Peguam 'Scorpene' dihantar pulang malam ini
Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang malam ini selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.
Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.
"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.
Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.
Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".
Bourdon tiba semalam tetapi tidak melalui imigresen KLIA kerana beliau dalam penerbangan transit ke Pulau Pinang.
Peguam berusia 55 tahun itu dijadual berucap di majlis makanmalam untuk mengumpul dana di Petaling Jaya malam ini dan satu lagi majlis makan malam di Ipoh esok.
Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.
Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan
Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.
Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.
Umno silap besar ‘menjolok sarang tebuan’ |
Para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno tersilap besar sekiranya menyangka dengan apa yang telah diperlakukannya terhadap pihak penganjur dan pendokong Himpunan Bersih 2.0 akan memberi keuntungan politik kepadanya.
Lebih tersilap lagi andainya mereka berharap dengan tekanan, momokan dan cereka buruk yang mereka lontarkan terhadap semua pihak terlibat menjayakan himpunan itu akan menghakis sokongan rakyat terhadap perjuangan menegakkan keadilan dan membedah demokrasi negara.
Ku Li: Melayu tidak rasis tapi dimanipulasi pihak berkepentingan
TERKINI @ 02:01:24 PM 22-07-2011
July 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Julai — Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan orang Melayu bukan rasis tetapi membawa sikap perkauman kerana telah dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan.
Dalam ucapan perasmian Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai beliau, Tengku Razaleigh(gambar) berkata orang Melayu yang bersifat rasis adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan “kurang Islamik.”
“Saya tahu bahawa orang Melayu termasuk kaum-kaum lain di negara ini tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi bersikap perkauman kerana dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’ yakni kaum yang bersifat perkauman.
“Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik mereka cenderung ke arah perkauman atau rasis, berbalik kepada zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW (yang) berdakwah menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah,” katanya di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.
Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.
Sementara naib presiden pula dibarisi Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani.
Amanah yang dilancarkan hari ini terbuka kepada seluruh rakyat negara ini untuk menyertainya dengan bayaran RM10 (untuk ahli biasa) dan RM100 (untuk ahli seumur hidup).
Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah bukan sebuah pertubuhan pendesak atau mahu bermain politik.
“Kita berkumpul sebab kebanyakan daripada kita secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang berlaku di negara kita yang tercinta.
“Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap salah laku buruk dan keadaan yang dasyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku.
“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur musnah,” katanya dalam ucapan yang bertajuk “Suara Menuntut Kebenaran, Keadilan dan Rasa Timbang Rasa.”
Tegas Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini, pihaknya akan cuba mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima antara satu sama lain.
“Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu, kini terserah kepada kita semua untuk melakukan perubahan.
“Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara-mara dan sahabat handai untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha mulia ini... mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat menjangkit ke seluruh negara,” katanya.
Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.
Selain itu Amanah juga bertujuan memperakui, menegakkan semula dan menghormati kedaulatan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia, memastikan institusi-institusi kebangsaan menghormati dan mempertahakan undang-undang, prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.
Ia juga bersandarkan tujuan menyokong kerajaan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, berdaya saing dan berkesan, bebas rasuah dan kronisme, bersih dan jujur, adil dan amanah yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Selain itu kata Tengku Razaleigh, beliau sendiri akan turun ke seluruh negara untuk meruntuhkan “tembok” persengketaan antara satu sama lain.
“Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita.
“Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul, jujur dan ikhlas negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi satu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanaan untuk semua,” katanya.
http://www.themalaysianinsider
Kau menang kerana kami patuh kepada janji untuk berhimpun secara aman!
... Pada ketika ini, seorang pemuda Melayu yang kurus, berbaju belang hitam-kuning, memakai cermin mata, dengan beg merah, dan bekas air berwarna kuning - melangkah ke depan dengan perlahan-lahan. Beliau duduk pada jarak lima meter di depan FRU. Beliau mengangkat tangannya yang sedang menggenggam. Beliau duduk senyap di situ. Genggaman itu bukan untuk protes. Saya yang berada di belakangnya nampak dengan jelas, posisinya itu membawa makna bahawa beliau sedang menunggu polis untuk menggarinya. Beliau memilih untuk tidak menentang ketika berdepan dengan kekerasan FRU. Beliau berseorangan di situ untuk beberapa minit. Ada orang yang menjerit, "Cepat bawa dia balik, jangan biar dia ditangkap!" Tiga orang kawan Melayu dengan cepat membimbingnya untuk balik ke kelompok manusia. Beliau tidak meronta, beliau menurut saja. Apabila beliau lalu di sisi saya, saya nampak betapa sedih wajahnya. Saya tidak faham, mengapa wajah seseorang pemuda yang seharusnya bersemangat, sarat dengan kepiluan sedemikian. Mungkin anda anggap saya menghasut sentimen jika saya berkata sedemikian. Namun, benar dalam otak saya muncul sekeping gambar yang pernah saya tatapi, gambar seorang rakyat berdiri di depan kereta kebal untuk menghalang kemaraannya di Tianan Men, China, pada tahun 1989. Tidak hilang kawal ... Walaupun telah diserang beberapa kali dengan gas pemedih mata, namun kelompok manusia tidak hilang kawal. Saya ternampak beberapa orang pemuda Melayu berlari ke kedai di tepi jalan dan mengetuk pintu besinya dengan kuat. Tingkahlakunya dibalas dengan ratusan orang yang mengherdiknya, "Jangan, jangan buat kerosakan, cepat tengok siapakah mereka! " Saya tidak pasti beberapa orang pemuda itu sekadar mahu melepaskan geram, atau dihantar pihak lain untuk sabotaj. Tapi apa yang saya pasti, anda gagal membuat kecoh dalam kelompok manusia yang begitu tinggi disiplinnya. Saya ternampak juga ada yang melontarkan satu botol air mineral dari perhentian bas Pudu Raya, menghala ke arah FRU. Dan ratusan orang yang berada di depan terus menghentikannya. Seorang pakcik Cina berulang kali menjerit, "Jangan lawan mereka, mereka terima arahan, mereka cuma jalankan tugas saja, kita semua rakyat Malaysia, jangan, jangan lawan." Tiada bendera yang dibakar, tiada harta awam yang dicerobohi. Tiada kedai yang dihancurkan, tiada pintu atau tingkap kaca yang dipecahkan. Apa yang ada hanyalah laungan slogan dan duduk secara aman. Namun kita dilabel sebagai "perusuh". Apakah "keganasan" kami? Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini. Kerana "aman" itu janji kami Ratusan anggota polis memasuki kelompok "musuh" yang mempunyai puluhan ribu orang, dan polis pulang dengan tangkapannya yang berjaya. Apakah kamu rasa kamu ni berani dan tangkas? Kamu berjaya keluar dari kelompok kami tanpa dicederakan - ini kerana kami memilih untuk tidak berkasar. Apabila tiga atau empat orang daripada kamu bersama membuli seorang peserta, tahukah kamu bahawa ratusan pasang mata yang sedang memandang, dan ratusan pasang buku lima yang sedang menggenggam di belakang kamu? Kami tidak berkasar kerana kami patuh kepada janji kami untuk berhimpun secara aman. Melihat prestasi kamu tempoh hari, semua rakyat tertanya-tanya, mengapa kamu sering terlambat apabila berlaku rompakan atau kes pencurian, dan apabila berdepan dengan rakyat jelata yang tidak bersenjata, kamu seolah-olah menelan pil berwarna biru itu, berkobar-kobar semangat, malah boleh menawan kelompok manusia 10 ribu orang? Apakah kami ini senang dibuli? Bukankah tugas FRU adalah untuk menyuraikan orang ramai? Jadi mengapa pula menyekat jalan di Bukit Bintang apabila peserta perhimpunan diusir ke Jalan Pudu? Di kawasan berdekatan perhentian bas Pudu Raya, lorong di tepi jalan dipagari tiang besi kira-kira lima kaki tingginya. FRU melepaskan gas pemedih mata bertubi-tubi. Peserta mencari perlindungan di Hospital Tung Shin kerana ia adalah satu-satunya jalan keluar yang utama. Tak malukah wahai Menteri mengecam peserta kerana menggangu hospital? "Kali pertama bayar cukai" Saya mengikut orang ramai untuk berehat di kawasan rumpun di depan hospital. Hujan mula turun. Mungkin langit juga tidak merestui tindakan mereka, mencurahkan air hujan untuk menjirus bahan kimia yang berada pada tubuh kami. Seorang gadis yang berada di belakang saya bengkak dan merah matanya. Sambil mengesat matanya, beliau berkata, "Tahun ini kali pertama saya bayar cukai." Kawan di sebelahnya pula mempersendakannya, "Jadi kerajaan pun pulangkan kepada kamu sekarang!" Kami ketawa terbahak-bahak bersama, dan gadis itu mencungkil senyuman pahit. Menurut khabar, sebutir peluru gas pemedih mata berharga RM300, dan hari ini kerajaan dengan murah hati menghadiahkan kepada rakyatnya. Puluhan bilion ringgit dibelanjakan untuk pertahanan negara, selain jet yang tidak boleh terbang, kapal selam yang tidak boleh selam - mungkin kami bersyukur dengan gas pemedih mata dan meriam air yang terbukti memadai harganya. Gas pemedih mata dilepaskan lagi. Sebutir peluru gas itu jatuh pada tempat yang tidak jauh daripada kami. Asapnya tersebar ke hospital. Asap yang berkepul-kepul juga berlegar di kawasan masuk Rumah Bersalin Cina. Jangan kata kepada saya bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan ke arah hospital, jangan pula kamu kata kamu tidak tahu apa itu "impact zone" gas pemedih. Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jikalau saya melontar sebiji bom tangan pada jarak 1 kaki di depan kamu, jangan pula menyalahkan saya jikalau kamu dibom mati. Ini kerana bom tangan saya tidak menyentuh anda. Mungkin anda boleh menyalahkan angin yang meniupkan kuasa bom tangan ini ke arah kamu! (Ketika menafikan penembakan gas pemedih ke dalam perkarangan hospital, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mendakwa gas pemedih mata mungkin ditiup angin ke dalam kawasan hospital.) Selepas hujan berhenti, kelompok orang ramai hanya tinggal separuh dari asalnya. Ramai yang memandang dari dalam bangunan hospital, dan kebanyakannya sudah keletihan. Beberapa orang pemimpin parti politik cuba berunding dengan polis, dan peserta di belakangnya menjerit "Buka jalan, buka jalan!" Tidak lama kemudian, orang di depan memberitahu bahawa polis bersetuju untuk membuka jalan kepada peserta. Namun, apabila peserta berkumpul semula di Jalan Pudu, polis pula mengambil kesempatan untuk melepaskan meriam air. Peserta menjerit, "Polis tipu, tipu!" Apa peliknya? Sedangkan pimpinan tertinggi kerajaan boleh berdolak-dalih, apa pula orang bawahnnya? Peserta terpaksa bersurai selepas meriam air dilepaskan. Polis mula menyerbu ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan. Kenyataan dari kerajaan (hujah Menteri Kesihatan) mendakwa bahawa tiada tangkapan dibuat di dalam hospital, sekadar menghantar peserta yang cedera masuk ke hospital untuk rawatan. Nampaknya dalam masa sekelip mata, munculnya ramai pakar Photoshop dan Video Editing, dan kesemua video dan gambar menjadi palsu. Mengapa pula polis menghantar ratusan orang ke dalam rumah bersalin? Adakah ratusan lelaki dan perempuan itu mahu bersalin? Mungkin gas itu bukan untuk memberi kesan memedihkan mata, tetapi merangsang untuk bersalin. Saya terserempak dengan seorang kawan yang tidak saya jumpai untuk 10 tahun kebelakangan, maka saya mengikutnya untuk berlari ke Jalan Robertson. Terdapat sebuah gereja di hujung jalan itu. Sekumpulan muslim sedang bersembahyang di depan gereja itu, menghala ke Mekah. Dua orang pakcik India dalam gereja membuka paip air agar orang yang mencari perlindungan di situ boleh mencuci mukanya. Apa itu perpaduan kaum? Apa itu keharmonian agama? Kawan yang menggagaskan 1Malaysia itu harus turun ke perhimpunan ini untuk lihat sendiri. Puluhan anggota polis datang dari belakang, pakcik India ini membuka pagar besinya untuk kami lalui. Kami berjalan ke belakang gereja, melangkaui tembok yang tingginya lima kaki, dan duduk untuk berehat di lorong itu. Maka tamatlah perhimpunan yang saya sertai ini, untuk diri saya. Akhirnya saya ingin berkata kepada badut yang mendakwa "apa yang susah sangat terkena sebutir gas pemedih mata". Benar, mungkin dari kesudahannya, kamu menang dalam perhimpunan ini. Rakyat gagal sampai ke Stadium Merdeka, memorandum gagal diserah ke Istana Negara, malah peserta disuraikan tanpa belas kasihan. Tapi jangan lupa, kemenanganmu disebabkan pilihan kami untuk tidak membalas dengan keganasan. Saya tetap yakin, apabila suara rakyat menjadi tsunami, anda gagal menghalang dengan meriam air yang kuat dan gas pemedih yang memedihkan. Siapa yang menang dan siapa pula yang kalah kelak, kita tunggu dan tengok! |
Skandal Scorpene: Najib takut rahsia bocor?
Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
“Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
“Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,” jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen. -KeadilanDaily
http://dperbatasan
No comments:
Post a Comment