Menteri Dalam Negeri terima ugutan bunuh, peluru hidup
Hazlan Zakaria
Ogos 24, 11
8:00pm
Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ugutan bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.
"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.
"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam di ibunegara, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
Sampul surat itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.
Seorang kakitangan Hishammuddin memberitahu media bahawa dua peluru hidup itu diletakkan dalam lubang yang ditebuk dalam sebuah buku.
Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
http://www.malaysiakini
Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir
Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.
"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.
"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.
Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.
"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.
"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.
"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.
Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.
"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan
http://www.malaysiakini
Harussani: Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’
TERKINI @ 06:46:47 PM 24-08-2011
August 24, 2011
SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun jelas Mufti Perak (gambar) ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.
“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.
Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.
Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.
Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.
Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.
Tegas Harussani, tindakan Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.
“Saya kata pecat Anwar pecah Melayu, saya juga minta jangan buat tuduhan liwat . . . saya kata kalau tiada saksi buruk padahnya,” katanya.
Turut menjadi ahli panel wacana ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya.
Wacana itu dipengerusikan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Harussani juga berkata umat Islam wajib berjihad mempertahankan akidah agama dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.
Ini kerana jelas beliau, agama bukan Islam tidak dibenarkan untuk disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Soal akidah kita tidak boleh main-main, kita perlu berjihad . . . kalau tidak berjihad habis kita,” katanya.
Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.
Melayu terus pecah sebab Najib lemah, dakwa Mufti Perak
August 24, 2011
SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Tan Sri Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.
Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.
Pada majlis itu, Harussani juga berkata orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kata Harussani, berbeza dengan Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua itu melaksanakan tiga perkara yang bercanggah dengan hukum Islam.
“Perayaan Thaipusam hanya setahun sekali tapi di Pulau Pinang sebulan sekali, mereka masuk ke kampung Melayu... dalam perlembagaan Islam agama negara tapi agama lain bebas diamalkan di kalangan mereka sedangkan di kampung itu hanya ada seorang (yang beragama) Hindu tapi masuk ke kampung Melayu... saya jumpa Abdul Razak dan dengar apa yang saya katakan.
“Kedua 14 tokong yang guna nama-nama Melayu, saya tunjuk gambar (kepada Abdul Razak)... kes sama di Pulau Pinang, kemudian semua dibuang dan ketiga kongsi raya, saya kata syirik, saya kata kita raya kita, sesama kita, kemudian masing-masing sambut raya masing-masing,” katanya.
Bagaiamanapun kata Harussani, beliau pernah mencadangkan tiga perkara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.
Beliau tidak menggariskan tiga perkara yang dimaksudkan.
Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.
Harussani sebelum ini berkata pernah melahirkan mahu menjadi orang tengah untuk membincangkan kerjasama politik antara Umno dan PAS.
Baru-baru ini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.
“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam NGO juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.
“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” katanya.
Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.
Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.
Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas |
Posted on Tuesday, August 23 @ 18:16:26 PDT by paktam Oleh Mohd Sayuti Omar MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas. Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya. Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya? Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit. Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu. Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu. Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit). Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat. Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu. Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama. Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya. Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambu aji no motoitu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat? Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari siang. Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan. Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua. Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar. Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri. Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan kuasa Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya. Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tubuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan. Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bim jangka dalam poket baju. Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu. Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah. Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwa Anwar akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka |
Panas! Budak sekolah diupah RM10 hadiri mesyuarat Umno!
CERITA mengenai pelajar sekolah yang diupah untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat dan persidangan-persidangan Umno bukanlah satu cerita pelik. Ini cerita biasa, kerana perkara ini biasa berlaku.
ReJaM© pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang tak faham apa-apa pasal politik diupah dan diperalatkan untuk menyertai mesyuarat Umno.
Malangnya kalau cakap tanpa bukti, nanti korang kata ReJaM© tipu pulak. Di bawah ini disertakan contoh bagaimana pelajar sekolah menengah diperalatkan oleh pemimpin United Malays No Otak, UMNO dengan upah RM10.
Ini baru pelajar sekolah menengah, pelajar universiti lagilah banyak yang diperalatkan oleh United Malays No Otak. Apa ada pada AUKU? Ya memang benar, AUKU melarang pelajar berpolitik, itu mereka kata.
Pelajar universiti tidak boleh berpolitik kalau menyokong Pakatan Rakyat. Tapi kalau sokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) tak mengapa memang digalakkan! AUKU bapak lu!
ReJaM© "Dia buat undang-undang dia nombor satu tukang langgar..."
Oleh Milo Suam
Posted on Wednesday, August 24 @ 21:23:48 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline
Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-SankaraPosted on Wednesday, August 24 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber TVS
KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.
Najib, Rosmah dan dua bekas polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.
Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.
Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.
David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.
Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.
Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.
David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.
Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.
Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.
Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.
"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.
Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-SankaraFitnah II: Najib disahkan hadir ke mahkamah- Peguam
http://www.tranungkite
WEDNESDAY, AUGUST 24, 2011
RAKYAT TERTIPU SEKALI LAGI
Setelah perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di dalam negara kita ini, rakyat kita telah mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa bertaraf parlimen tersebut dengan harapan agar sistem dan perlaksanaan pilihanraya di negara kita dapat dirombak dan diperbaharui dengan segera bagi menampakkan ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan.
Harapan seterusnya oleh kita adalah struktur jawatankuasa pilihan parlimen bagi pembaharuan dalam sistem pilihanraya tersebut akan juga terdiri daripada wakil-wakil daripada semua pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat berserta dengan ahli-ahli parlimen bebas dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan misalannya Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0. Selain daripada itu, rakyat juga berharapan tinggi agar wakil Majlis Peguam juga dapat dilantik ke jawatankuasa tersebut bagi membantu dari segi perundangan dan perlembagaan.
Malangnya.. .
Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali apabila kerajaan pusat BN mengumumkan struktur jawatankuasa pilihan parlimen tersebut yang hanya akan mengandungi sembilan orang ahli parlimen, di mana pihak BN akan mempunyai lima orang ahli, manakala Pakatan Rakyat akan mengandungi tiga orang ahli parlimen dan pihak Bebas akan mendapat satu tempat.
NGO yang berkepentingan di dalam perkara tersebut seperti Fomca, Suaram, Aliran, Manfrel, Bersih 2.0 kesemuanya telah diketepikan. Turut dinafikan adalah Majlis Peguam yang sangat disanjungi rakyat selama ini kerana sanggup mempertahankan kedaulatan undang-undang negara. Alasan BN untuk mengetepikan beberapa NGO ini dan Majlis Peguam adalah kerana mereka ini bukannya daripada kalangan kumpulan politik yang berkaitan.
Tidak Bertanggungjawab kepada Parlimen
Selain daripada itu, menteri di jabatan perdana menteri Nazri Aziz turut mengumumkan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya itu sebenarnya bukan bertanggungjawab terus kepada parlimen tetapi kepada kerajaan pusat BN melalui jabatan perdana menteri. Jadi apakah maksud jawatankuasa tersebut mempunyai taraf parlimen sedangkan ia tidak dapat bertanggungjawab terus kepada parlimen?
BN permainkan kita
Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah kenyataan Najib baru-baru ini yang rata-rata menegaskan bahawa jawatankuasa pilihan parlimen bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihanraya tersebut tidak akan dapat menamatkan tugas-tugasnya sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti dan ianya akan terus berfungsi sekalipun sekiranya parlimen telah dibubarkan.
Nyata-nyata di harapan mata kita semua, kerajaan pusat BN pimpinan Najib sekali lagi telah mempermainkan rakyat jelata dengan pelbagai karenah dan helah yang kononnya sedang “memberikan harapan besar” kepada negara kita ini yang akhirnya didapati hanyalah satu harapan kosong. Kita jelas telah ditipu oleh BN.
Lebih menyedihkan kita lagi adalah pengumuman kerajaan pusat BN yang seterusnya yang mengatakan bahawa mereka tidak akan melayan kebanyakan tuntutan keadilan dan kesaksamaan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 kerana gerakan tersebut adalah merupakan “pertubuhan haram”.
Nampaknya, kerajaan pusat BN sejak dari awal lagi telah mempunyai niat untuk memperdayakan kita semua dengan pelbagai helah dan tipu muslihat agar mereka dapat berkuasa lebih lama lagi.
Bukan sahaja Pakatan Rakyat, para NGO, malah seluruh rakyat jelatan nyata telah tertipu dengan janji-janji manis BN yang tidak berprinsip ini.
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment