Cuba Banding

Tuesday, July 19, 2011

Taktik keras Najib: Penganut Kristian adu pada Pope updated 3.10 pm

Taktik keras Najib: Penganut Kristian adu pada Pope
Jul 19, 11 3:10pm
Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.

pope benedict visit palestine israel 110509 04Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.
Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.

Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan - Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.

Dalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini - menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.
NONEMenurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai 'tuntutan berpatutan'.

Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.
Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.NONESelepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu 
di pinggir bandar Rom.

http://www.malaysiakini


Ambiga: Putrajaya perlu respons tuntutan Bersih, bukan terus ugut

July 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Julai — Kerajaan persekutuan perlu secara aktif melibatkan Bersih 2.0 dan memberi respons ke atas segala tuntutan pilihan raya tanpa terus mengeluarkan amaran kepada orang ramai tidak menyertai demonstrasi, kata Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar).
Justeru, pengerusi Bersih 2.0 hari ini mengajukan persoalan untuk mengetahui mengenai respons pentadbiran Najib ke atas tuntutan-tuntutan gabungan tersebut sambil menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi pada masa-masa akan datang.
“Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini). Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang),” kata beliau lagi.
“Kami akan terus mengambil langkah-langkah sedemikian untuk memberi tekanan berhubung soal pembaharuan sistem pilihan raya tetapi apa yang kami harapkan ialah penglibatan aktif bersama pihak berkuasa dalam perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, kerajaan telah “mengabai perkara” sewajarnya dengan mengeluarkan ugutan dan bahawa lebih banyak halangan ke atas perhimpunan-perhimpunan pada masa depan sedangkan sewajarnya pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani tuntutan yang diketengahkan pada 9 Julai lalu.
“Apa respons kerajaan ke atas permintaan kami mengenai pembaharuan? Kepada permintaan kami agar diadakan satu suruhanjaya siasatan diraja?” kata Ambiga dengan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang baik untuk menangani kebimbangan rakyat daripada hanya terus mengeluarkan ugutan.
“Mudah kata, adakah kerajaan hendak meneliti tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya atau tidak?” kata beliau.
Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR yang bertujuan membawa pembaharuan sistem pilihan raya.
Sejak 1 Julai, Putrajaya telah mengharamkan Bersih 2.0.
Meskipun dihalang dan disekat, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya di ibu negara 9 Julai lalu dengan penganjur berkata ia disertai sekitar 50,000 orang.
Bagaimanapun polis mendakwa hanya 6,000 orang hadir.
http://www.themalaysianinsider


Bersih 2.0: BN panik, syor makan diri

SALAH satu kebesaran Allah S.W.T adalah apabila Dia memperlihatkan bagaimana tipu helah makar-Nya yang mengatasi tipu daya manusia pemerintah yang zalim. Inilah yang kini terjadi ke atas Najib Razak setelah Allah S.W.T menunjukkan bagaimana Dia menjalankan makarnya terhadap Namrud, Fir’aun dan penguasa yang zalim pada suatu ketika dahulu.

Ramalan Fir’aun bahawa dia akan digulingkan oleh seorang anak kecil yang merampas takhtanya telah menyebabkan beliau memerintahkan supaya setiap bayi lelaki Bani Israel itu dibunuh. Ternyata, makar Allah S.W.T lebih kuat dibanding Fir’aun itu sendiri apabila Tuhan mendewasakan Musa di dalam istana.

Itulah antara cebisan kisah kebesaran makar Tuhan itu yang kini menjalar ke dalam peristiwa hari ini, iaitu yang terkait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba digagalkan Fir’aun moden; Najib Razak.

Alkisahnya, mungkin pada 6 Julai lalu, barulah ada empat kain rentang yang disusun di simpang empat, lampu isyarat yang terletak di persimpangan menuju Masjid Jamek Kg Baru. Mulanya, hanya Pemuda Umno Titiwangsa yang ‘bersuara’, tapi, akhirnya muncul lagi tiga kain rentang di tempat yang sama.

Dan kononnya – Perkasa, Penduduk Kampung Baru dan Bersih 2.0: Najib Razak panik, syor makan diri akhirnya kelompok penjaja dan peniaga di situ pun sudah ‘bersuara’ melalui kain rentang mereka masingmasing.

“Perkasa cintakan keamanan, Bersih cintakan huru-hara,” begitu kata-kata di kain rentang itu dipetik.

Sementara itu, menurut kain rentang itu juga, peniaga Kampung Baru meminta kawasan ini tidaklah dijadikan kawasan perhimpunan lantaran kononnya perhimpunan ini mengganggu perniagaan mereka.

Manakala penduduk kampung pula berkata, kononnya mereka tidak mahu kekerasan Bersih terjadi di daerah ini.

Tapi, semua itu sudah tidak bererti lagi. Orang ramai kini mengetahui bahawa sandiwara ini dimainkan oleh dalang-dalang Umno.

Apakah benar, penduduk serta penjaja di Kampung Baru menentang Bersih 2.0? Hal itu masih boleh disemak lagi daripada semasa ke semasa. Tetapi, apa yang mustahak, hal perhimpunan aman ke stadium ini pun tetaplah tidak disukai oleh Perkasa, Umno, Pemuda Umno termasuklah di pihak Najib Razak sendiri.

Syor Najib Razak agar perhimpunan dibuat di stadium sebenarnya tak lebih daripada sebuah perkataan yang diluncurkan semata-mata bertujuan menunjukkan Umno-BN bersikap lunak terhadap demonstran dan revolusioner selama ini.

Walhal, untuk mengizinkan demonstran Bersih 2.0 berhimpun secara aman di stadium sekali pun, Najib Razak tetaplah berpeluh kerana tuntutan Bersih 2.0 itu bertujuan membersihkan kekotoran pilihan raya yang diterajui oleh kepemimpinan Umno selama ini.

Pembersihan daftar pemilih yang dicemari para pengundi hantu, undi pos polis, tentera dan penggunaan dakwat hitam kekal di jari adalah antara hal yang tentu sahaja tidak disukai oleh Najib, Umno dan BN.

Paling menyedihkan ialah ketika Najib bertambah panik ketika syor beliau seolah-olah ‘diperkenankan’ oleh istana. Iaitu, perhimpunan Bersih 2.0 itu perlu dibuat di stadium setelah dipersetujui pihak istana dan Bersih 2.0 pun sudah setuju dengan perhimpunan aman di stadium itu.

Apakah daya Najib untuk menahan rakyat daripada berterusan melakukan perhimpunan di stadium itu? Sebenarnya, Najib pun tahu sikap Pakatan Rakyat ini iaitu mustahil pembangkang mengikuti cakapnya.

Tiba-tiba, istana bersetuju dan seolah-olah mengikut saranan Najib Razak itu. Padahal, Najib acah-acah sahaja dan dia tahu rakyat tentu tidak bersetuju dengan usul beliau itu.

Jika rakyat terus berdegil dan berkeras untuk berhimpun di luar stadium, maka Najib Razak ada alasan kuat untuk mengisytiharkan darurat dan memberkas semua pimpinan Pakatan Rakyat dengan kekerasan jentera kerajaan. Tapi, Bersih 2.0 sudah mendapat mandat istana untuk berhimpun di stadium.

Walhal, untuk membenarkan Bersih 2.0 berhimpun di stadium sekali pun, Najib Razak sudah risau! Di sini, rakyat akan boleh menilai siapakah penderhaka dalam wajah yang sebenarnya.

“Kenapa tuanku boleh terima permintaan Ambiga, seorang India yang mewakili Bersih, tetapi menolak pertemuan, rundingan bersama Ibrahim Ali yang pernah dilucutkan gelarannya oleh istana Kelantan?” Begitulah antara deretan pertanyaan rakyat yang mula mengesyaki Perkasa; pecahan keretakan Umno yang sudah mula menunjukkan wajah-wajah segerombolan penderhaka kepada institusi raja Melayu.

Sudahlah gelaran datuk Ibrahim Ali itu pernah digugurkan oleh istana Kelantan, Agong sendiri enggan menemui watak pimpinan Perkasa itu. Jelas sekali baginda sultan tidak gemarkan penderhaka Melayu.

Jika Perkasa ingin pulihkan watak persatuan mereka, nampaknya suatu revolusi coup d’etat perlu dibuat di peringkat dalaman supaya setiap ahli Perkasa dapat memilih watak pemimpin Perkasa yang bersih.

Syahadan, demikianlah caranya bagaimana kita dapat melihat kebesaran Allah S.W.T yang menjalankan tipu daya makar-Nya terhadap Umno, Perkasa, Pemuda Umno yang sering melakukan penganiayaan ke atas Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya selama ini.

Oleh H FANSURI (detikdaily)
http://www.malaysiadaily

No comments: