Cuba Banding

Wednesday, July 20, 2011

Surat Nik Aziz...

 Surat Nik Aziz...Hinanya Umno...
Politik & Isu SemasaSaya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.


Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.
Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).
Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?
Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.
Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh: 18 Julai 2011

Posted on Tuesday, July 19 @ 08:45:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline


FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei
Posted on Tuesday, July 19 @ 09:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh: Ahmad Fadli


SHAH ALAM:
 Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.
Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.
Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada.
Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.
Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin.
Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.
“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya.
“Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.
Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.
“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17069





BERSIH 2.0 : Siapa boleh ajar PM Najib main puzzle?
Posted on Tuesday, July 19 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: tokpepijat

"Satu persatu kerajaan cuba "padan"kan BERSIH dengan pelbagai "wajah". Mula-mula dikaitkan dengan "dana luar".
Kemudian BERSIH dikaitkan dengan gerakan Kristian. Tak juga menjadi. UMNO arahkan lagi PDRM rekacipta yang lain. Jumpa ahli PSM di tol Perak. Tangkap dan katakan BERSI adalah Komunis. Siap jumpa gambar Chin Peng dan arwah Rashid Maidin.

Utusan menyalak , " BERSIH adalah komunis". Rakyat jerit balas, " Komunis sudah jadi mendiang. Disimpan di Muzium Mongolia!

Polis semakin panik "cantuman kepingan puzzle" tidak menjadi. UMNO semakin murka kepada PDRM.

Teringat kepada Al Maunah dan Memali, akhirnya "terjumpainya bom petrol dan parang dalam pasu". Tak puas lagi PDRM, buat pulak cerita pemuda Kemboja bawa bahan letupan menuju ke Kuala Lumpur sertai BERSIH siap sedia buat huru hara kata PDRM.

Wow! botol petrol dan parang masih baru. "Pengganas mana mahu letak dalam pasu? Rakyat tanya balik, " Pengganas atau PDRM yang letak? Padanan puzzle salah lagi !

UMNO arahkan PDRM buat lagi rekacipta baru. PDRM mati akal.

Akhirnya panggil mantan IGPMusa buat ucapan di TV pagi 9hb Julai.

Rakyat jawab dan jelir kepada Musa, " Siapa kamu hey Musa ? Nampak gaya macam MOSSAD atau SAVAK je !"

" Piraah Musa...elok jadi penternak kambing macam Norain Mai !". Musa masih teringin menjadi "budak hamba UMNO ".

Lepas 9hb. UMNO dan PDRM kepenatan yang amat sangat.

Sebagai langkah penamat, dipanggilnya "Penumbuk Mata" Si Rahim Nor untuk membebel buat sekian halnya.

Rahim bercakap tentang Gerakan Zionis gunakan Hak Asasi Manusia.

Pulak daah! Apabila Rahim Nor bercakap bab ini, rakyat kata, " Macam Tentera Amerika di Guatanamo bercakap tentang hak asasi manusia atau Ariel Sharon di Sabra dan Shatila bercakap tentang hak asasi manusa."

Musa dan Rahim umpama ayam pencen. Hendak buat "gulai pun tidak boleh kerana keras dagingnya". Sudah buat rekod buruk, memalukan dan menjijikkan imej PDRM, masih hendak berkokok dan mengampu UMNO.

Nampaknya kerajaan PMNajib belum pandai-pandai lagi bermain puzzle. Elok buat Akademik Puzzle. Kerahkan polis hantar pakar-pakarnya untuk bermain!

INFO:
Tuduhan terhadap BERSIH :
1) Agen asing.
2) Kristian.
3) Komunis.
4) Pengganas.
5) Zionis."
 


http://www.tranungkite



Pembangunan dan penghapusan identiti Melayu
Posted on Tuesday, July 19 @ 09:06:20 PDT by paktam
Artikel
Oleh ARIF ATAN

Pulau Pinang ditangisi sayu,
Kampung Baru musnah menanti,
apa
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Kr1T5-A67Fj9tMp8PyIgP2pzWQK9l6oCj-IikU5sA3Gzn8rToEKlqRm3Y8mNonKvD-0Oc-uTjAB3cjtggmTfHZ5E7COSntSM_30PU2VTcE3JKe5s9qbiaQXCFinnYGX2DKbgx8HPlWM/s1600/bangsar+south.jpglah nasib kita Melayu,
mengharap pagar yang makan padi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dalam suatu majlis pertemuan dengan para pemilik dan pewaris Kampung Baru pada 29 Mei, 2010 berkenaan Pelan Cadangan Konsep Pelaksanaan Pembangunan kampung tersebut telah melontarkan cadangan agar 40 peratus daripada 151.57 hektar kawasan itu diberi kepada kaum lain dan pelabur asing

Apa rasionalnya cadangan “sial” itu pada ketika tiada pula peratusan kuota setinggi itu untuk orang Melayu walaupun pada ketika Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan kini Model Baharu Ekonomi (MBE) serta pembangunan wilayah serta kawasan lain sekitar Lembah Kelang yang didominasi oleh kaum lain seperti Bangsar, Jalan Petaling, Kelang dan Brickfields?

Jaminan Nong Chik bahawa pembangunan Kampung Baru dengan “sedekah” tanah 40 peratus itu kononnya “tidak sesekali” mengetepikan orang Melayu (Berita Harian, 30 Mei, 2010) ibarat cek kosong yang disua bukan sahaja kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru malah kepada seluruh bangsa Melayu di negara ini!

Setelah apa yang dapat kita lihat dengan segala bentuk “penyingkiran” Melayu daripada Kuala Lumpur dari dahulu sehingga kini, bolehkah kita beratus-ratus kali menjadi pelanduk yang lupakan perangkapnya?

Lihatlah apa yang berlaku di Kampung Abdullah Hukum berhampiran pusat beli belah Mid Valley dan Gardens di seberang stesen LRT serta kawasan Kampung Kerinchi berdekatan Universiti Malaya. Orang Melayu yang keturunan datuk nenek moyang mereka adalah peneroka kampung-kampung tersebut malah penggerak awal ekonomi Kuala Lumpur telah habis diseret ke rumah-rumah pangsa.

Citra budaya Melayu pula kian ditelan dengan segala macam hutan batu dan konkrit dari kediaman mewah, bangunan pejabat hinggalah kompleks beli-belah berkiblatkan Barat yang sarat dengan imej kapitalis. Nama-nama seperti Bangsar South dan Sphere di kawasan pembangunan itu jelas agenda halus menghapuskan citra kebudayaan dan jati diri bangsa Melayu.

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang. Pi mai pi mai tang tu juga. Sejak diserah kepada Inggeris oleh "pagar yang makan padi," gejala pengusiran Melayu secara halus atas nama kononnya kemajuan dan pembangunan terus berlaku. dengan pemangkinnya adalah "pagar-pagar alaf baru!"

Apakah orang Melayu sekarang di Kampung Baru terutamanya dan kampung-kampung Melayu lain di seluruh negara akan tertipu sekali lagi?

Mengapakah “pagar-pagar” orang Melayu hari ini tidak ada kesungguhan politik (political will) membangunkan semua kampung milik Melayu turun-temurun sama ada di Kampung Baru mahupun di seluruh negara sebagai pusat jaringan ekonomi Melayu seperti perniagaan, industri makanan dan pelancongan serta dalam masa sama sebagai pusat kebudayaan, warisan dan kesenian Melayu?

Rakyat ada sebab untuk sangsi atau tidak percaya dengan jaminan pembangunan Kampung Baru yang kononnya tidak meminggirkan Melayu. Pada 6 Februari, 2010, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak membuat lawatan ke Kampung baru, beliau memberi jaminan bahawa pembangunan semula Kampung Baru akan memastikan kira-kira 35,000 penduduk di tujuh buah kampung itu tidak akan dipindahkan ke tempat lain.

Jadi, jika 40 peratus keluasan tanah hendak diberi kepada orang lain maka apa lagi yang mahu dikatakan dengan jaminan Najib itu?!

Jika dalam tempoh empat bulan sahaja, segala jaminan itu boleh berubah-ubah apatah lagi pada masa akan datang.

Justeru, orang Melayu khususnya Kampung Baru dan mereka yang masih ada tanah warisan nenek moyang masing-masing usahlah mudah benar mengalah dan gelap mata dengan tawaran pampasan tanah jutaan ringgit lalu tergadai tanah ke tangan orang lain.

Sejarah berkuasanya penjajah Inggeris serta proses perbandaran sekarang ini yang jelas mengasak orang Melayu ke rumah pangsa dan ke hulu adalah bukti pemimpin politik yang kita harapkan umpama pagar yang makan padi.

Ketepikan perbezaan fahaman politik dalam isu membabitkan tanah. Kampung Baru misalnya jika mahu dibangunkan boleh sahaja dilakukan oleh masyarakat tempatan sendiri tanpa banyak campur tangan pemimpin politik yang tidak ubah pagar yang makan padi.

Melayu marhaen amat penat,
hak bangsa disukat disekat,
Melayu Umno usah khianat,
Melayu PAS, PKR mesti sepakat!

Arif Atan ialah pemerhati politik yang memberi tumpuan khusus pada isu Melayu. Artikel ini pertama kali disiar pada Jun 2010. Raja Nong Chik kemudian menjelaskan semula kenyataan awalnya ekoran kritikan berleluasa terhadap cadangan itu.
http://siasahdaily.blogspot.com/ 

No comments: