Cuba Banding

Friday, August 5, 2011

PANAS!! Ada 200,000 warga Indonesia didaftarkan sebagai pengundi

PANAS!! Ada 200,000 warga Indonesia didaftarkan sebagai pengundi untuk menangkan
Politik & Isu Semasa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.


Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.JP
Posted on Friday, August 05 @ 07:30:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline


Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, kata Nik Aziz

August 05, 2011
KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.
Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.
“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.
Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar)membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.
Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu “lawak jenaka.”
Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.
“Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.
Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.
“Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit,” katanya.

1 comment:

paspispus g mampus ler... said...

kota damansara penuh dengan indon...siap berniaga lagi...