Kempen anti-BERSIH naik ke mimbar Jumaat
Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini.
Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajayamendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.
"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik.
Paling malang, menurut khutbah Jakim, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing.
Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah.
"Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik.
"Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah."
Khutbah Jakim dibuat khas untuk empat masjid utama di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Jalan Duta dan Masjid KLCC.
Di negeri lain, imam mempunyai pilihan sama ada memilih khutbah Jakim atau yang disediakan jabatan agama negeri-negeri.

http://www.malaysiakini
Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR? |
|
Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi |
|
No comments:
Post a Comment