kerajaan BN Najib. Satu adalah kurangnya ketelusan dalam urusan kewangan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarga mereka. Dan yang kedua; skandal tidak berkesudahan membabitkan wang dan harta. Mereka boleh menafikan sekeras-kerasnya tetapi orang ramai sudah tidak percaya kepada mereka, "jelas Naib Presiden PKR, N Surendran.
Dalam temubual Kompas yang terbaru, Najib menafikan Rosmah telah memesan cincin tersebut. Dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada mas kahwin dan anak perempuan beliau Nooryana dan hadiah khas kepada Wanita Pertama Malaysia. (bukti penipuan Najib)
"Cincin ini tidak dipesan oleh Rosmah sama ada untuk dibeli atau untuk dipertunjukkan kepada pihak-pihak tertentu," Kompas melaporkan Najib sebagai berkata pada hari Ahad.
Najib juga menafikan bahawa Maira Nazarbayev, ibu mertua Nooryana anak perempuannya, dikaitkan dengan "mafia Rusia". Beliau memberitahu Kompas bahawa gambar barang itu telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik untuk disebarkan keseluruh negara sebelum pilihanraya yang dijangka boleh diadakan seawalnya tahun ini juga. Walaubagaimanapun,Najib enggan memberitahu tarikh sebenar. PM Malaysia ini juga berkata laporan Kompas itu memudaratkan pentadbiran beliau kerana ia berkaitan dengan Rosmah dan Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam komisen kontroversi untuk urusniaga kapal selam Scorpene yang mana Najib telah dituduh menerima rasuah.
Wartawan berkata, seadilnya, Kompas telah memberikan Najib peluang untuk menyangkal laporannya. Tetapi mereka menyatakan bahawa mereka tidak menarik balik atau membuat kenyataan bahawa laporan itu adalah palsu. Ia juga memberitahu bahawa Najib juga tidak menawarkan apa-apa penjelasan. PM itu semata-mata menafikan dakwaan dan berharap orang ramai akan mempercayai beliau. Tiada langsung maklumat terperinci diberikan.
SPRM menikus, seperti juga pendirian mereka terhadap dakwaan ke atas Rosmah
Sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, terdapat bukti yang kelihatan berkait dengan cincin Rosmah. Maklumat mengenai import cincin tersebut muncul dalam pangkalan data Jabatan Kastam negara Malaysia
Badrul telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi tiada tindakan susulan diambil. Pihak Kastam juga tidak menawarkan sebarang penjelasan. "Najib melakukan perkara yang sama sepeti Rosmah; mengelak daripada isu sebenar," kata Badrul.
Rosmah ,dua minggu lalu telah berkata bahawa beliau tidak akan memberi penjelasan terhadap spekulasi itu. Beliau juga cuba untuk menarik simpati orang ramai dengan berkata bahawa beliau sudah biasa diburuk-burukkan oleh musuh-musuh beliau.
Tetapi ramai rakyat Malaysia tidak bersimpati dengan beliau. Sebaliknya,beliau dikecam kerana tidak menafikan hal tersebut. Media kerajaan juga diselar kerana membuat kesimpulan mereka sendiri bahawa Rosmah telah menafikan pembabitan beliau dengan cincin tersebut demi membantunya untuk menutup hal sebenar.
Selain itu, kedua-dua suami dan isteri ini masih belum menjelaskan kepada Parlimen mengenai perbelanjaan besar lawatan ke luar negara mereka, rungut para penggubal undang-undang dari pihak pembangkang.
Kaitan dengan Khairy?
Tetapi perkembangan yang paling menarik daripada keseluruhan isu ini adalah cara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengalih pandangan rakyat kepada berita terkini. Menggunakan Twitter, beliau cuba menarik perhatian kepada laporan Kompas dengan menyalahkan de-facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim, yang sememangnya seorang tokoh yang popular di Jakarta.
Khairy dengan tidak membuang masa melibatkan diri dalam pertikaian berpanjangan di Twitter dengan ahli parlimen pembangkang Dzulkefly Ahmad mengenai isu Najib dan keluarganya yang membawa rombongan besar ke Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk pertunangan anak perempuannya pada bulan Jun lepas. Walaupun ia seiring dengan lawatan rasmi, majoriti daripada ahli rombongan dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan mewah anak Najib dan bukannya untuk tugas rasmi.
Namun begitu, Khairy dituduh sengaja menarik perhatian kepada penyalahgunaan dana awam oleh Najib. Sejurus selepas laporan Kompas itu diterbitkan pada 4 Ogos lepas, Khairylah yang didakwa membekalkan berita tersebut kepada Kompas
"Diketahui umum bahawa Kompas akhbar Indonesia yang diusahakan oleh Ketua Paramount Pakatanis '. Info disalur oleh Pakatanis. Sekarang ditangkap berbohong Padan Muka," pos Khairy dalam Twitter pada hari Ahad.
Pembantu Anwar Eekmal Ahmad segera memberi tindak balas.
"Khairy, anda berbohong! Sehingga jam 3.48 waktu KL, Kompas menegaskan ia tidak memohon maaf kepada Najib Tun Razak. Kompas hanya membuat satu temu bual!" pos Eekmal di Twitter.
"Jangan cuba putar belit bro. Anda tweet bahawa Kompas memohon maaf. Anda sekutukan Kompas dengan Pakatan Rakyat. Anda benci PR, saya faham. Tetapi jangan rosakkan imej Kompas!"
" http://www.tranungkite
No comments:
Post a Comment