JPN, SPR dan konspirasi terkotor?
Posted by admin | Wednesday, August 10, 2011
Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.
Fakta persekongkolan
Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.
Konspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di kawasan parlimen Marang.
Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi.
Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.
Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen.
Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'.
Projek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.
Siasatan Awam
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini?
Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.
Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah.
Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'. Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus.
Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan BERSIH.
Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

http://www.sabahdaily
Menghancurkan Umno |
Posted on Tuesday, August 09 @ 23:30:54 PDT by paktam Oleh Dr Mahathir Mohamad Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya? Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara. http://chedet.cc/blog/ postedby :http://www.detikdaily PAS: 'Serbu gereja' bagi tenggelamkan 'masalah' SPRMalaysiakini – 6 hours agoTOP MALAYSIA STORIES
|
No comments:
Post a Comment