KUALA LUMPUR, 6 Julai: Beberapa jalan utama memasuki bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Harakahdaily difahamkan, sekatan tersebut dibuat di lebuh raya Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL. Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak. Tinjauan Harakahdaily di Besraya mendapati polis hanya membuka satu sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama. Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0. Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih. "Dia buka bonet kereta, cek dalam kereta, tanya dari mana nak ke mana. "Saya cakap dari Temerloh nak ke Mahkamah Jalan Duta. Dia tanya lagi Temerloh kat mana," cerita Mohd Sabri Shafie kepada Harakahdaily yang melalui jalan itu pagi tadi. Beliau hari ini hadir ke mahkamah bagi mendengan permohonan memfailkan petisyen rayuan di luar masa berhubung perhimpunan Bersih 1 pada 10 November 2007 lalu. Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman Facebook dan Twitter. Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian swasta. BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang. "BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini. Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini. Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif. Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta. Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam. Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :
Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut. Katanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada. "Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya. Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah. "Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya. Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the..... Don Sha: Hapa pun tableh! Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau.... Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la! Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah. RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads... RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use. RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour! RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam! RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya. RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh! @kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents. |
Blog Serupademo HANYA mengumpul berita - berita dan artikel - artikel yang dikeluarkannya sahaja. Justeru itu segala ketidakpuasan hati hendaklah di ajukan kpd penulis asal artikel berkenaan
Cuba Banding
Wednesday, July 6, 2011
Mengapa sekat jalan hari ini, Bersih kan Sabtu? updated 12.10 pm 6 july 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment