Cuba Banding

Sunday, August 28, 2011

Berita 'murtad' TV3 palsu



Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO
Ogos 27, 11 8:10pm
Kongsi 622
Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.


jalan klang lama tuition centre tv3 report 6Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud. 


jalan klang lama tuition centre tv3 report 3Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.


jalan klang lama tuition centre tv3 report 5"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.


Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.


"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.


"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.


"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.


pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musaFariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.


"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.


"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).


"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.


Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.


"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.


"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.


jalan klang lama tuition centre tv3 report 4NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.


Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.


http://www.malaysiakini



 Laporan Polis terhadap berita palsu Surau Al-Musyrikin TV3!
Multimedia, Audio & VideoSUSULAN daripada pendedahan penipuan TV3 di laman blog dan facebook tentang Surau Al-Musyrikin sebelum ini, rujuk sini [Al-Musyrikin] pelbagai pihak sudah mula memandang serius hal ini.

Jingga 13 hari ini membuat laporan Polis terhadap TV3 berhubung laporan berita palsu yang disiarkan di Buletin Utama pada 21 Ogos 2011.

Kami Jingga 13 meminta pihak Polis mengambil tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan berita propaganda berniat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum yang jelas boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. TV3 juga didapatimempermainkan agama Islam melalui laporannya yang dilihat begitu jelas sengaja diada-adakan.


Kami turut menyerahkan bukti video rakaman laporan Buletin Utamayang disiarkan pada 21 Ogos 2011 yang lalu kepada pihak Polis untuk membantu siasatan.

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, Buletin Utama telah menyiarkan laporan berita tentang sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang Lama, yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada para pelajarnya yang beragama Islam. Laporan itu turut menyiarkan rakaman kononnya sekumpulanQariah Surau Al-Musyrikin (golongan yang menyekutukan Allah) yang diketuai oleh Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof serta kira-kira 50 orang Qariah surau berhimpun di hadapan kelas tuisyen itu kononnya untuk membantah penyebaran agama Kristian.

Laporan Buletin Utama itu menggambarkan kononnya ada usaha menyebarkan Kristian melalui kelas tuisyen kepada pelajar yang beragama Islam sehingga mendapat bantahan Qariah Surau Al-Musyrikin.

Hasil tinjaun Jingga 13 di lokasi kelas tuisyen di kawasan setinggan Jalan Klang Lama seperti yang dilaporkan, dan temubual bersama penduduk setempat, mendapati tiada satu pun surau yang wujud berdekatan kawasan tersebut. Pusat Tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh kebanyakkannya kaum Cina dan India serta pendatang asing warga Indonesia. Jelas sekali qariah dan nama surau yang dilaporkan tidak wujud.

Selain itu nama surau Al-Musyrikin yang disiarkan juga dilihat sengaja direka dan diada-adakan. Adalah mustahil jika penduduk setempat menamakan rumah Allah (surau) dengan nama Al-Musyrikin (orang yang menyekutukan Allah). Jelas sekali TV3 mencipta berita palsu malahmempermainkan rumah ibadat orang Islam (surau) dengan nama Al-Musyrikin.

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa tuisyen tersebut sudahwujud sekian lama untuk mengajar agama Kristian kepada anak-anak penduduk kawasan setinggan tersebut yang beragama Kristian. Mereka terdiri daripada pelajar berbangsa Cina, India dan segelintir Indonesia yang beragama Kristian. Tiada pelajar Melayu Islam yang mengikuti pembelajaran Agama Kristian di situ.

Kami Jingga 13 memandang serius perbuatan jahat dan biadap oleh TV3 ini kerana ia boleh menimbulkan ketegangan agama selain melanggar etika kewartawanan. Di atas prinsip menjaga keharmonian dan perpaduan, kami menggesa pihak Polis dan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap TV3 agar perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Kami juga mahu TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas laporan palsu ini serta kebiadabannya menamakan rumah ibadah umat Islam dengan nama Al-Musrikin.

Fariz Musa,
Koordinator Jingga 13. 
Di bawah ini rakaman video kenyataan media yang dibuat oleh Koordinator kumpulan blogger dan facebooker Jingga 13, Saudara Fariz Musa di IPD Shah Alam.

ReJaM© "Adakah pihak Polis akan buat bodoh seperti biasa?"
Posted on Saturday, August 27 @ 22:02:29 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline


Gani Patail nafi dakwaan RPK disogok Ho Hup baiki rumah isteri

August 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar)menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.
Dalam tulisan menerusi blognyaMalaysia Todaypada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.
Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.
“Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: “Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan.”
“Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal,” kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.
Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.
Editor Malaysia Today itu juga menyiarkan foto di blognya invois-invois yang dijana daripada komputer, bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa”, satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.
Lye dan Low yang masing-masing mempunyai pegangan 28 dan 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.
Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac ini.
Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun lalu.

http://www.themalaysianinsider



Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC
Posted on Saturday, August 27 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita





Oleh M Faqih

KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.
Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut  boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.
Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.
Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.
Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.
“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.
Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.
Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.
Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.
Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.
“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.
Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Melayu Bangkit: Pemuda PAS bantah penglibatan IIM
Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC



http://www.tranungkite



No comments: