Cuba Banding

Thursday, July 21, 2011

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya bermula malam esok


Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.

http://bm.harakahdaily


Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar
Oleh Shannon Teoh July 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul.

Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi.

“Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh,” kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini.

Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Beliau berkata lima plat besi dimasukkan di tulang pipi selepas kejadian itu di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam yang cedera di kepala.

“Dengan jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ia boleh menyebabkan mereka yang berada dalam terowong itu tidak boleh bernafas dan boleh membawa maut jika tidak mampu melarikan diri,” tambah Surendran.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa polis telah “bertindak ganas” ke atas peserta perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata laporan Majlis Peguam yang mendakwa polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta.

Bagaimanapun semalam polis mengatakan pihaknya hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada polis dan ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan lebih 1,600 ditahan, malah ramai yang cedera dan berlaku satu kematian.

Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini setuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di stadium tetapi permohonan itu ditolak selepas meminta Stadium Merdeka.

http://www.themalaysianinsider


Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0
20/07/2011
Share


SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah  sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
 
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan  demokrasi.
 
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.

Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.

“Tujuan (Bersih)  supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
 
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
 
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
 
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
 
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
 
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
 
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
 
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
 
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
 
“Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini,  kita diberi masa untuk bercakap,” di dalam media, kata beliau.
 
“Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam,” kata Ku Li.
 
“Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak,  saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya,” tegas beliau.
 

No comments: