Cuba Banding

Monday, August 22, 2011

Ini lagi haru.. tidak ada dalam sistem JPN, tapi masih boleh menjadi pengundi berdaftar

Tak wujud pun boleh, Malaysia BOLEH!
Posted on Sunday, August 21 @ 09:01:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur

RencahBlog Picture2U
Umnodokpakka Gawa berkata "Ini lagi haru.. tidak ada dalam sistem JPN, tapi masih boleh menjadi pengundi berdaftar. Apa kata SPR?"



http://kide-picture2u.blogspot.com/ 



Lapor SPR jika sangsi daftar pemilih

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa mana-mana pihak yang sangsi dengan daftar pemilih melaporkan kepada badan itu supaya tindakan segera dapat diambil.
Pengerusinya, Tan Sri Ab­dul Aziz Mohd Yusof berkata, kerjasama amat diperlukan un­tuk mengenal pasti dan mem­bersihkan daftar tersebut.

“Saya tahu ramai yang berminat (bersihkan daftar pemilih). Jika ada maklumat maklumkan kepada kami supaya ia dapat dikenal pasti. Kenapa tidak kita membersihkannya bersama-sama?.

“Jangan terus hebahkan dalam blog dan akhbar hanya disebabkan satu atau dua kes dan memperbesarkannya sekali gus mendakwa tiga perempat daftar pemilih SPR itu kotor,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum SPR dengan sewenang-wenangnya sedangkan perkara yang dinyatakan masih belum dibuktikan sahih.

“Ini dapat dilihat dalam laporan Sinar Harian kelmarin yang membuktikan dua kad pengenalan itu dimiliki individu berbeza.

“Sama macam kes Mismah, kerana mustahil untuk seseorang memperoleh warganegara dalam masa empat jam,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian mendedahkan individu mempunyai nama sama adalah dua yang berbeza dan masing-masing berasal dari tempat berlainan.



http://www.sinarharian






 Bersih 2.0 : Kerajaan Patut Akui Kesilapan- Kit Siang

KUALA LUMPUR 21 OGOS : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan permainan wayang dan dolak-dalih mereka selama dua bulan dengan mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional silap dalam menangani himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Kit Siang, dalam kenyataan medianya semalam sempena ulangtahun 'Yellow Saturday' ke enam menyatakan, pengharaman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 patut dihentikan selain semua tuduhan terhadap lebih 1,600 demonstran digugurkan serta-merta.

"Tindakan keras kerajaan dan polis pada Himpunan Bersih 2.0 benar-benar membawa publisiti dan imej buruk kepada Malaysia dalam tempoh singkat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Malah, Perdana Menteri perlu menunjukkan penghargaan kerana Himpunan Aman Bersih 2.0 mengumpulkan kira-kira 50 ribu rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, umur dan jantina merupakan pertunjukan terbaik dan paling menonjol dalam konsep 1 Malaysia," kata Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.

9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di ibu negara.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis telah bertindak ganas dalam menyuraikan perhimpunan itu dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut pada paparan media arus perdana.

Malah seorang peserta turut terbunuh pada hari tersebut dan beberapa yang lain cedera akibat tindakan Polis.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Oleh yang demikian, Kit Siang tidak mahu BN terus berselindung dengan hujah pilihan raya negara ini adil dan kemenangan di lima buah negeri Pakatan Rakyat merupakan buktinya.

Menurut Kit Siang, kenyataannya ialah perkara itu bukan jawapan kepada aspirasi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang tuntutan Bersih 2.0.

"Respon mudah dan benar terhadap hujah itu ialah jika tidak kerana sistem pilihan raya yang tidak telus, lebih lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan di peringkat Nasional, mungkin hampir menggantikan kerajaan BN di Putrajaya," tegas beliau.

http://tvsnews


SPR Perlu Di Rombak ,Sebelum PRU 13 !

Posted on Sunday, August 21 @ 00:44:38 PDT by paktam
KUALA LUMPUR— Dewan Pemuda PAS menegaskan negara tidak boleh menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan berhakimkan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada atas alasan agensi tersebut sudah cacat dari segi kepercayaan dan keyakinan awam.

PAS bersama komponen Pakatan Rakyat melancarkan serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini mempersoalkan kewibawaan sistem pilihan raya termasuk panel anggota SPR didakwa tidak memperlihatkan sikap berkecuali, sebaliknya memihak kepada parti pemerintah pusat Barisan Nasional (BN).

Mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013.

Sehubungan itu Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya mahu SPR dirombak semula dengan menggantikan pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya itu.

Kini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof merupakan pengerusi SPR manakala timbalannya ialah Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Selain itu tegas Nasrudin, keseluruhan struktur SPR disusun semula dengan membawa penyertaan parti-parti politik.

Sambil berkata Dewan Pemuda PAS mahu agar salah satu pilihan tersebut dilakukan sebelum terlambat, Nasrudin berkata, “tiada makna lagi pilihan raya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil.”

“Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang keyakinan dan kepercayaannya kepada SPR,” kata beliau pada perhimpunan Front Bertindak Anti Murtad dan Bongkar Kepincangan SPR di Kajang malam tadi.

Teks ucapan diedarkan kepada media hari ini.

Pendirian itu diketengahkan ketika fokus semasa bertumpu ke atas jawatankuasa pilihan khas Parlimen, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu.

Nasrudin berkata, penubuhan jawatankuasa pilihan nkhas Parlimen untuk reformasi pilihan raya sehingga kini masih kabur fungsinya.

Katanya, tanpa penglibatan semua termasuk parti politik yang bertanding, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemantau bebas dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, ia akan terus terdedah kepada keraguan terhadap tahap keberkesanan panel khas itu.

Sungguhpun begitu katanya, Pemuda PAS mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk makar dari pihak lawan dan sayugianya mengambil apa jua langkah berkesan untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

“Kekuatan asas pemuda PAS menghadapi pilihan raya sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pilihan Raya Pemuda mesti dimiliki bagi memastikan peluang memenangi pilihan raya sentiasa besar dan tinggi di samping kita terus berjuang menuntut pengendalian sistem pilihan raya yang adil dan telus,” katanya lagi.

Nasrudin juga berkata, tugas utama Pemuda PAS mesti diselesaikan mengikut ‘dateline’ yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pemuda.

“Jangan lengah dan tangguh kerja sehingga akhirnya semua perkara menjadi tunggakkan yang membebankan di saat akhir kita menghadapi pilihan raya.

“Perkara ini boleh dirujuk kepada manual tindakan atau manual operasi gerak kerja pilihan raya Pemuda yang akan dipimpin dan dipantau oleh Jabatan Pilihan Raya Pemuda,” katanya .M/I

http://www.detikdaily

GCM gesa dakwa DUMC

SHAH ALAM – Gerakan Cegah Murtad (GCM) menggesa penganjur majlis makan melibatkan 12 orang Islam di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) Damansara Utama, Petaling Jaya, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, DUMC melakukan perbuatan mengguris hati orang Islam serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, mereka boleh disabitkan hukuman penjara selama dua hingga lima tahun di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati dan prejudis berdasarkan agama.

“Seksyen itu melarang perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warganegara atau sekumpulan warganegara.

“GCM mendesak pihak berwajib menangani isu ini dengan cermat tetapi tegas agar keharmonian, perpaduan dan keamanan di negara ini dapat terus terpelihara. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Program itu, katanya, bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada, termasuk Perkara 3, 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan bukan Islam) Negeri Selangor 1988 serta Kanun Keseksaan.

Hamidzun berkata, GCM mengulangi keyakinan bahawa masjid, surau, tokong, kuil serta gereja tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagaimanapun katanya, masalah tersebut ditimbulkan DUMC melalui program ‘Thanks Giving Dinner’ yang dilaksanakan 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, program yang berlangsung di DUMC itu tidak sepatutnya merosakkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini.

“Umum berpendapat program tersebut telah menimbulkan salah faham yang melampau, kekeliruan dan keresahan serta prejudis dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Nyanyian lagu Alhamdulillahlah dan Allahuakbar serta kuiz Islam dalam program tersebut adalah menghina dan mempermainkan Akidah Islam dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam,” katanya.

http://www.sinarharian













No comments: